in

Kejutan Pemenang Shout! Awards 2010

Penyanyi Pop Sensasi IYAZ bakal menggegarkan Shout! Awards 2010

Anda telah mendengar lagu nyanyian beliau, anda telah menyaksikan video muzik beliau, sekarang inilah masanya untuk anda berparti bersama Iyaz – penyanyi, jurutera dan komposer terkenal. Ya, Iyaz merupakan artis antarabangsa yang bakal menghiburkan anda di Shout! Awards 2010.

Beliau merupakan artis pop sensasi masa kini yang berjaya memikat hati pendengar dengan lagu-lagu yang cukup indah. Lagu-lagu hit beliau – Replay, Solo dan Pyramid kerap diputarkan di radio-radio dan lagu-lagu beliau menjadi siulan ramai. Iyaz buat pertama kalinya bakal menghiburkan peminat-peminat di Malaysia dan anda dapat menyaksikan persembahan Iyaz secara eksklusif di pentas Shout! Awards 2010!

Iyaz-Replay

Keidran Jones atau dikenali dengan Iyaz dilahirkan pada tahun 1987 berasal dari British Virgin Islands. “Ia merupakan nama ‘Godfather’ saya yang bermaksud The Big Kahuna atau The Boss. Saya selalu berurusan dengan beliau ketika kecil dan mereka menggelarkan saya Mini Iyaz. Apabila sudah meningkat dewasa, saya menggunakan nama Iyaz,” ujar penyanyi berusia 22 tahun ini.

Berjaya mengungguli #2 di carta Billboard dengan debut berjudul “Replay”, ‘single’ ini juga berjaya memasuki carta Top 40 di UK Official Singles Chart! Menurut Iyaz “Kesemua lagu-lagu saya merupakan lagu-lagu tentang cinta yang mudah difahami oleh khalayak. Memang tidak boleh dinafikan lagu-lagu cinta mudah diterima lebih-lebih lagi apabila diiringi dengan melodi yang ‘catchy’ dan indah.”

Bakat Iyaz sebenarnya telah dicungkil oleh penyanyi terkenal Sean Kingston menerusi laman sosial Myspace. Pada tahun 2008 Iyaz telah menandatangani kontrak sebagai artis rakaman Time Is Money/Beluga Heights. Sean Kingston kemudiannya memperkenalkan Iyaz kepada penerbit terkenal J. R. Rotem.

‘Single’ Iyaz berjudul “Replay” telah diedarkan pada tahun 2009 berjaya mendapat kedudukan #2 dalam carta Billboard Hot 100 di UK, Australia dan berjaya menduduki carta Top 10 di beberapa negara termasuk United Kingdom. Album ‘Replay’ ini juga memuatkan lagu hit “Pyramid” yang turut menampilkan penyanyi kecil molek Charice. ‘Single’ kedua beliau berjudul “Solo” telah dilancarkan pada Februari 2010 dan telah berjaya menduduki #32 di carta Billboard Hot 100.

Iyaz juga berkolaborasi dengan penyanyi remaja terkenal Miley Cyrus dalam lagu berjudul “Gonna Get This”. Menjawab persoalan mengapa dia memilih bekerjasama dengan Miley, Iyaz menjawab “Saya mahu mencuba sesuatu yang lain dan tidak mahu melakukan sesuatu yang sudah dibuat oleh orang lain”

Bagi peminat-peminat Iyaz, anda pastinya bakal membawa pulang memori terindah kerana penyanyi kegemaran anda bakal menggegarkan pentas Shout! Awards 2010 dan mengalunkan lagu-lagu hit kegemaran anda!

“Kami begitu teruja untuk mengumumkan kemunculan penyanyi terkenal global Iyaz yang bakal menggegarkan pentas Shout! Awards 2010. Segalanya pasti lebih meriah dari tahun sebelumnya! Jika anda saksikan finalis-finalis dan barisan artis yang bakal membuat persembahan, anda pasti dapat merasai bahang kehangatan majlis ini!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Kim menambah “Jika anda inginkan sesuatu yang luar biasa, pastikan anda berada di Stadium Putra Bukit Jalil untuk berparti bersama bintang-bintang kegemaran anda. Tidak ketinggalan persembahan hebat dari penyanyi popular Iyaz! Dapatkan tiket-tiket eksklusif ini segera!”

Anda boleh mendapatkan tiket-tiket dengan menonton 8TV Quickie, menerusi rakan media HotFm, Fly FM, Suria Fm dan Red FM. Anda juga boleh memenangi tiket-tiket eksklusif ini menerusi peraduan dibeberapa majalah dan menerusi peraduan secara online. Peminat-peminat juga boleh mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini di Pondok Pengawal Sri Pentas bermula 1 November 2010 jam 3.00 hingga 5.00 petang atau layari laman sesawang Shout! Awards 2010 Facebook Fan Page.

Pemenang-pemenang akan dipilih menerusi undian SMS dan ‘online’ yang sudah mula dibuka pada 18 Oktober 2010 lalu dan segala undian akan ditutup pada 19 November 2010. Untuk mengundi finalis kegemaran anda, sila layari laman sesawang www.shoutawards.com.my atau SMS ke SHOUT dan hantarkan ke 33399.

Anugerah berprestij Shout! Awards 2010 yang akan dipancarkan terus dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada 20 November 2010 (Sabtu) jam 8.30 malam ini akan dimulakan dengan liputan acara karpet ungu yang membariskan artis dan selebriti popular negara. Buat julung-julung kalinya akan disiarkan secara LIVE serentak di televisyen, radio dan online.

Shout! Awards 2010 dengan bangganya dibawakan khas secara eksklusif kepada anda oleh penganjur dan penyiar rasmi 8TV dan dicetuskan oleh penaja rasmi

Shout! Awards 2010 turut mengalu-alukan rakan media Fly FM, Hot FM, Red FM dan Suria FM.

Untuk keterangan lanjut dan mendapatkan info-info terkini sila layari laman sesawang www.shoutawards.com.my atau www.8tv.com.my .

8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708. Jika anda terlepas menonton program kegemaran anda, layari laman sesawang www.tonton.com.my atau mobile.8tv.com.my untuk menonton program 8TV menerusi telefon bimbit anda!

iyaz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile Khairi Zukhairi

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia