Home HOME | My Few.net | Diary Budiey | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Contact Me | Bookmark (Ctrl+D)





[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]




Hizbur & Asyraf Siapa Juara Imam Muda Musim Pertama

Tup tup pejam celik pejam celik dah pun sampai ke final Imam Muda. Budiey nak ucapkan tahniah kepada dua orang finalis iaitu Asyraf dan Hizbur yang mana salah seorang daripada mereka bakal dinobatkan sebagai Imam Muda musim pertama. Esok adalah penentuannya di mana mereka ini akan diadili oleh juri dan mudir.

Agak-agak siapakah yang bergelar Imam Muda? Hizbur atau Asyraf? Sebenarnya, bagi Budiey, kedua-duanya dah pun layak bergelar pemenang berdasarkan prestasi dan kemampuan yang ditunjukkan.

Hizbur

VS

Asyraf

Program ini sebenarnya telah menimbulkan satu fenomena baru dan sambutan dari penonton bukan sahaja dari negara kita malah telah membuka mata ramai pihak termasuklah dari luar negara.

Budiey diberitahu, program Imam Muda ini bukan sahaja akan disiarkan secara langsung malam esok di Astro Oasis malah ia juga akan berada di talian Astro B.player Online dan juga mobile. Seperti mana pada musim bola sepak Piala Dunia 2010 yang lalu, Astro B.player akan dapat dicapai dengan menggunakan internet dan juga mobile dan ini bermakna boleh ditonton seluruh dunia.

Cara nak tonton siaran langsung Imam Muda Final dengan menggunakan Astro B.player adalah dengan menghantar SMS: GET BPLAYER dan hantarkan ke 26000. Ianya percuma untuk ahli portal Astro yang berdaftar dan untuk mobile hanyalah istimewa buat pelanggan Maxis 3G sahaja. Data charges apply.

Ini sangat bagus untuk penonton-penonton yang berada di luar negara. Ini berdasarkan kepada sambutan hangat yang diterima menunjukkan penonton dari luar negara begitu berminat dengan program Imam Muda.

Jadi, jangan lupa untuk menonton malam Kemuncak Imam Muda yang akan bersiaran langsung di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro B.player pada esok, 30 Julai 2010, Jumaat jam 9 malam.

IMAM MUDA adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.

Calon-calon IMAM MUDA yang telah terpilih ini telah dihimpunkan di Asrama Masjid Wilayah Persekutuan selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh agama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.

Selain itu, mereka juga dikehendaki untuk menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.

Yang Berbahagia Dato’ Hasan Mahmud Al Hafiz, mantan Imam Besar Masjid Negara telah diamanahkan untuk menjadi Mudir (pengetua) yang akan membimbing calon-calon Imam Muda inidan dibantu oleh dua orang Murshyid (mentor) iaitu Uztaz Hj Shahrizan Hj Daud At Turabi; Ketua Imam di Masjid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa dan Uztaz Syed Norhisyam Al Idrus; seorang penceramah bebas yang juga pernah terlibat dalam pelbagai program TV berunsurkan ilmu Islam.

Info lanjut, boleh layari:

Facebook: www.facebook.com/imammuda106



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Asyraf Juara Imam Muda Musim 1
  • Senarai Peserta Imam Muda Astro Oasis
  • Juara Pesona Nona Musim Ke-3
  • Astro Mencari Imam Muda Terbaik di Malaysia
  • Siapa Mentor & Protege Untuk Realiti TV Mentor Musim Ke-3?
  • Siapa Pemenang Final My Starz LG Musim Ke-2?
  • The Lima Juara Pertama Gangstarz TV3
  • Jordin Sparks Juara American Idol 6
  • DUNIAKU CARREFOUR DI TV3
  • Trivia: Rambut Ikal Perang Siapa Ni?



  • 7 Komen untuk entri “Hizbur & Asyraf Siapa Juara Imam Muda Musim Pertama”

    1. Nuyoi Idris kata:

      rasanye Imam Muda Hizbur..

    2. apeapeaje kata:

      pun rasanya Hizbur gak! Tp kalau Asyraf yg terplih ok juga sbb dua2 dah pun mnunjukan kmpuan msing2 yg trbaik.

    3. paparazzfs kata:

      imam muda hizbur… insyaallah

    4. Hamba Allah kata:

      Rasa2nya Imam Muda Hizbur bakal dinobatkan jadi juara Imam Muda. Tapi kalau Asyraf yg terpilih, tak pe jugak. Saingan yg sihat…..

    5. SITI KHALIDAH (CIK TUPAI) kata:

      assalamualaikum… imam muda asyraf dan imam muda hizbur
      saya berbangga dgn kejasama dan semuanya
      saya minat due2 imam muda ini
      dan saya dh tau sapa pemenangnya ialah IMAM MUDA ASYRAF SEBAB DH TENGOK ASTRO OASIS
      DH UMUM DAH PON
      BEST GILERRR
      SAYERR RESPECT IMAM MUDA SEMUA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
      SAYA SKONG DUA2
      TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1
      WASSALAM……

    6. SITI KHALIDAH (CIK TUPAI) kata:

      SEMOGA BERJAYA
      DAN KEKALKAN PRESTASI
      KEKALKAN KEIMANAN DAN KETAQWAAN
      ADA LAGI
      KEKALKAN AGAMA ISLAM
      WASSALAM…..
      SELAMAT HARI LAHIR IMAM MUDA SEMUA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    7. Rihana Ahmad kata:

      bukan nak komen apa2 cuma nak minta siaran ulangan rancangan imam muda yg akhir sekali, sebab, macam tak puas tenguk rancangan itu, sayu mendengar laungan azan dan bacaan ayat2 suci yg sambut menyambut antara dua finalis itu.

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




































































































































































































































































































    Hits & Statistic





    View Blog Stats





    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK