in

Album Zikir Zindagi Ustaz Haslin Baharim

ZIKIR ZINDAGI BERSAMA USTAZ HASLIN BAHARIM

[dropcap]S[/dropcap]inonim dengan panggilan Ustaz Bollywood, nama Ustaz Haslin Baharim bukan lagi asing dalam persada dakwah tanahair. Popularitinya juga tidak hanya terhad di corong – corong radio atau kaca televisyen, malahan rakaman video ceramah – ceramah yang dimuat naik di saluran You Tube juga berjaya meraih ratusan ribu jumlah tontonan. Bertitik tolak dari situlah, buat julung kalinya, UNICDOTMY Pro Sdn Bhd telah menjalin kerjasama dengan Ustaz Haslin untuk menghasilkan album sulung beliau yang bakal menggegar dan meruntun jiwa berjudul ZIKIR ZINDAGI.

Album Zikir Zindagi Ustaz Haslin Baharim

Album yang dikategorikan sebagai zikir ini bakal menjengah di pasaran tidak lama lagi merupakan hadiah teristimewa daripada Ustaz Haslin dalam usahanya mempermudahkan orang ramai untuk sentiasa beribadah mengingati, memuji, mengagungkan keesaan dan kebesaran Allah s.w.t dengan caranya yang tersendiri. Tambahan lagi, album ini juga turut menampilkan zikir – zikir yang berunsurkan inspirasi sebagai taruhan utama buat para pendengar.

Umpama irama dan lagu, beliau yang merupakan lulusan Universiti Islam Abu Bakr Karachi, Pakistan, tampak begitu versatil sekali apabila alunan zikir serta doa yang dipersembahkan cukup merdu dan mendayu – dayu melalui melodi dan lenggok yang seakan – akan penyanyi Hindustan.

Album yang menghimpunkan 19 track Zikir Munajat, Doa dan Bacaan Ayat – ayat Suci Al – Quran ini bakal membawa perbezaan ketara kepada para pendengar kerana ianya dibacakan dengan lenggok berlagu dan bermelodi hindi selain menampilkan penggunaan bahasa Urdu dalam beberapa zikir pilihan. Selain itu, kelunakan vokal mantap Ustaz Haslin sendiri jelas kedengaran melalui zikir hits seperti Jago-Jago (urdu) dan Siru Fi Himallah.

Cara penyampaian yang bersahaja tetapi penuh bersemangat diselangi pula dengan dendangan zikir berlagu cukup membuatkan album ini unik dan dinanti – nantikan para penggemar zikir tempatan mahupun luar negara khususnya.

Bapa kepada tujuh orang anak ini juga merupakan panelis rancangan Tanyalah Ustaz di TV9, Al Kulliyah TV3, Wanita Hari Ini TV3, Radio Kedah FM, Mutiara FM, Selangor FM dan juga Radio 24 BERNAMA FM.

Nantikan kemunculan album sulung Ustaz Haslin Baharim (Ustaz Bollywood) berjudul Zikir Zindagi di pasaran nanti terbitan UNICDOTMY PRO SDN. BHD dengan harga RM19.90. Sebarang pertanyaan atau tempahan awal album, sila hubungi pejabat urusan UNICDOTMY PRO SDN. BHD di talian 03 – 6186 4300 atau emelkan kepada [email protected].

Website: www.unic.my

Album Zikir Zindagi Ustaz Haslin Baharim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ibu Catriona Ross Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ngeri

What Are You Feeding Your Child Before School?