in

Gambar Sekitar Jelajah Komedi SINAR di Bukit Jalil

Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA tutup tirai sekaligus jadi penutup penciptaan rekod Malaysia di Planet Gempak Ola Bola, Bukit Jalil. Siri Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA akhirya menutup tirai di Planet Gempak Ola Bola, Bukit Jalil Sabtu lepas setelah menakluki siri jelajah di Sg. Petani, Kedah dan Mydin MITC, Melaka.

Menariknya, penutup siri Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA ini diadakan seiring dengan Planet Gempak Ola Bola, Bukit Jalil yang berlangsung selama dua hari, pada Sabtu dan Ahad lepas. Selain itu juga, Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA telah menjadi sebahagian dari cubaan Astro Warna dan telah mencipta rekod Rancangan Komedi 24 jam Tanpa Henti Secara Langsung dalam Malaysia Book of Records!

Orang ramai telah mula membanjiri tapak perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil sejak dari petang dan setia sehingga ke penghujung rancangan. Selain itu juga, Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA telah disiarkan secara langsung melalui saluran Astro Warna.

Selain para penyampai SINAR fm, siri jelajah ini telah menampilkan pelawak-pelawak tanah air seperti Jep, Shiro, Bocey dan juga SYJ.

Menurut Rizal Sahimy selaku Pengurus Kandungan Stesen SINAR fm:

“Sebelum, ini, siri Jelajah Komedi SINAR bersama KAWAN PARATHA di Kedah dan Melaka terima sambutan luar biasa dari orang ramai dan merupakan saat yang paling bermakna bagi kami di SINAR fm. Kali ini, Alhamdulillah sambutannya masih luar biasa dan kami berasa sangat bersyukur dan berterima kasih pada semua penonton yang hadir dan bersyukur kerana menjadi sebahagian dari rekod Malaysia!”

Gambar Sekitar Jelajah Komedi SINAR di Bukit Jalil

SINAR Pagi

Shiro

SYJ

Bocey, Jep, SY

IMG_7517

Penyerahan MBR

Penyampai SINAR fm dan MBR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Mudah Menonton Piala Dunia Fifa 2014 Brazil

Malam Irama Gemilang Rai 68 Tahun RTM