Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






GSC Meluaskan Pawagam Digital 3D Ke Penang

Wah! Orang Penang sekarang dah boleh tonton filem di layar skrin 3D Digital. Sebabnya Golden Screen Cinemas dah meluaskan pawagam yang membolehkan korang tengok wayang dengan gambar yang lebih jelas, terang dan berteknologi canggih.

Yea, orang Utara dah boleh ke GSC Gurney Plaza untuk menonton filem digital 3D ini. Terbaru, dengan terbitnya sebuah filem animasi hebat terbitan Dreamworks Animation SKG, MONSTERS VS ALIENS pada 28 Mei ini maka, orang Utara boleh berpuas hati menonton sebagaimana orang KL juga boleh menonton filem ini dengan visual yang lebih bermutu.

Kalau kat KL dah ada 3 pawagam yang dah ada 3-D Digital iaitu di GSC Mid Valley, GSC Pavilion KL dan GSC 1 Utama (New Wing). Ingat murah ke nak bina pawagam sebegini canggih? Mahal! Katanya, RM400 ribu penyelenggaran bergantung pada saiz skrin. Namun, demi kepuasan peminat filem tanahair, GSC sedia melabur dari sudur teknologi pawagam, kemudahan dan servis yang lebih mantap.

Filem Monsters VS Alien adalah filem studio pertama yang menggunakan sepenuhnya format 3D… dan rasanya bukan sekadar 3D biasa malah, InTru 3D yang menggabungkan Dreamworks Animations dengan teknologi terkini dari Intel. Filem ini diarahkan oleh Rob Letterman yang juga pernah mengarah filem Shark Tale dan Conrad Vernon yang mengarah filem Shrek 2.

Untuk menonton filem 3D ini, anda perlu pakai cermin mata khas yang disediakan oleh GSC. Harga tiket ada naik sikit dari RM15 – RM17 untuk dewasa.

Filem 3D Digital lain yang bakal menyusul ialah Ice Age 3 mulai 2 Julai, Disney’s UP mulai 9 Ogos, G-Force mulai Septemper 2009, A Christmas Carol mulai 11 November dan Avatar mulai December 2009. Disney juga tengah merancang untuk re-lease Toy Story 1, 2 dan 3 dalam bentuk 3D Digital format.

jangan lupa tonton filem animasi hebat ini mulai 28 Mei ini di pawagam berdekatan anda. 

Layari: http://www.monstersvsaliens.com

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Dato’ Siti Nurhaliza Tidak Dapat Join Jom Heboh Penang
  • Trivia: Jam Digital G-Shock Pelakon Mana Ni?
  • Payung Cloudy With A Chance Of Meatballs Di Pawagam GSC
  • Wana dan Ahli Fiqir Promosi Album di Perak, Penang dan Kedah
  • Video Show Hujan Mencari Konklusi di Majlis Pelancaran Album Digital
  • Filem Yasmin Ahmad Talentime Ditayangkan Semula
  • Apa Ada di Galleriizu?
  • Discover The Secrets Behind Digital Film Making With Scott Billups
  • HP and Barang Barang Award Winner of The Guess and Win Contest
  • Pemenang Festival Filem Malaysia 20



  • Satu Komen untuk entri “GSC Meluaskan Pawagam Digital 3D Ke Penang”

    1. Melayu Boleh kata:

      aah..
      kalau cerita macam ni saya mmg suke buat koleksi..
      kar rumah ni hah mmg cerita 3D animation xleh lepas..keluar DVD nnt mesti kene angkut satu..

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!