in ,

Filem Inggeris & Telemovie Terbaik Cuti Sekolah Ini

Filem Inggeris dan Telemovie Terbaik Cuti Sekolah Ini Di TV2

Khas buat penonton setia saluran TV2 sepanjang cuti persekolahan ini anda dijanjikan tayangan program-program menarik yang pastinya mampu memenuhi citarasa anda untuk berhibur.

Nantikan tayangan filem Dinosaur (14 Mac 2012, jam 10.00 pagi), Pocahontas (15 Mac 2012, jam 10.00 pagi), Lord of The Rings 111 (16 Mac 2012, jam 10.00 malam), Jonas Brothers : The 3D Concert Experience (17 Mac 2012, jam 2.00 petang), X-Men Origins : Wolverine (17 Mac 2012, jam 10.00 malam) dan telemovie istimewa bertajuk Teduhan Kasih pada 16 Mac 2012, jam 2.00 petang mengisi slot Pilihan Jumaat.

Filem Dinosaur mengisahkan semasa serangan Iguanodon kepada sekumpulan dinasaur, sebiji telur dinasaur telah diselamatkan oleh sekumpulan Lemur. Kumpulan lemur ini menjaga telur dinasaur ini sehingga ia menetas dan menjenamakan dinasaur ini Aladar. Ikuti pengembaraan Aladar dan keluarga Lemur dalam cerita ini.

Ikuti kemudiannya filem Pocahontas yang meminjam suara Mel Gibson, Linda Hunt dan Christian Bale, kisah seorang gadis daripada puak asli Amerika berkongsi kisah romantik ketika kolonis Inggeris datang pada abad ke-17.

Peminat siri Lord of The Rings 111 pula saksikan sekual filem ini dimana sekumpulan sahabat ini bersedia mengharungi pertempuran terakhir di Tengah Bumi. Ketika itu juga Frodo dan Sam semakin hampir dengan gunung tempat memusnahkan One Ring.

Menyusul filem Jonas Brothers : The 3D Concert Experience yang mengetengahkan penjelajahan Konsert 3D Jonas Brothers 2008 melibatkan tiga anak muda yang merupakan adik-beradik. Ia menampilkan lakonan mantap Nick Jonas, Joe Jonas dan Kevin Jonas sebagai watak utama.

Penonton TV2 juga diajak menyaksikan plot kisah kehidupan awal Wolverine, khususnya masa dengan skuad senjata kerajaan dan kesan yang akan berlaku setahun kemudian dalam dirinya meneruasi filem X-Men Origins : Wolverine lakonan Hugh Jackman, Liev Schreiber dan Ryan Reynolds.

Selain filem-filem Inggeris, drama Teduhan Kasih mengisi slot Pilihan Jumaat juga turut dijanjian kepada penonton dengan plot kisah menarik seorang insan yang terpaksa mengharungi perjalanan hidup yang getir serta dipenuhi ranjau berduri dalam usia muda.

Masyarakat telah menghukumnya atas kesalahan bapanya. Jalan yang sukar ditempuhi tanpa bimbingan dan haluan. Mujurlah penderitaannya tidak berterusan kerana diselamatkan oleh seorang insan berhati mulia. Drama ini dibintangi oleh Fauzi Nawawi, Rozita Che Wan, Tony Eusoff dan Hanis Kamal Bakar.

Ikuti program-program menarik ini hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kempen Simplysiti Di Hati Mencapai Kejayaan

Eksplorasi Mak Yong Puteri Jerijit Emas