Gambar Kain Tudung Datuk Siti Nurhaliza & Tudung Datuk K
Itulah hakikat dunia. Apabila sudah menjadi orang terkenal macam-macam benda boleh dikaitkan dan dijadikan bahan pelaris Kalau dulu timbul kain tudung Mawi, fesyen kain tudung Waheeda, kain tudung Wardina, sekarang timbul pula kain tudung Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid. Ha, jangan tak percaya, baru malam tadi, saya baru sahaja mendengarnya di Buletin Utama TV3. Nak gelak pun ada.
Kain tudung selebriti ternama ini khabarnya sedang laris di musim perayaan hari raya ini. Sehingga di Kelantan sudah pun kehabisan stok. Kalau saya jadi Datuk K, sudah lama saya buat kilang buat tudung ni. Mesti laris macam ayam golek. Atau pun setidaknya ambil komisyen sebab guna nama dia. Huhu… sape suruh pandai-pandai guna nama orang.
Huhu… Walaupun harga kain tudung Datuk Siti Nurhaliza menjangkau sehingga RM85 sehelai, namun masih ramai orang yang mahu membelinya. Yang saya nak gelak, apabila kakak yang menjual kain tudung itu mendakwa bahawa corak susunan atau jahitan batu permata di kain tudung itu menyerupai misai Datuk K. Jadi, nama Datuk K diekspoitasi dan dimanipulasi untuk menimbulkan hype dan bahan pelaris.
Yang mana lebih bermutu, kain tudung Siti Nurhaliza atau kain tudung Datuk K? Semestinyalah kain tudung Datuk K sebab mutu batu permatanya lebih cantik dan coraknya lebih bermutu berbanding kain tudung Siti Nurhaliza yang nampak macam simple.
Fesyen tudung manakah menjadi pilihan anda di musim perayaan?
[tags]kain tudung siti nurhaliza, gambar kain tudung siti nurhaliza, kain tudung datuk khalid, gambar kain tudung datuk khalid, fesyen tudung hari raya, fashion world, celebrity fashion, hari raya fashion, kain tudung waheeeda, wardina kain tudung fesyen[/tags]



Tags: Fesyen, Siti Nurhaliza
Tags: Fesyen, Siti Nurhaliza, celebrity fashion, fashion world, fesyen tudung hari raya, gambar kain tudung datuk khalid, gambar kain tudung siti nurhaliza, hari raya fashion, kain tudung datuk khalid, kain tudung siti nurhaliza, kain tudung waheeeda, wardina kain tudung fesyenClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:



