Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Gosip Ustaz Akhil Hayy Tidak Berdisiplin?

Tatkala isu kontroversinya dengan Waheeda masih hangat diperkatakan, timbul sebuah lagi perkhabaran yang mengatakan Akhil sering tiba lewat di mana-mana majlis atau program.

Dengan imej yang ditampilkan serta turut menjadi ikon eksklusif Astro Oasis, perkara ini dilihat mampu menjatuhkan reputasinya.

“Ini saya akui mungkin adalah ‘bad attitude’ saya dan janganlah mencontohi dari aspek ini. Hakikatnya, saya juga manusia biasa dan tidak sempurna,” tutur Akhil ringkas sambil menambah adakalanyakelewatan itu berpunca kerana kesibukannya mengadakan ceramah di merata-rata tempat.

Bercerita tentang ikon eksklusif Astro Oasis itu pula, kata Akhil, dia amat terharu dengan tawaran tersebut.

“Ini tanggungjawab yang besar untuk saya galas. Sebelum ini saya hanya banyak berdakwah di kampung-kampung, tapi kali ini sudah mula berdakwah menerusi program-program di kaca televisyen.

“Saya tidak pula merasakan saya adalah ikon, tetapi mungkin perkataan yang sesuai adalah ‘idola’. Saya bukanlah idola yang terbaik, tapi mungkin pihak Astro melihat sesuatu mengenai pendekatan yang saya gunakan untuk berdakwah dengan khalayak,” katanya. [sumber]

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip Ustaz Akhil Hayy Kahwin Senyap-Senyap Dengan Waheeda ?
  • Gambar Maizawati Zainal Isteri Akhil Hayy
  • Sekitar Pelancaran Album Akhil Hayy Nasyid Legenda 2
  • Penyanyi Waheeda dan Akhil Hayy Kahwin Pagi Ini
  • Isteri Akhil Hayy Mahu Berpisah Tapi…
  • Ustaz Akhil Hayy Mungkir Janji?
  • Cafe Akhil Hayy Astro Oasis Dihentikan
  • Mawi dan Akhil Hayy Dalam Program Raya 1001 Inspirasi Raikan Kemenangan
  • Quotes of The Day: “Cukuplah Menghukum Waheeda” – Akhil Hayy
  • Akhil Hayy Mengaku Berkahwin Dengan Waheeda?



  • 15 Komen untuk entri “Gosip Ustaz Akhil Hayy Tidak Berdisiplin?”

    1. Qistina kata:

      sekurang2nya dia ngaku…bukan cam sesetengah artis yg berjela2 bagi alasan naper lambat…

    2. Budak Otai kata:

      Semua org pernah lewat beb..tapi jgn di amalkan dah ler..

    3. mimiy kata:

      yg penting mengaku kesalahan dan tidak membela diri membabi buta walaupun benda tu tk menjejaskan ekonomi negara………

    4. Sham kata:

      Kesal la dgn Ustaz akhil ni. Ada ke kesal dgn panggilan Ustaz. Itu satu penghormatan lah. Pesanan untuk anda. Semua pejuang Islam terpaksa alami cubaan dan rintangan. Anda cuma dihentam gonsip pun dah menggelupur. Anda makin jauh drp Islam. Bangun beb…..

    5. Nana kata:

      Btul kata ustaz Akhil Hayy. Kte manusia yg lemah dan harus mengakui kelemahan tersebut tapi janganlah sampai kelemahan tersebut menguasai diri…tiada siapa yg dpt ubah dri kte melainkan kte sendiri yg ubahnya…..

    6. kambing kata:

      rambuttttttttttttttt kejonggggggggggggggggggg…kkekkekeek

    7. kambing kata:

      lallalallaalall….lalalallalal……orang yang beriman ,tidak melakukan …kesilapan berulang kali…..hheheh…bestt laguuuu nasyid the brother….gagal boleh berkali-kali…jatuh pun bolehhh berkali-kali…tapi janganlah jatuh dan gagal di tempat yang sama….hehhehe ……

    8. sue kata:

      “Akhil SERING tiba lewat di mana-mana majlis atau program.”
      perkataan SERING..
      lu pikir la sendiri

    9. ALIDRUCE kata:

      Assalamualaikum….akhil hayy adalah idola saya….tapi tidak lagi skrg..banyak perkara dan sebab yang mengikis dan menghilangkan rasa minat saya…………antaranya ialah …………(pk la sendiri)
      pendakwah perlu menjadi contoh dan rule yang terbaik..baru orang buleh ikut..semua manusia x sempurna tapi boleh di perbetulkan…tinggalkan dunia glamor…teruskan berdakwah tanpa media..INSYA ALLAH BARAKAH..

    10. nhy34 kata:

      kote tol akhil ni

    11. DR. Bee kata:

      SEjak mula tertengok cafe akhil Hayy ni Dr. Memang tak percaya pun dia ustaz…kalu musang berbulu ayam adalah…

      Memalukan title ustaz jer…nak berslindung disebalik agama…entahlah.

      Suami yang baik tidak akan menghina bekas isteri….

      Waheeda… berhati-hati lah…
      what goes around comes around…

      Kalau musang…tetap musang ..walaupun dia berjanggut.
      Kalu tak percaya tanya madam siti…….

    12. tipah oh tipah... kata:

      dulu aku mmg minat tgk ‘cafe’ ustaz ni but now… dia pun aku dah malas nak tengok.

      aku nak tunggu isteri baru dia dapat madu.. nak tengok setabah mana pompuan 2….

    13. AnaEnteh kata:

      Akhil Hayy…tak payah ler nak berANA dan berENTE…meluat dengarnya…jangan jadi manusia hipokrit

    14. siti kata:

      salam…sbg seorg artis yang brtitle ustaz knalh jga altitude 2,ni mcm uztaz palsu je dgn imej rambut panjang dan seakan2 gler glamour duniawi pla

    15. khairil kata:

      ustaz,saye geram sungguh bile ustaz kate “make celakelah org yg membuat fitnah”tapi saye tengok ustaz yg gedik….apekah ustaz pernah fikir bagaimane perasaan isteri ustaz bile ustaz berubah dah 30tahun kawin tut tut cerai.hey malu kaum ustaz jela……..

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:


















    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!