in

Hidangan Lebih Jimat McValue LunchTM

McValue LunchTM Kembali Dengan Lebih Penjimatan

· Hidangan McValue LunchTM kini lebih murah dengan penjimatan sehingga 36%
· Hidangan Double Cheeseburger McValue Lunch RM1 lebih murah daripada dahulu
· Hidangan Double Burgers kembali dengan lebih banyak pilihan

Kini, dengan promosi terbaru McValue LunchTM, pelanggan McDonald’s dapat berjimat lebih banyak lagi dengan tawaran harga yang menarik.

Pelanggan yang kerap mengunjungi restoran McDonald’s pada waktu makan tengah hari pasti akan terpesona dengan harga baru Double Cheeseburger McValue LunchTM yang telah turun dari RM7.95 ke RM6.95.

Double Cheese Burger Meal

“Ini bermakna pelanggan mendapat penjimatan tambahan sebanyak RM1. McDonald’s ingin menawarkan pelanggan setianya dengan sajian yang menyelerakan pada harga yang berpatutan,” kata Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Sarah Casanova.

Tidak kira apa pilihan anda: ayam, ikan atau daging, para peminat burger McDonald’s kini dapat menikmatinya dari harga serendah RM5.95 bagi set combo antara jam 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang, setiap hari.

Tawaran istimewa McValue LunchTM juga merangkumi Double Burgers, seperti Double Quarter Pounder dengan keju, Triple Cheeseburger, Double McChicken, Double Filet-O-Fish, Double Spicy Chicken McDeluxe dan Mega Mac. Bagi mereka yang inginkan nilai tambahan, anda boleh memilih set hidangan yang lengkap dengan French Fries dan minuman ringan.

“Oleh kerana harga burger klasik McDonald’s serta Double Burgers yang ditawarkan itu begitu menarik, kini pelanggan kami dapat menikmati lebih banyak pilihan burger pada harga yang amat berpatutan,” ujar Casanova.

“McValue LunchTM telah menjadi sebahagian daripada pilihan makanan tengah hari bagi warga Malaysia sejak McDonald’s bertapak di sini 30 tahun yang lepas. Dengan menawarkan harga yang lebih rendah untuk 16 hidangan lazat McDonald’s, kami ingin menunjukkan penghargaan kepada sokongan yang diberi oleh pelanggan selama ini,” tambah beliau.

Keterangan Gambar: Hidangan lazat Double Cheeseburger McValue Lunch

Perihal McDonald’s
McDonald’s merupakan rangkaian restoran perkhidmatan segera yang terkemuka dengan lebih daripada 33,000 restoran di seluruh dunia. Ia menawarkan perkhidmatan kepada 68 juta pelanggan setiap hari. Di Malaysia, sebanyak 222 restoran McDonald’s melayan 13 juta pelanggan sebulan. Di samping itu, McDonald’s menyediakan peluang kerjaya, latihan dan pembangunan kepada lebih daripada 12,000 kakitangan rakyat Malaysia di restorannya.

Untuk maklumat lanjut tentang McDonald’s, sila layari laman web www.mcdonalds.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mania Astro

Nabil & Wan Sharmila Hos Program Realiti TV Dikir Barat