in ,

Jadual Rakaman Konsert ROOFTOP NTV7

Salam penuh keceriaan buat semua pembaca budiey.com,

Kat sini, Budiey ingin mewar-warkan tentang sebuah program hiburan berbentuk konsert terbaru yang akan disiarkan di NTV7 yang dinamakan ROOFTOP.

Antara artis yang terlibat ialah Estranged, Project Pistol, Aizat, Bunkkface, OAG, Liyana Fizi & Diandra Arjunaidi, Najwa Latif, Akim, Ikhwan & Gang, Adira, Awi Rafael, Hafiz & Azlan & Typewriter.

Bagi Budiey, program Rooftop NTV7 ini memang gempak & happening habis sebab katanya ia bakal mencatat sejarah menjadi program konsert muzikal TV yang pertama dirakam di atas bumbung bangunan. Pergh! Giler la tak gempak sebab kalau korang tengok list penyanyi dan band yang akan buat persembahan, sure korang tak nak ketinggalan menyaksikannya secara live.

Rakaman program ROOFTOP ini akan berlangsung bermula pada hari ini (12 Jun 2012) sehinggalah 18 Jun 2012 di Rooftop, Tingkat 8, Bangunan Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Yang paling bestnya, Budiey.com telah dilantik dan diberi tugas oleh NTV7 untuk menjadi blog rasmi program ROOFTOP ini. Terima kasih banyak-banyak atas peluang yang diberikan.

Dan paling best lagi, untuk pembaca budiey.com, ada 20 pass percuma untuk korang dapatkan bagi menonton konsert ini secara live. Budiey difahamkan, pass untuk program ini diberikan secara terhad dan eksklusif. Walaupun terbuka kepada semua, namun korang kena dapatkan dulu pass ini dari ntv7 dan media rasmi yang dilantik oleh mereka.

Jika korang berminat menjadi penonton untuk rancangan baru ROOFTOP ini, apa kata datanglah ke rakaman ini. Nak pass dari Budiey, senang je. Hanya kasi tau Budiey dengan menghubungi Twitter Budiey, sila follow @budiey. Itu sahajalah, sementara stok tiket masih ada ya.

Gambar Rooftop Lot 10

Kalau korang nak minta dari ntv7 pun boleh jugak. Tapi Budiey difahamkan permohonan untuk menjadi penonton telah ditutup. Kami sekarang sedang dalam proses pemilihan penonton. Harap bersabar. Pastikan anda lapang pada hari rakaman ye.

DATE – EPISODE – ARTIST

* 12th June (Tuesday)
ESTRANGED & PROJEK PISTOL

* 13th June (Wednesday)
AIZAT

* 14th June (Thursday)
BUNKFACE & OAG

* 15th June (Friday)
LIYANA FIZI & DIANDRA ARJUNAIDI

* 16th June (Saturday)
NAJWA LATIF
AKIM

* 17th June (Sunday)
IKHWAN & GANG
ADIRA

* 18th June (Monday)
AWI RAFAEL, HAFIZ & AZLAN & TYPEWRITER

Amacam, mini gig atas bumbung bangunan. Ada bran?

Haha, kalau tengok pada senarai artis dan band yang akan perform nanti, pasti ada yang teruja dan excited giler nak datang kan? Terutama kepada peminat-peminat dan grup peminat artis yang Budiey sebut tadi. Tolong war-warkan di FB dan twitter masing-masing.

Apa kata korang follow twitter rasmi untuk Rooftop iaitu @RFTP7

Kalau nak tweet tu, sila gunakan hashtag #RFTP

Dan untuk korang yang ada Facebook, jom la LIKE Facebook Fanpage Rooftop NTV7 iaitu: https://www.facebook.com/RFTP7

Gambar Rooftop Lot 10

Gambar Rooftop Lot 10

Gambar Rooftop Lot 10

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berita Kematian Osman Kering Adalah Palsu

OREO Lancar Kempen Ucapkan Untuk Ayah