in

Oo Lala di TV9

ERAT HUBUNGAN KEKELUARGAAN ANTARA PESERTA

TV9 Di Hatiku sentiasa mencari idea baru dan konsep menarik yang boleh diketengahkan untuk penonton. Tidak dinafikan bahawa program pencarian bakat terutamanya dalam bidang nyanyian masih popular pada masa kini dan sentiasa dinanti-nantikan. Kita juga sering melihat rancangan-rancangan realiti dalam mencari penyanyi berbakat samada secara solo mahupun berkumpulan menerusi stesen-stesen televisyen lain. Kini, untuk kali pertamanya, TV9 menerbitkan sebuah rancangan realiti hiburan yang diberi nama Oo La La yang melibatkan ahli keluarga seperti ibu, bapa, ibu saudara, bapa saudara dan kakak.

3551060001 38189A7F64 | 4

Menurut Ketua Pegawai Operasi TV9, Encik Bukhari Che Muda, ”Kelainan yang dibawa ini sesuai dengan imej TV9 yang kini tampil lebih ceria, segar dan kontemporari sebagai sebuah stesen televisyen yang cuba menarik penonton baik dari kalangan belia dan seisi keluarga. Malah, rancangan terbaru ini juga sebagai tanda penghargaan kepada penonton yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.”

Tambah beliau lagi, “Kami yakin rancangan realiti Oo La La ini pasti mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton kerana ia Oo La La berbeza dengan program realiti hiburan lain kerana kejayaan mereka bergantung kepada pasangan masing-masing dan mereka perlu berusaha sendiri untuk memperbaiki kelemahan pasangan mereka.  Pada masa yang sama, seorang pengetua dan dua orang juri yang dilantik akan memerhatikan perubahan mereka dari satu episod ke satu episod.”

Oo La La yang bertujuan untuk mencari bakat baru remaja dalam bidang nyanyian bakal menyaksikan perkembangan mereka dalam mengejar impian menjadi seorang bintang dari minggu ke minggu. Bakal disiarkan pada 23 Mei 2009, setiap hari Sabtu bermula jam 9.30 malam hingga 11.00 malam, Oo La La akan disiarkan secara langsung dari Studio 2, NTV7 Glenmarie, Shah Alam.

3551868306 9D34861414 O | 5

Program realiti hiburan berkonsep kekeluargaan ini akan melibatkan anggota keluarga seperti ibu, bapa, ibu saudara, bapa saudara dan kakak. Seramai 10 pasangan telah dipilih di mana enam daripada pasangan ini terdiri daripada penyanyi terkenal tanahair, sementara empat pasangan lagi adalah dari peserta awam yang berbakat dalam bidang nyanyian.

Antara penyanyi terkenal yang terlibat adalah Andy Flop Poppy dan anaknya Megat Danial, Juliza Adzlizan bersama dua anak saudaranya bernama Ajreena dan Shakina; Neves dari kumpulan Pretty Ugly bersama Reen; Eddie Hamid dan Farah; Aris Ariwatan dan Shahida. Empat lagi pasangan terdiri daripada Ameer dari MyStarz LG bersama bapanya Bakri; Afiq (Idola Kecil) bersama kakaknya Rini; Amira bersama ibunya Alina dan Dilla bergandingan dengan bapanya Yazid.

Saingan hebat dapat dilihat apabila melibatkan pasangan yang berpengalaman dalam bidang seni mendidik generasi mereka berbanding dengan pasangan yang tidak bergelar artis. Manakala penyingkiran akan dinilai melalui keupayaan pasangan masing-masing dalam mengetengahkan bakat ahli keluarga masing-masing sebagai seorang penghibur dan bukannya berdasarkan kepada nama mereka yang sememangnya sudah dikenali ramai.

Rancangan realiti Oo La La juga akan memberi peluang kepada penonton untuk mengundi peserta pilihan mereka bagi menentukan kedudukan pasangan peserta setiap minggu. Sementara hadiah-hadiah menarik ditawarkan kepada juara Oo La La iaitu berupa wang tunai berjumlah RM30,000, tempat kedua RM20,000 dan tempat ketiga RM10,000. Siapa bakal meraih gelaran juara dan sekaligus menggenggam RM30,000?    

Untuk mengtetahui bakal juara Oo La La, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan program yang penuh dengan aksi spontan dan kejutan yang akan disiarkan setiap Sabtu jam 9.30 malam bermula 23 Mei 2009.

Rancangan realiti Oo La La ini diterajui penerbit eksekutif Rini Yulianto Sediono, penerbit Azman Ghaffar dan dibantu oleh Nurul Izza, Arunn A/L Krishnan, Ahmad Ghazali Salim Bachik, Mohd Akmal Mohd Mustafa, Farhanah dan Hafiz.

3551060145 D0521Ab0F0 O | 6

3551869398 40D1Fe5C7B O | 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Liyana Jasmay di Giant Tambun, Perak

GSC Meluaskan Pawagam Digital 3D Ke Penang