in ,

Meet Uncle Hussin Tarik Diri Dari Bertanding Muzik Muzik

MUH TARIK DIRI MUZIK MUZIK SEPARUH AKHIR!!

Berita terbaru yang Budiey baru je terima ni mengatakan Muzik Muzik yang akan memulakan saringan separuh akhir mulai 6 November 2009 ini tidak akan menampilkan kumpulan indie Meet Uncle Hussin (MUH) apabila kumpulan itu menarik diri semalam.

Hasrat penarikan diri kumpulan tersebut telah disuarakan melalui surat dan dihantarkan kepada pihak TV3 petang semalam.

Kumpulan yang sepatutnya mempertaruhkan lagu mereka yang berjudul ”Pari-Pari Di Bawah Angin” hasil ciptaan dan lirik oleh Taja/Tassiq/Lan itu memberi alasan tiada persefahaman antara mereka untuk meneruskan saingan dalam Muzik Muzik Separuh Akhir.

Sehubungan dengan itu, MUH yang dijadualkan membuat persembahan pada minggu ke-2 separuh akhir iaitu pada 13 November 2009 bakal digantikan dengan kumpulan Grey Sky Morning dengan lagu “Cinta Gila” hasil ciptaan Sharnizad & Hafizal, lirik oleh Hafizal.

Menurut Pengurus Produksi Hiburan, Primeworks Studio Sdn. Bhd., Fadzliniza Zakaria berkata, ”Kami menghormati keputusan yang dibuat oleh MUH dan menerimanya dengan fikiran terbuka. Walaupun kami merasakan yang peminat-peminat MUH akan kecewa dengan keputusan itu, namun kami akur dan berpendapat bahawa mereka haruslah menyelesaikan masalah dalaman antara mereka dahulu. Keputusan memasukkan kumpulan Grey Sky Morning diambil memandangkan kumpulan itu merupakan lagu seterusnya yang berada di dalam carta selepas 30 lagu. Kami juga percaya Grey Sky Morning mampu memberikan saingan kepada lagu-lagu lain,” katanya.

Mengapa takde persefahaman pulak ni?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bintang Akademi Fantasia dan Penyampai Radio Buat Amal

Peraduan Jom Menonton Filem NINJA ASSASSIN