in , ,

Majls Berbuka Puasa Bersama Sinar FM

Bertempat di Hotel Crown Princess Kuala Lumpur yang terletak di City-Square Centre, Jalan Tun Razak, stesen radio berkonsepkan muzik evergreen & retro terbaik, Sinar FM meraikan pendengar dengan majlis berbuka puasa. Dayang Nurfaizah, Farawahida dan Waheeda menjadi antara selebriti ternama yang hadir. Untuk menghadiri majlis ini, pendengar Sinar FM perlu menghantar cerita atau kisah Ramadan mereka. Dengan tajaan Safi, pengeluar barangan penjagaan diri, majlis ini sebenarnya memberi peluang kepada pendengar untuk beramah mesra bersama penyampai Sinar FM. Antara penyampai yang turut memeriahkan suasana ialah Salleh Yaakub, Raja Azura, Halim Othman, Suby, Najman, Jamal Jamaludin, Abby Fana, Zaidi dan Nila Kurnia.

Saya rasa dengan adanya Salleh Yaakub dan Raja Azura menjadi penyelamat majlis kerana mereka berdua banyak membangkitkan keceriaan dengan lawak jenaka mereka yang spontan. Memang gelak habis apabila mereka ini digandingkan.

Selain memenangi hamper barangan Safi dengan menjawab soalan kuiz daripada penyampai, hadirin juga dihiburkan dengan persembahan daripada Dayang Nurfaizah, Farawahida dan Waheeda dengan lagu-lagu raya. Semacam suasana majlis berbuka bertukar menjadi rumah terbuka pula rasanya sebab peminat yang hadir melaram sakan dengan baju raya. Mmm… mungkin diorang ni tak sabar nak beraya, padahal Ramadan masih lagi berbaki 6 hari lagi.

Majlis ini menjadi majlis berbuka yang terakhir untuk Ramadan tahun ini. Ianya menggenapkan jumlah menjadi 3 majlis kesemuanya yang saya hadiri. Majlis berbuka puasa bersama Aizat, Majlis berbuka puasa anjuran Metrowealth dan majlis berbuka puasa Sinar FM. Terima kasih kepada pihak yang sudi menjemput kami.

Tentang Safi
Jenama SAFI, jenama yang tidak asing lagi di kalangan umat Islam di Malaysia menawarkan rangkaian penjagaan gigi iaitu Ubat Gigi SAFI. Penjagaan gigi adalah amat penting ia membantu memberikan anda keyakinan dan menjaga kesihatan gigi dan gusi anda sepanjang hari. Ia adalah selamat digunakan dengan piawaian halal, sesuai untuk digunakan bagi semua peringkat umur.

Rumusan semula jadi ubat gigi SAFI berkesan melindungi dan menguatkan gusi, membantu mencegah kerosakan gigi dan menjamin kesegaran bau nafas yang berpanjangan.  Varian Oren Herba diperkaya dengan vitamin C dan diperkuat dengan antioksida untuk menyihatkan gusi manakala varian Kayu Sugi pula, untuk memutihkan gigi. Varian Gamat, bukan sahaja berkesan melindungi dan menguatkan gusi, tetapi juga membantu mencegah kerosakan gigi.

SAFI adalah jenama produk kelengkapan dandanan diri yang dipercayai, dan mendapat perhatian semakin ramai pengguna, terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Dengan sambutan yang hebat ini, UNZA akan memperluaskan pasarannya menerusi pelbagai aktiviti pemasaran.

[tags]majlis berbuka puasa sinar fm, sinar fm radio retro, safi kosmetik, malaysia product, best product malaysia, laman web sinar fm, hotel crown princess kuala lumpur, jalan tun razak, friends sitcom, aizat, album raya akademi fantasia, download mp3 lagu raya, kad raya, mms raya, ucapan raya, blog hari raya, Dayang Nurfaizah, Farawahida, Waheeda, Salleh Yaakub, Raja Azura, Halim Othman, Suby, Najman, Jamal Jamaludin, Abby Fana, Zaidi, Nila Kurnia[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Kain Tudung Datuk Siti Nurhaliza & Tudung Datuk K Jadi Viral

Pantun Hari Raya Aidilfitri Akademi Fantasia 5