in ,

Ibu Catriona Ross Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ngeri

Al-Fatihah buat pelakon, Catriona Ross di atas pemergian ibunya Allahyarhamah Siti Zawiyah Ab. Rahman yang telah ke rahmatullah. Malang tak berbau. Beberapa tahun sudah, pelakon Catriona Ross diberitakan cedera parah kerana terlibat dengan satu kemalangan. Kemudian, semalam ibunya pula kemalangan. Sesiapa sahaja yang duduk di tempat beliau pasti jadi lebih trauma. Semoga kita semua ambil iktibar dan berhati-hati di jalan raya.

[dropcap]G[/dropcap]erik: Arwah ibu pelakon Catriona Ross Bahrin, Siti Nur Zawiah Abdul Rahman, 63, bersama rombongan lapan individu dikatakan dalam perjalanan menyalurkan bantuan kepada pelajar sebuah madrasah di Kedah sebelum terbabit dalam kemalangan maut, semalam.

Kemalangan maut itu berpunca dari tindakan pemandu memotong beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas ketika menuruni bukit berhampiran Kilometer 61.8, Jalan Raya Timur Barat di Gerik kira-kira jam 1 pagi. Kereta mangsa gagal mengelak sebelum merempuh sebuah bas ekspres dari arah bertentangan. Akibatnya, kereta mangsa terseret sebelum berpusing dan terbabas masuk ke dalam longkang di bahu jalan.

Ibu Catriona Ross Meninggal Dunia

Warga emas terbabit adalah antara tiga penumpang sebuah kereta yang maut selepas kenderaan dinaiki bertembung bas ekspres di Kilometer 61.8, Jalan Raya Timur Barat berhampiran Hentian Rawat dan Rehat Titiwangsa, di sini, dalam kejadian jam 1 pagi.

Kemalangan itu turut meragut nyawa rakan Nur Zawiah, Norini Ghani, 42, dan dan Sitah Abdullah, 52, yang dilaporkan maut serta-merta di tempat kejadian.

Bagaimanapun, pemandu kereta lingkungan 40-an yang dinaiki ketiga-tiga mangsa terbabit terselamat dan dirawat di Hospital Taiping, di sini.

Ibu Catriona Ross Meninggal Dunia

Rakan arwah, Syed Ageel Syed Mahayadin, 39, yang ditemui di bilik mayat Hospital Gerik semalam berkata, semua mangsa mengikuti rombongan membabitkan dua kereta dalam perjalanan ke rumahnya di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Menurutnya, semua ahli rombongan seramai lapan orang itu sepatutnya tiba di rumahnya pada jam 3 pagi.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 1.20 pagi, saya menerima panggilan telefon telefon daripada seorang ahli rombongan memaklummkan sebuah daripada dua kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dan arwah meninggal dunia akibat kecederaan parah. Saya benar-benar terkejut sebab arwah bersungguh-sungguh mahu menghulurkan bantuan kepada pelajar di sebuah madrasah di Kedah.”

Dia berkata, arwah dan tujuh lagi ahli rombongan dijangka bermalam di rumahnya sebelum mengadakan lawatan ke Madrasah Zabaydiah, Merbuk, Kedah. Saya dan arwah sudah lama bersahabat selain turut menjalin kerjasama perniagaan sejak beberapa tahun lalu. Malah, arwah amat aktif membantu pelajar daif yang menuntut di sekolah pondok dan anak yatim.”

Ibu Catriona Ross Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ngeri

Syed Ageel berkata, dia dimaklumkan arwah dan tiga mangsa menaiki kereta Proton Saga BLM, manakala sebuah lagi kereta Toyota Camry dinaiki empat lagi rakannya dari arah Kota Bharu, Kelantan.

“Mengikut perancangan, kami akan ke Ipoh untuk urusan perniagaan kilang ais krim sebelum arwah bertolak pulang ke Kota Bharu. Saya hanya mengenali pemandu kereta Proton Saga itu sebagai Cikgu Mustafa Che Su, 50-an. Dia kini cedera parah dan kini dirawat di Hospital Taiping kerana cedera di badan dan di dada.”

Semua mayat mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat. Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Kerana Sarah

Album Zikir Zindagi Ustaz Haslin Baharim