in , ,

Jom Sertai Pertandingan MENARI SEPERTI DynDa

Budiey BlogJom Sertai Pertandingan MENARI SEPERTI DynDa

Di tengah-tengah kerancakan tarian jalanan yang semakin menjadi ikutan di kalangan remaja dan dewasa, DynDa mengajak semua bakat tarian di Malaysia untuk menonjolkan kebolehan menari mereka dengan menyertai pertandingan tarian DynDa Februari ini.

Memilih nama ‘DynDa Hanya Kamu Dance Off’, Dynda yang dianggotai oleh Renni, Vega, Elly, Reella menjemput semua penari tempatan dan asing terutamanya bakat-bakat baru yang berkebolehan menari tarian jalanan dan K-Pop untuk hadir ke sesi saringan pada jam 3 petang, 12 Februari ini bertempat di T-Hop, Tingkat 6 Sungei Wang Plaza.

Sepuluh (10) kumpulan terbaik akan layak ke peringkat akhir pada jam 3 petang 20 Februari 2011 bertempat di Ruang Legar Sungei Wang Plaza.

Dianjurkan oleh Alibi Music Sdn Bhd, Sungei Wang Plaza sebagai Penaja Lokasi dan Sensasi Selebriti sebagai Portal Rasmi, DynDa Hanya Kamu Dance Off menawarkan hadiah menarik kepada para pemenang.

Juara akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 dan berpeluang untuk muncul dalam video klip DynDa. Manakala tempat kedua dan ketiga bakal memenangi wang tunai RM1500 dan RM700 masing-masing.

Menurut Ferhard Ahmad, Pengarah Urusan Alibi Music Sdn Bhd, pertandingan ini dianjurkan sempena single terbaru Dynda Babe… Hanya Kamu yang telah dirilis sekitar penghujung 2010.

DynDa

DYNDA

“Lagu ‘Babe … Hanya Kamu’ ciptaan Adeep, Francis Cobb dan Aiqa Halim adalah single kedua DynDa selepas ‘AMPM’. Liriknya ditulis oleh Adeep dan DynDa sendiri.

Untuk kelainan, kami anjurkan pertandingan ini untuk mencari bakat-bakat baru yang boleh kami tampilkan dalam video muzik DynDa. Kumpulan yang kami cari haruslah sinonim denagn ciri-ciri yang sedia ada pada DynDa.

Gerak tari mereka mestilah lincah dan koreografi pula kenalah menarik. Di samping itu, bersesuaian dengan aliran fesyen tarian jalanan dan K-Pop yang ranggi, peserta yang stailo mempunyai peluang yang lebih cerah untuk bergelar juara” kata Ferhard mengakhiri perbualan.

DynDa yang ditubuhkan pada Disember 2009 memulakan karier mereka sebagai penari dan setelah bergelar penyanyi, mereka mahu imej penari terlihat dalam kumpulan mereka.

Ditanya kenapa memilih tarian jalanan dan K-Pop, DynDa mengatakan kedua-dua tarian ini adalah trend terbaru yang menjadi kegemaran ramai pengikut tarian seluruh dunia.

“Tarian jalanan dan K-Pop memang dua fenomena yang menakjubkan. Ia bukan sekadar tarian untuk menghiburkan para penonton. Ia umpama satu budaya yang menggabungkan pelbagai elemen seperti muzik, gaya hidup, fesyen dan banyak lagi.

Bagi kami, pertandingan ini lebih bersifat peribadi. Selain daripada mengenengahkan bakat tarian, kami juga ingin mengambil peluang ini untuk mendekati peminat-peminat tarian di Malaysia. Banyak yang ingin kami kongsikan dari segi gerak tari, koreografi dan juga fesyen terkini.

Untuk itu, pertandingan ini kami buka penyertaan kepada semua, tanpa mengira warganegara dan umur mereka” ujar Dynda.

Teaser – Hanya Kamu Dynda Dance Off Competition

Peringkat Saringan

Masa: 3 petang
Tarikh: 12 Februari 2011
Tempat: T-Hop, Tingkat 6, Sungei Wang Plaza
Peringkat Akhir

Masa: 3 petang
Tarikh: 20 Februari 2011
Tempat: Ruang Legar, Sungei Wang Plaza

DynDa

Syarat-Syarat Pertandingan

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan warganegara asing yang menetap di Malaysia tanpa mengira had umur.
  2. Penyertaan mestilah secara berkumpulan (minima 2, maksima 5 orang)
  3. Stail tarian terhad kepada Tarian Jalanan dan/atau K-Pop sahaja
  4. Durasi persembahan tidak melebihi 4 minit (2 minit lagu Hanya Kamu (Babe) (sila dapatkan sampel lagu dari http://www.facebook.com/DynDaFanPage dan 2 minit selebihnya dari lagu pilihan anda sendiri)
  5. Setiap kumpulan mestilah membawa sendiri CD yang mengandungi kombinasi lagu seperti yang tertera di atas
  6. Juara akan diberi peluang untuk muncul di dalam muzik video Dynda. Sekiranya Juara tidak dapat muncul tanpa alasan yang munasabah, Naib Juara akan mengambil alih.
  7. Dynda akan menjadi hakim pertandingan dan segala keputusan adalah muktamad.

Penghakiman

  1. Nilai-nilai Hiburan / Kreativiti 20%
  2. Teknik 20%
  3. Keaslian Persembahan 20%
  4. Koreografi 20%
  5. Koordinasi/Kerjasama Kumpulan 10%
  6. Stail / Penampilan 10%

Pihak Penganjur

  1. Tidak akan bertanggungjawab diatas segala kecederaan, kehilangan dan kerosakan sepanjang penganjuran pertandingan ini
  2. Berhak untuk menggunakan segala gambar, biodata, rutin tarian, belakang pentas untuk aktiviti promosi
  3. Berhak untuk meminda atau mengubah mana-mana syarat pertandingan tanpa sebarang notis awal
  4. Berhak untuk menolak mana-mana penyertaan kumpulan untuk menyertai pertandingan ini
  5. Berhak untuk menyingkirkan mana-mana kumpulan atas salahlaku semasa penganjuran pertandingan ini

DynDa

DynDa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Di Sebalik Tabir Hikayat Merong Mahawangsa

Gambar Noorkhiriah di Party Dinner Pelakon Komedi ABP2010