in ,

Rebecca Nur Al Islam Hamil Kali Kedua Kandungan Kini 5 Bulan

Selepas kita menerima khabar gembira dari pelakon Fasha Sandha dan Eira Syazira yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi, terbaru Rebecca Nur Islam, 25, kini hamil buat kali kedua.

Pelakon Dejavu di Kinabalu itu sengaja merahsiakan berita gembira tersebut di peringkat awal kehamilannya, Rebecca berkata baru kini dia bersedia untuk muncul dan memberitahu mengenai kandungannya yang sudah pun mencecah lima bulan.

Rebecca Hamil Kali Kedua Kandungan Kini 5 Bulan

“Alhamdulilah, saya rasa bersyukur sangat kerana Tuhan memberikan saya rezeki untuk hamil sekian kalinya. Perasaan gembira itu sukar untuk digambarkan dan kali ini saya banyak berdoa semoga kandungan saya ini selamat sentiasa.

Saya sengaja merahsiakan kandungan ini walaupun ramai pihak bertanyakan kepada saya.

Tetapi baru kini saya berani untuk bercerita kerana tak mahu terlalu teruja seperti kandungan saya sebelum ini yang akhirnya tidak menjadi,”

– Rebecca Nur Al Islam

Bimbang pisang berbuah dua kali, Rebecca memberitahu dia berasa sangat beruntung kerana sepanjang kehamilannya kali ini telah dijaga dengan lebih rapi oleh suaminya, Nor Azam Datuk Sulaiman, 43.

“Biasalah, suami saya orang yang paling gembira dengan kehamilan saya. Dia sentiasa menjaga dan mengawal setiap pergerakkan saya supaya lebih berhati-hati.

Malah dia akan pastikan ke mana sahaja saya pergi perlu berteman serta ada pemandu yang akan membawa saya.

Saya juga juga tidak dibenarkan melakukan apa sahaja termasuk mengangkat apa-apa barang. Tindakannya itu membuatkan saya rasa sangat beruntung dan rasa dihargai oleh suami,”

– Rebecca Nur Al Islam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Sertai Peraduan How Mml Tile Makeover Works

Maher Zain Nafi Konsert Bernilai RM1 Juta