in , ,

Gambar Sheila Majid di Pelancaran Sinaran Raya 2010 Pavilion KL

Jam 6 petang semalam, Budiey telah dijemput oleh gedung membeli belah Pavilion KL untuk menyaksikan Majlis Pelancaran Sinaran Raya 2010 yang turut dihadiri oleh Ratu Jazz Malaysia – Dato’ Sheila Majid.

Seperti shopping mall yang lain, Pavillion KL juga turut menghiasi ruang legarnya dengan tema Sinaran Raya, Salam Aidilfitri dari 18 Ogos hingga 12 September 2010. Budiey lihat dekorasi dan hiasan bazar di sini begitu moden dengan penataan tradisi hari raya. Budiey rasa, kempen ini akan lebih menarik lagi orang ramai untuk shopping raya di sini.

Turut diraikan adalah anak-anak dari Pusat Jagaan Baitul Sakinah Wal Mahabbah dan Pusat Jagaan Nur Salam. Mereka semua nampak ceria sekali dihadiahkan goodie bag dan duit raya oleh Pavilion KL dan Sheila Majid.

Kempen ini turut mengajak pengunjung untuk menderma di mana setiap RM10 derma akan diberikan wishing star untuk diletakkan di Pavilion KL Bintang Wall di Spanish Step, tingkat 2. Pembeli yang menderma RM50 pula akan mendapat sekeping CD album raya dari Dato’ Sheila Majid. Wang derma akan disumbangkan kepada dua badan kebajikan iaitu Pusat Jagaan Baitul Sakinah Wal Mahabbah dan Pusat Jagaan Nur Salam.

Dato’ Sheila Majid hadir dengan memakai selendang yang menutup sebahagian kepalanya dan mengenakan sepasang baju kurung potongan ringkas berwarna jingga bermotifkan alam flora. Cantik sangat ceria.

Sheila Majid di Pavilion
Sheila Majid di Pavilion
Sheila Majid di Pavilion
Sheila Majid di Pavilion
Sheila Majid di Pavilion
Sheila Majid di Pavilion
Sheila Majid di Pavilion
Sheila Majid di Pavilion

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Emilda Rosmila, Fezrul Khan dalam Drama Pesona Rindu

Merdeka Themed Public Service Primeworks Studios