in

Jom Sertai Peraduan How Mml Tile Makeover Works

Jom Sertai Peraduan How Mml Tile Makeover Works. Dalam pada Budiey sibuk dengan menyelesaikan segala urusan ubah suai rumah baru ni, Budiey tak lupa untuk mencari mana-mana peraduan ubah suai atau makeover rumah kat internet, majalah mahupun di kaca TV.

Kalau dulu ada program TV yang mahukan peserta, tapi sekarang takde pula peraduan kat program makeover kat TV. Sedih betul.

Tapi, cari punya cari, Budiey terjumpa la dengan satu peraduan yang baru je dilancarkan di mana hadiahnya sangat la menarik dan lumayan. Hadiahnya, siapa yang tak nak la… ianya berupa penajaan tiles lengkap untuk bilik tetamu, porch atau bilik mandi. Harap-harap Budiey boleh menang.

Fuh… kebetulan Budiey nak sangat ubah suai tiles di living room nih sebab macam tak sesuai dengan citarasa Budiey. Maklumlah, masa beli tu, lantai yang diberikan oleh pemaju memang tak berapa berkualiti.

Kalau lah Budiey menang peraduan ni, bestnya… korang doakan la ya.

CuriousCat.my

Untuk info pembaca, ni Budiey nak cerita sikit cara nak sertai peraduan terbaru dari MML ni. Nak jadi pemenang, senang saje caranya. Anda kena lah jadi peserta atau calon untuk Tile Makeover dengan menaik turun (upload) maksimum 5 keping gambar bilik mandi / living room atau porch di rumah anda dengan menyertaikan sekali penerangan tentang masalah yang anda hadapi dengan tile anda tu.

Jadi, masalah tiles tu kenalah disampaikan secara terang dengan ayat yang mudah serta dengan details sikit supaya senang la judge nak tahu masalah sebenar anda tu. Pendek kata, anda kena hantar gambar yang terang dan boleh menggambarkan masalah yang anda hadapi tu.

Budiey difahamkan, pemenang akan dipilih berdasarkan 2 faktor iaitu secara undian dari orang ramai dan juga juri dari penganjur iaitu MML dan Malaysian Mosaics Berhad.

CuriousCat.my

Paling penting, anda kenalah mengajak pengundi anda tu supaya klik pautan laman web CuriousCat.my. Lagi ramai lagi bagus.

Kalau anda nak join contest ni, sila hantar penyertaan anda tu sebelum 8 Julai 2012. Haa, Budiey rasa dah dekat dah ni. Cepat sikit ya. Kalau tak melepas lah nak makeover rumah anda tu.

Oooh, hari ni baru Budiey tahu yang laman web CuriousCat.my ni, rupa-rupanya adalah milik produk tiles berjenama MML. Kalau takde peraduan ni, sumpah Budiey tak tahu.

Selain itu, jangan lupa layari Facebook & ajak kawan anda tu LIKE. Barulah gempak kan?

Layari: http://www.facebook.com/curiouscatdotmy

Okaylah, Budiey pun nak hantar sekarang. Bye.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AKU, KAU & DIA Karya Pierre Andre

Rebecca Nur Al Islam Hamil Kali Kedua Kandungan Kini 5 Bulan