in ,

Gambar Noorkhiriah di Party Dinner Pelakon Komedi ABP2010

Semalam (tanggal 8 Februari 2011), jam 8 malam, Budiey telah dijemput untuk ke jamuan malam yang cukup eksklusif di mana hanya beberapa media yang terpilih sahaja yang dijemput khas. Selain Berita Harian, penganjur utama untuk makan malam bersama 10 orang finalis yang tercalon dalam kategori Pelakon Komedi Lelaki Popular & Pelakon Komedi Wanita Popular ABP2010 ini ialah MANDALAY, produk barang kemas, batu jed dan rubi yang tak asing lagi. Kalau sebut Rafflesia, korang mesti tahu kan? Haaa… Kiranya, Mandalay ni adik beradik kepada Rafflesia.

Inilah julung-julung kalinya, Anugerah Bintang Popular Berita Harian telah meraikan finalis yang tercalon dalam kategori Pelakon Komedi Lelaki Popular & Pelakon Komedi Wanita Popular ABP2010 di satu majlis yang penuh eksklusif di Hotel Le Meridien, KL Sentral. Memang happening sebab semua selebriti yang hadir ni pandai buat lawak dan cukup menghiburkan kami.

Antara yang mencuri perhatian Budiey ialah pelakon terkenal Noorkhiriah yang kini sarat mengandung. Kata Noorkhiriah, dia akan bersalin tak lama je lagi, bulan depan katanya. Tapi demi komitmen yang tinggi, Nurkhiriah sanggup hadir.

Inilah sikap yang patut artis lain contohi. Walaupun badan sarat mengandung, masih sudi hadir memeriahkan majlis makan malam. Tak macam sesetengah artis yang hanya berlakon 1-2 drama sebagai pak pacak, terus berani mati datang lewat dan tak berdisiplin. Dah pandai nak menggelarkan dirinya artis?

Sekali tengok, kesian pulak kat kak Noor ni. Yang pastinya, Noor kata, dia tak dapat datang ke ABP kali ini sebab masa tu dalam pantang. Semoga Kak Noor kita ni selamat melahirkan anak bulan depan ya.

Nurkhiriah

Nurkhiriah

Nurkhiriah

Nurkhiriah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Sertai Pertandingan MENARI SEPERTI DynDa

Desperate Housewives Season 7