in

Berita Kematian Osman Kering Adalah Palsu

Semalam, pada sebelah petangnya, lebih kurang dalam jam 7 malam macam tu, Budiey perhatikan sangat kecoh di laman sosial Facebook dan Twitter di mana ramai yang mengemas kini status mereka dengan berita kehilangan seorang pelawak terkenal, Osman Kering  atau nama sebenarnya Osman kassim, 58 tahun.

gambar-osman-kering-meninggal-dunia

Siap ada yang tukang tolong re-tweet pun ada walaupun berita sahihnya belum dapat dipastikan lagi. Biasalah orang kita, mudah sangat percaya. Kurang asam betul.

Naluri Budiey kuat mengatakan Osman Kering belum lagi meninggal memandangkan berita ini tak disahkan oleh kaum keluarga beliau.

Paling kelakar, berita palsu ini juga turut tersebar di media online yang sangat popular dan mereka melaporkan kononnnya seorang bintang vateran terkenal, Osman Kering telah disahkan meninggal dunia pada jam 7 petang semalam di kediamannya yang terletak di Bandar Permaisuri, Cheras.

Anak kelima arwah, Nor Habriyah telah memaklumkan bahawa sejak tiga hari lalu arwah telah mengalami demam dan pada jam 7 petang tadi arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya. Jenazah kini berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.

Ish ish… berita tentang kematian ni tak boleh dibuat senda gurau atau bahan lawak yang melucukan. Kenalah serius sikit. Jangan main semberono nak cakap pelakon ni mati, artis ni meninggal dunia. Sedangkan orang tu masih hidup dan bernafas lagi.

Berita ini dinafikan sendiri oleh anak kepada pelakon dan pelawak ini yang mengatakan ayahnya, Osman Kering sedang dirawat di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM).

Menurut Mstar Online, sehingga berita ini ditulis pada pukul 9.40 malam, keadaan Osman berada dalam keadaan kritikal dengan bantuan alat pernafasan.

Anak kedua Osman iaitu Mohd Al Amin, 27, mengesahkan perkara itu dan menolak khabar angin bapanya sudah meninggal dunia sekitar pukul 7 malam Isnin.

“Alhamdulillah, ayah masih hidup dan kini dibawah pemerhatian doktor di wad kecemasan dan akan dibawa ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) untuk rawatan selanjutnya,”

Amin menjelaskan, bapanya rebah sekitar pukul 6 petang Isnin di rumah mereka di Bandar Permaisuri, Cheras selepas mengalami batuk berdarah sebanyak dua kali.

Dia memberitahu seorang jiran yang datang untuk membantu kemudiannya mengesahkan bapanya telah meninggal dunia pada pukul 6.45 petang sebelum diperiksa sekali lagi oleh adiknya iaitu Nur Ain, 25, yang kebetulan bekerja dalam bidang perubatan.

“Selepas adik periksa nadi ayah, dia memberitahu ayah masih hidup tetapi nadinya lemah dan kami bergegas membawanya ke hospital,” katanya.

Tambah Amin, ketika kejadian, ibunya iaitu Che Norhayati Che Omar, 48, berada di sisi bapanya bersama seorang lagi adiknya.

Dalam pada itu, Amin memberitahu, bapanya memang sudah lama mengalami penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.

“Doakan ayah saya kembali sihat dan dapat kembali seperti biasa,” ujarnya.

Budiey harap semua yang dah re-tweet mahu pun yang dah sebarkan berita palsu ini di blog dan FB mereka dapat menebus semula kesilapan dengan banyakkan berdoa kepada Tuhan semoga Allah melindungi dan memberikan kesihatan kepada Osman Kering.

Kalau tak silap Budiey, Osman Kering ni berasal dari Kampung Kuaw, Bachok, Kelantan. Eh, kira satu kampung dengan Budiey la nih.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Halim Devotees Lancar Single Lagu Message Undelivered

Jadual Rakaman Konsert ROOFTOP NTV7