in

Sertai Peraduan Lagu Berduit Suria FM

RM5000 baru sahaja dimenangi di Suria FM

Lagu berduit kembali lagi untuk tahun ini dan sudah masuk minggu yang pertama. Kali ini Suria FM mempertaruhkan sebanyak RM50K buat pendengar setia Suria FM. Minggu sebelumnya, Suria FM memberikan hadiah kepada pendengarnya dengan menganjurkan Konsert Kemuncak Suria FM 2010 bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3.

Konsert ini membawakan 21 artis tanahair dengan berkonsepkan otai vs baru iaitu gabungan dari artis-artis 90-an dan terbaru sejajar dengan tagline baru iaitu ‘Muzik Terbaik 90-an dan Terbaru’.

Setelah tamatnya konsert tersebut, Suria FM tidak melengahkan masa dan terus menganjurkan peraduan ‘Lagu Berduit’. Peraduan lagu berduit ini ialah satu peraduan yang dianjurkan oleh Suria FM dengan memainkan lagu-lagu tertentu yang dipilih dan pendengar hanya perlu menghantar SMS dengan menaip LB dan hantarkan ke 33988.

Seorang yang bertuah akan dipilih dan memenangi wang sebanyak RM500. Untuk waktu bonus, Suria FM akan memainkan lagu yang di rakam sewaktu konsert sebelum ini dan lagu itu akan dijadikan lagu berduit yang bernilai RM5000.

Tiada peraduan yang semudah dan seringkas ini malahan pulangan yang lumayan.

Untuk nilai RM5000, seorang pemenang bertuah baru sahaja memenanginya sewaktu segmen Suria Drive bersama Linda Onn dari jam 4pm-8pm. Julaidah bte Selamat, 31 yang berasal dari Sg.Udang, Melaka merupakan pemenang pertama yang memenangi wang RM5000 tersebut.

Beliau merupakan tukang jahit baju tentera di rumah sepenuh masa. Kata beliau “ Saya memang mendengar Suria FM dan telah sekian lama saya mencuba dalam peraduan Lagu Berduit ini. Tetapi kali ini saya bernasib baik dan tidak disangka-sangka RM5000 itu akan menjadi milik saya. Bukan sekali tetapi banyak kali. Tidak dapat diingat berapa banyak telah saya laburkan untuk menyertai peraduan ini. Ianya merupakan langkah yang betul dan kalau boleh biarlah Suria FM buat peraduan seperti ini setiap tahun. Peraduan ini sangat menarik dan mudah serta sesiapa sahaja boleh memenanginya. Berkenaan dengan duit yang saya dapat ini, saya akan gunakan untuk menambah modal untuk perniagaan menjahit saya ini. Terima kasih Suria FM “

Kira-kira 10 orang sudah memenangi peraduan lagu berduit ini dengan nilai RM500 setiap seorang dan baru seorang yang berjaya memenangi RM5000. Lebih banyak peluang yang dibuka untuk sesiapa sahaja menyertainya. Minggu hadapan pastinya menjadi kemuncak kepada peraduan ini kerana wang selebihnya dari sejumlah RM50K akan diberikan kepada semua pendengar yang berjaya menang dalam peraduan Lagu Berduit Suria FM ini.

Pendengar hanya perlu mendaftarkan diri dahulu sebagai VIP Suria FM sebelum menyertai peraduan ini. Kemudian dengar Suria FM dan tunggu sehingga lagu yang dipilih dimainkan dan seterusnya taipkan LB dan hantarkan ke 33988. Mudah dan ringkas kerana pendengar hanya perlu dengar Suria FM dan hantarkan SMS ringkas. Untuk keterangan lanjut berkaitan peraduan Lagu Berduit ini, boleh layari www.suriafm.com.my. ‘Muzik terbaik 90-an dan Terbaru’.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Pemenang Juara Akademi Quran Musim Ke 4

Hizbur & Asyraf Siapa Juara Imam Muda Musim Pertama