Gambar Kekasih dan Bakal Tunang Lan Meet Uncle Hussain
Vokalis Meet Uncle Hussain, Lan, telah memperkenalkan kekasihnya, seorang gadis seusia dengannya bernama Normala Hassan. Teman wanita yang baru dikenalinya beberapa bulan lalu itu nampak malu-malu ketika disapa dan memintanya bergambar dengan Lan.
Bagaimanapun, senyuman gadis ini tidak lekang dari bibirnya dan tingkah lakunya kelihatan tertib sekali. Seperti yang diakui oleh Lan, dia menyenangi sikap Normala yang sempoi, menyenangkan, beradap dan hormat kepada orang tua.

Lan bersama kekasih barunya.
Walaupun mereka baru mengenali hati budi masing-masing, Lan berkata tidak mustahil jika dia membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan Normala.
“Saya tak kisah sama ada lama atau sekejap kami berkawan, saya ingat nak bertunang dengannya dalam tahun ini. Lagipun, saya nak tunggu apalagi,” beritahunya.
Terbaru, Lan yang turut menulis lagu dalam album terbaru dan popular dengan lagu Putihnya Lukisan percaya, album baru MUH akan lebih mantap dan yakin diterima ramai.
Tahniah kepada MUH berjaya memenangi anugerah Penyanyi Berkumpulan/ Duo Popular di ABPBH 2008 lalu. Ini bermakna ia merupakan pencapaian drastik yang dikumpul oleh MUH sejak memenangi Lagu Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-23 serta Lagu Terbaik Hits 1 dan Persembahan Terbaik di Pertandingan Akhir Hits 1musim keenam.
Yang pasti, kejayaan yang datang bergolek lebih memberikan semangaty ang berkobar-kobar kepadanya dan seluruh anggota MUH untuk terus berjuang dalam industri muzik tanahair.
“Kami akan sentiasa memberikan persembahan yang berbeza kepada penonton. Kami juga berhajat untuk menerbitkan album pertama kami dengan pengisian lagu-lagu yang baru. Insya-Allah.”
Setakat ini, Lan telah mencipta lagu Pari-Pari Bawah Angin.
“Pengalaman telah mengajar saya untuk membuat lagu dan kini sedang menunggu lagu baru untuk siap. Saya tak mahu beritahu lagi tetapi setakat ini saya mempunyai beberapa buah lagu untuk diterbitkan.”
Selepas kejayaan yang diraih, Lan berkata dia mahu bercuti dan berehat seketika dari aktiviti seni.
Namun, Lan menafikan yang dia dan anggota MUH iaitu Taja dan Afat sedang dilanda konflik.
“Saya dah anggap anggota MUH yang lain seperti keluarga dan adik-beradik. Tetapi biasalah kadangkala ada yang saya tersalah cakapdan membuatkan mereka terasa. Bagi saya, normal jika kami ada konflik. Di atas pentas, kami bekerja bersama tetapi apabila di luar kami akan buat hal masing-masing. Band kami masih wujud. Saya anggap perjuangan kami seperti sia-sia dulu tetapi sekarang tidak. Saya rasa tahun ini merupakan tahun untuk Meet Uncle Hussain.” [sumber]
Tags: Meet Uncle Hussain
Tags: Meet Uncle HussainClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 20th, 2009 at 12:27 am
Hmmmmmm……………. Nice….
April 20th, 2009 at 12:29 am
ouwwwhhhh…. nie kew gf lan??
huh… leh tahan cun gak larh..!!!
pape pon.. eppy alwayz yeaahh…!!!
lan.. jage normala elok2 taw..!!!
heheheheeh…….!!
maju en muzik indie.
April 20th, 2009 at 10:25 am
waaa..btul ke gf dia ni?dh ad gf rpenyer..tp mmg ssuai la..he3
April 21st, 2009 at 12:20 pm
not bad at all
April 21st, 2009 at 1:31 pm
After diz Lan kena “meet uncle Hassan” la erk!!hehehehe..Mala anak Pak Hassan,,,ermmm suatu kebetulan yg interesting..
April 30th, 2009 at 12:54 pm
dh der gf upernyer……huhuhhuhuhuhuhuhuhu….ok ler 2…moga lan berbahgia la dgn gf bru 2…..hehe
May 2nd, 2009 at 12:27 pm
CuTeW eIk gF dYeR….PaPaPOwN DoRaNG mEmang pAdan sEsangat….paz nIeH StAy wItH mEeT UncLe hUsSaIn eIk…..YanG PeNtInG, bAhGiA sLaLu!
June 17th, 2009 at 4:28 am
hai mala…ungtung cik mala ni…aku kenal mala ni, dia ni asal jb kat taman kemas..caya la dok!!!
June 20th, 2009 at 11:57 am
setan pusat
June 29th, 2009 at 1:39 am
hmm..tggu n lihat sahaja..
July 11th, 2009 at 10:50 am
cayala lan,jage mala tu leklok.jgn smpai kebas dek org.hehehehe
July 28th, 2009 at 6:02 pm
wahh…dah de buah atilah plk? pe pown, hrp sll bahgia. epi always, lan!!!!
August 7th, 2009 at 4:17 pm
lan kte pmnt Muh sdh ar npe lan leh dsngkrkan?ku x stju..x kn gmpk g kmpln 2:{
dh pkr msk2 lum kump nie?
July 9th, 2010 at 2:54 pm
cantik ke?dsperate ker lan?beso jer gigi dia aku nengok.muke pun lebar.harap make up jer la.klu ketawa nmpak gusi.tak sesuai ngan lan yg ade rupe.huahua
August 2nd, 2010 at 9:21 pm
betol, tak lawa la budiey.aku kenal budak ni.budak jb.huahuahua.