in

HBO Siar Perlawanan Tinju Manny Pacquiao & Floyd Mayweather

HBO Asia hari ini mengumumkan perlawanan tinju antara juara dunia lapan-bahagian yang pertama, Manny Pacquiao dan juara dunia lima-bahagian, Floyd Mayweather akan ditayangkan secara langsung di Malaysia hanya di HBO / HBO HD (Astro Saluran 411 / 431) pada hari Ahad, 3 Mei 2015 dari jam 9 pagi. Digambarkan sebagai perjuangan terhebat abad ini (The Fight of the Century), perlawanan ini akan disiarkan secara eksklusif di Malaysia untuk penonton televisyen di HBO dan Astro On The Go.

“Kami teruja untuk menjadi satu-satunya saluran yang akan menyiarkan ‘perjuangan terhebat abad ini’ antara Manny Pacquiao dan Floyd Mayweather secara langsung di Malaysia,” kata Jonathan Spink, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), HBO Asia. “Perlawanan yang dinanti-nantikan ini dapat ditonton oleh semua pelanggan HBO di Malaysia tanpa caj tambahan.”

Konfrontasi antara kedua-dua legenda ini, juara dunia tinju dari Filipina, Pacquiao, dan peninju profesional dari Amerika yang tidak pernah ditewaskan, Mayweather, akan berlangsung di MGM Grand di Las Vegas.

Tonton perlawanan ini secara langsung pada 3 Mei 2015, dari jam 9 pagi hanya di HBO / HBO HD (Astro Saluran 411 / 431) dan Astro On The Go:

9 pagi – Gamalier Rodriguez v Vasyl Lomachenko (WBO Featherweight Title – 12 ROUNDS)
10 pagi – Leo Santa Cruz v Jose Cayetano (Featherweight Bout – 10 ROUNDS)
11 pagi – Floyd Mayweather v Manny Pacquiao (WBC, WBO, WBA World Welterweight Championship – 12 ROUNDS)

Semua perlawanan di atas boleh didapati di Astro On The Go sehingga 16 Mei 2015 manakala perlawanan Floyd Mayweather v Manny Pacquiao akan berulang di HBO / HBO HD (Astro Saluran 411 / 431) pada waktu berikut:

Ahad, 3 Mei pada jam 8.30 malam
Selasa, 5 Mei pada jam 9 malam

Untuk maklumat lanjut, layari www.hboasia.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazleena & The Lasykar Hidupkan Lagu Puisi

Pesta Kolektor Coca-Cola Lebih Meriah Dengan Tin Peribadi