in ,

Kempen Simplysiti Di Hati Mencapai Kejayaan

KEMPEN SIMPLYSITI DI HATI BERJAYA MEMBANTU ADIK-ADIK KECIL MENJALANI PEMBEDAHAN JANTUNG

SimplySiti, jenama kosmetik dan penjagaan kulit yang diasaskan oleh penyanyi, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin kini telah 2 tahun berada di pasaran.

Dari 1 Disember 2011 sehingga 15 Januari 2012 yang lalu, SimplySiti serta rakan-rakan niaga berprestij kempen SimplySiti Di Hati iaitu Watson’s, AirAsia X, Yayasan IJN dan Marriott Putrajaya Hotel & Spa telah berkerja keras untuk misi meraih dana bagi Kempen SimplySiti Di Hati bagi membantu 2 orang pesakit di Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pembedahan jantung.

Kempen Simplysiti Di Hati Mencapai Kejayaan

Kempen ini telah berjaya mengutip sejumlah dana hasil sumbangan untuk disalurkan melalui Yayasan IJN bagi membantu dua orang pesakit jantung iaitu Adik Siti Nur Syahira, berusia 6 tahun dan Adik Tan Jia Yong, berusia 3 tahun. Kedua- dua kanak- kanak ini telah menghidap penyakit jantung sejak lahir lagi dan memerlukan bantuan untuk menerima rawatan perubatan selanjutnya di Institut Jantung Negara.

Demi merealisasikan dan menjayakan misi Kempen SimplySiti Di Hati ini, Dato’ Siti Nurhaliza sendiri telah turun padang menjadi perunding kecantikan ke cawangan SimplySiti di Watson’s terpilih. Para pengguna SimplySiti telah berpeluang bertemu dan membeli barangan SimplySiti secara langsung daripada Dato’ Siti Nurhaliza sendiri di lokasi Kuala Terengganu, Kangar Perlis, dan Semua House pada Disember 2011 yang lepas.

Kempen SimplySiti Di Hati turut membuka peluang bagi setiap pelanggan untuk menderma sambil menang! Dengan kerjasama dari AirAsia X selaku Syarikat Penerbangan Rasmi, 20 tiket penerbangan ke Korea (Seoul) atau Jepun (Tokyo & Osaka) telah disumbangkan sebagai hadiah bagi pelanggan yang bertuah. Putrajaya Mariott Hotel & Spa turut membantu dengan memberi penginapan rasmi kanak- kanak tersebut serta sumbangan khas baucer hotel sebagai hadiah.

“Alhamdulillah, ini adalah kali pertama SimplySiti berhasrat untuk menjalankan sebuah kempen amal dan Siti sangat bersyukur di atas sokongan yang telah diberikan kepada Kempen SimplySiti Di Hati. Adik Syahira telahpun selamat menjalani pembedahan jantung pada Disember yang lalu dan Alhamdulillah keadaan beliau sihat. Kami masih menantikan Adik Tan Jia Yong yang belum lagi dapat melalui pembedahannya kerana keadaan kesihatannya.” Kata Dato’ Siti Nurhaliza, Presiden SimplySiti Sdn Bhd pada majlis penyampaian hadiah SimplySiti Di Hati hari ini.

Kempen Simplysiti Di Hati Mencapai Kejayaan

“Ini merupakan sebuah pengalaman yang indah buat Siti apabila Siti sendiri turun ke padang menjadi perunding kecantikan di kaunter Watson’s, di situlah Siti melihat pelanggan-pelanggan SimplySiti yang hadir untuk menyokong misi Siti ini dan turut menceritakan pengalaman dan perubahan wajah mereka yang baik selepas menggunakan SimplySiti. Satu pengalaman yang sangat menarik bagi Siti, penat tetapi berbaloi sebab nampaknya ramai rakyat Malaysia yang bermurah hati untuk turut sama membantu menjayakannya. Siti harap pengguna semua terus menyokong SimplySiti pada masa akan datang.

Tahun 2012 ini bakal menyaksikan banyak inovasi produk terbaru dari SimplySiti, hari itu kami telahpun melancarkan SimplySiti Dermagic, rangkaian produk penjagaan kulit yang boleh membangkitkan mood gembira sambil menjadikan kulit awet muda dan cerah. Turut bersama dengan AirAsia X, pelanggan yang bertuah berpeluang untuk memenangi percutian Stress Free Getaway bersama Siti dan AirAsia X ke Sydney ,Australia. Akan datang pada bulan April ini, Siti akan lancarkan SimplySiti Eau De Parfum, nantikan!” tambah Dato’ Siti Nurhaliza lagi dengan nada ceria.

Produk SimplySiti kini boleh didapati dan dibeli di semua cawangan Watson’s, cawangan Guardian, Jusco, Carrefour dan Tesco terpilih, di Sogo KL dan kedai konsep kiosk SimplySiti yang diiktiraf di seluruh negara.

Bagi kemudahan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi, produk dan senarai rangkaian niaga sah yang menjual SimplySiti, sila layari laman web rasmi www.simplysiti.com.my dan klik ‘Like’ di Facebook “SimplySiti”.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cromok Reunion Live in KL 2012

Filem Inggeris & Telemovie Terbaik Cuti Sekolah Ini