in , ,

Nabil & Wan Sharmila Hos Program Realiti TV Dikir Barat

Program Realiti TV Dikir Barat : Pentas Dikir Pertama Hanya di RTM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi stesen TV pertama yang membawakan satu-satunya program realiti TV, “Pentas Dikir” yang mencari bakat Juara & Tukang Karut terbaik di negara kita. Bertemakan 1 Rentak 1 Jiwa, program ini telah pun menemui penonton menerusi episod pengenalannya pada 3 Februari lalu dan menerima sambutan baik daripada penonton TVi (Saluran 180 Astro).

Disiarkan setiap Jumaat, jam 9.30 malam mengisi 13 episod siarannya, “Pentas Dikir” meneruskan misi pencarian bakat seni dalam seni budaya iaitu Dikir Barat yang menampilkan pengacara Nabil Raja Lawak yang bergandingan dengan pelakon Wan Sharmila.

Dikir Barat

Ujibakat yang bermula 11 Jun 2011 lalu menyaksikan 12 orang peserta telah terpilih untuk merebut gelaran yang telah dibahagikan kepada 6 orang calon Juara/Tok Jogho dan 6 calon Tukang Karut. Mereka kemudiannya ‘dikuarantin’ selama 10 hari bagi mengikuti kelas dikir dan persedian ke konsert mingguan.
Saringan meliputi dua pusingan dan 4 orang dari setiap kategori akan ke peringkat separuh akhir dan seterusnya 2 pasangan akan dipilih mara ke Peringkat Akhir bagi merebut hadiah utama yang dijanjikan kepada pemenang.

Setiap episod akan membawa tema yang berlainan seperti anti dadah, keselamatan jalanraya, cuti-cuti Malaysia, idola, integrity, 1 Malaysia dan gaya hidup sihat.

Kategori Juara/Tok Jogho menyaksikan persaingan hebat diterima daripada enam peserta iaitu Sari Bayu (Ahmad Syahrir bin Hj.Aliakbar dari Sabah), Anak Gelama (Muhammad Aliff dari Singapura), Limau Manis (Anas Fariq Bin Mohd Asseri dari Pahang), Seruling Emas (Mohd Azhar Bin Mohd dari Kelantan), Adinira Engku Suhardi Bin Engku Yaacob dari Kuala Lumpur) dan Gergajiwa (Saharudin Bin Mohamad dari Selangor).

Enam peserta yang bertanding dalam Kategori Tukang Karut pula adalah Sina Kencana (Wan Mohd Suhaizi Bin Wan Mohamad dari Kelantan), Sunan Malaya (Zul Afkar Al-Husna Bin Yusoff dari Negeri Sembilan), Putera Saring (Effrizal Molaizi Bin Mohd dari Kelantan), Udang Merah (Aliff Muhaimin Bin Mohamed Kamil dari Pulau Pinang), Sutera Jingga (Noor Idayu Binti Mohammad dari Pahang) dan Cindai Pelangi (Siti Aishah Binti Che Mat Riffin dari Terengganu).

Tenaga pengajar profesional terdiri daripada Megat Nordin (Pengetua/Adiguru), Arjunasukma (Ketua Tenaga Pengajar), Mie Gajah Putih (Tenaga Pengajar Juara) dan Muslih Sang Saka (Tenaga Pengajar Tukang Karut). Manakala persembahan peserta untuk setiap kategori akan diadili oleh Juri Profesional iaitu Cikgu Sulizi dan Juri Jemputan iaitu Mat Over dan Mustafa Kamal.

Menariknya, peserta rancangan ini datangnya dari seluruh pelusuk negara termasuk seorang peserta dari Singapura, 2 orang peserta wanita dan seorang peserta cacat penglihatan.

Saksikan debaran siapakah yang bakal membolot gelaran Juara/Tok Jogho dan Tukang Karut Terbaik hanya dalam program realiti TV, “Pentas Dikir” di TVi (Saluran 180 Astro).

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Rasmi : Pentas Dikir – 1 Realiti 1 Jiwa.

Dikir Barat

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Hidangan Lebih Jimat McValue LunchTM

Latif Ibrahim Meninggal Dunia