in

AKU, KAU & DIA Karya Pierre Andre

AKU, KAU & DIA
SEBUAH KARYA KISAH CINTA AGUNG PIERRE ANDRE

Spoiler alert : Diminta jasa baik pembaca budiey.com yang menonton filem ini, mohon kerjasama anda untuk memberi “spoiler alert” sekiranya anda menulis dengan siapa Mia bercinta di dalam artikel/review filem AKU, KAU & DIA.

Pengarah Pierre Andre
Tarikh 28 Jun 2012
Terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB)

SEBUAH KARYA KISAH CINTA AGUNG PIERRE ANDRE – Diambil dari pengalaman yang dialami oleh pengarah dan diangkat ke layar perak. TUSB sekali lagi memberikan kepercayaan kepada Pierre Andre untuk mengarahkan filem kedua beliau bersama TUSB berjudul ‘Aku, Kau & Dia’ yang bakal menemui penonton pada 28 Jun ini. Filem Drama Romantik ini menampilkan wajah baru Zarinatasha Jamalullail, bekas finalis Dewi Remaja 2010 dan buat pertama kali berpasangan bersama Remy Ishak sebagai pasangan kekasih.

Semasa menonton filem ini, Budiey ada senaraikan beberapa fakta menarik:

  1. Remy memegang watak bernama Izlan, seorang pemuzik jalanan yang sangat selekeh dan suka korek hidung.
  2. Sepanjang menonton filem ini, mengingatkan Budiey akan filem Indonesia yang ads perencah yang sama, drama muzikal tragis melankolik. Ingat tak dengan filem Ada Apa Pada Cinta, Tentang Dia, Cinta, My Heart?
  3. Dalam banyak-banyak lagu, lagu Pendam dari Shahir sangat sebati dengan filem ini kerana dimainkan secara berulang secara instrumental.
  4. Pelakon baru Zarina yang kini bertudung… not bad gak sebagai Mia.
  5. Ada part, penonton akan kata…. yaaaakss yeek etc
  6. Macamana korang rasa bila berada di tempat Mia yang lara merindui kekasih yang dah tiada.
  7. Penonton akan diperkenalkan dengan beberapa perkataan baru yang sengaja direka, contoh: Apa itu gemik?
  8. Setengah jam berlalu, Izlan perkenalkan namanya. Wataknya lucu dan sinikal.
  9. Mana Izlan cari duit utk buat party kanak kanak serba putih & melamar tu sedang dia hanya seorang pemuzik jalanan?
  10. Tu dia keluar lagu Pendam. Terasa ia cukup sadih bangat. Pedihnya hanya aku yg merasa….
  11. Filem ni kalau jual kat Indonesia ni, kompem laku.
  12. Falsafah cinta dgn bermonolog. Watak Pekin ada dalam 15 peratus je rasanya.
  13. Muka Zarina ada iras Erin Malek.
  14. Moral of the story, berhati-hati melintas jalan.
  15. Kejutan. Tolong jgn kasi spoiler utk penamat filem ni. Stail & gaya Pierre Andre mmg mcm ni.

Filem ini telah menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur bermula 15 Mac 2011. Turut menjayakan filem ini ialah Pekin Ibrahim, Harun Salim Bachik, Marisa Yasmin, Nash, Harris Shidee (Idola Kecil 3) dan ramai lagi.

Mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia (Zarina Jamalullail) yang kehilangan tunangnya Ilhan (Pekin Ibrahim) dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian.

Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan (Remy Ishak) seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat.

Di situ bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mengingati kembali nota lagu yang dicipta untuk Ilhan?

Segala informasi tentang Aku, Kau & Dia ini boleh didapati
Laman sesawang : www.tayanganunggul.com
Facebook : www.facebook.com/akukaudia28jun2012
Twitter : www.twitter.com/tayanganunggul #akukauNdia
Youtube : http://www.youtube.com/tayanganunggul

Sharon Paul selaku Pengarah Muzik filem ini telah mencipta 3 buah lagu baru sebagai OST Aku, Kau & Dia. Dejavu lirik ditulis oleh Imillya Irwani dan Aku Kau Dia lirik ditulis oleh Pekin Ibrahim. Kedua-dua lagu ini dinyanyikan oleh Shila Amzah. Sementara Namanya Cinta nyanyian Harris Shidee ditulis oleh Fedtri dan Wan. Selain itu, terdapat dua buah lagu lain yang turut menghiasi filem ini iaitu Pendam nyanyian Shahir dan Please Forgive Me nyanyian Elly Mazlein.

Senarai Pelakon
ZARINA JAMALULLAIL -MIA
REMY ISHAK -IZLAN
PEKIN IBRAHIM -ILHAN
MARISA YASMIN -DATIN ROSELYNN
HARUN SALIM BACHIK -DATO’ HASHIM
HARISS SHIDEE -ARYAN
NASH -PAK MAT
AMERUL AFENDI -FARID

OST FILEM AKU, KAU & DIA

DEJAVU
penyanyi / singer
SHILA AMZAH
lagu / composer SHARON PAUL
lirik / lyrics IMILLYA IRWANI
Publisher SCORES MUSIC PUBLISHING / WARNER CHAPPELL MUSIC (M) SDN BHD

PLEASE FORGIVE ME
penyanyi / singer
ELLY MAZLEIN
lagu / composer JULFEKAR
lirik / lyrics JULFEKAR
Publisher MILLENNIUM ART SDN BHD

AKU KAU DIA
penyanyi / singer
SHILA AMZAH
lagu / composer SHARON PAUL
lirik / lyrics PEKIN IBRAHIM
Publisher SCORES MUSIC PUBLISHING / WARNER CHAPPELL MUSIC (M) SDN BHD

NAMANYA CINTA
penyanyi / singer
HARRIS SHIDEE
lagu / composer SHARON PAUL
lirik / lyrics FEDTRI & WAN
Publisher SCORES MUSIC PUBLISHING / WARNER CHAPPELL MUSIC (M) SDN BHD

PENDAM
penyanyi / singer
SHAHIR
lagu / composer SHAM KAMIKAZE
lirik / lyrics SHAM KAMIKAZE
Publisher MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD

POSTER AKU, KAU & DIA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater Puisi Tari Primadona Perahu Mimpi

Jom Sertai Peraduan How Mml Tile Makeover Works