in

Gadis Semasa Sunsilk

Sunsilk mendorong wanita untuk merealisasikan impian mereka
Pakar industri tempatan berkolaborasi dengan Sunsilk menerusi siri drama realiti baru

Sunsilk, salah satu daripada jenama penjagaan rambut terbesar dan paling lama bertahan di dunia hari ini memperkenalkan satu inisiatif baru yang menarik – iaitu satu usaha mempersiapkan dan melahirkan golongan wanita Malaysia yang ceria dan penuh keyakinan serta berupaya menyerlahkan semangat beliau yang berkobar-kobar.

Buat pertama kalinya di Malaysia, Sunsilk, melancarkan Gadis Semasa Sunsilk, satu siri drama realiti yang bertujuan meningkatkan gaya peribadi wanita muda sekaligus membolehkan mereka mencapai potensi penuh mereka dan menikmati kehidupan dengan penuh keyakinan. Bergabung dengan tiga pakar industri tempatan yang terkenal, Sunsilk bertujuan untuk memperkayakan kehidupan Gadis Semasa Sunsilk yang dipilih.

1st PC.3 experts 4

Menurut Pengurus Pemasaran Rambut, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Ashlee Ng, “Rangkaian produk Sunsilk Co-Creations telah dihasilkan untuk memberi impak kepada kehidupan para konsumer dengan memberikan jutaan konsumer ‘pakar di dalam botol’ mereka bagi menghasilkan rambut cantik di rumah. Setelah bekerjasama bagi menghasilkan rumusan khusus untuk pelbagai rambut berlainan bersama tujuh daripada pakar rambut terkemuka di dunia, kini kami ingin menyampaikan nilai sebenar memiliki rambut cantik dan mengekalkan keanggunan kepada kaum wanita yang sedang mengejar impian mereka.”

Selaku sebuah jenama yang sinonim dengan kesempurnaan pada tahap pakar, Sunsilk, pakar penjagaan rambut, telah berganding bahu dengan pakar vokal, Ajai; pakar personaliti , Wardina dan pakar dandanan tempatan, Bambang Soteto, bagi menawarkan akses, pengalaman ekstensif dan bimbingan pakar ke arah pembentukan Gadis Semasa Sunsilk.

Sudah mapan dan terkenal dalam bidang masing-masing, Ajai, Wardina dan Bambang serta Sunsilk akan menjadi jurulatih kehidupan ideal bagi menggilap bakat dan memberikan individu ini keanggunan, kekuatan mental serta pembawaan sempurna untuk mengembangkan impian serta keyakinan beliau.

“Kami sentiasa berusaha agar kekal relevan kepada para konsumer kami dengan menawarkan kepakaran relevan yang membawa perubahan kepada kehidupan mereka. Kolaborasi dinamik di antara pakar-pakar industri ini menyumbangkan ilmu pengetahuan dan bimbingan bernilai kepada proses pembentukan. Kami amat bersyukur dan menghargai sumbangan para pakar ini dalam berkongsi tenaga dan komitmen mereka bersama kami.”

Dari segi kesannya, siri drama realiti bukan hanya akan memberikan nasihat pakar kepada Gadis Semasa Sunsilk kami tetapi juga memberi impak kepada jutaan penonton yang mengikutinya. Secara asasnya, kami berharap Gadis Semasa Sunsilk akan menjadi pemangkin yang membantu wanita mengekspresikan diri mereka dengan penuh keyakinan lalu menjadi inspirasi kepada mereka untuk mengejar impian mereka,” tambah Ng.

Siri drama realiti Gadis Semasa Sunsilk akan merakamkan transformasi penuh, saat-saat manis dan pahit, tawa dan tangisan serta kejutan-kejutan yang bakal ditempuhi dalam perjalanan ini.

Anekdot realiti akan dibahagikan kepada 13 episod. Tiga episod pertama akan menceritakan detik-detik penting dalam mengenalpasti Gadis Semasa Sunsilk dan suasana untuk perjalanan ini. Selepas itu, setiap episod akan mempamerkan bimbingan pakar dalam memperkayakan Gadis Semasa Sunsilk; kecantikan beliau, keyakinan beliau dalam mengejar impian, pergelutan beliau semasa membuat keputusan hidup sambil mengejar impian beliau.

Gadis Semasa Sunsilk bakal mengujakan para penonton Malaysia melalui saluran TV3, setiap hari Selasa pada jam 6 petang bermula 11hb Januari 1, 2011.

Sinopsis Gadis Semasa Sunsilk
Sebuah drama realiti yang mengisahkan seorang pelajar jurusan muzik yang mempunyai bakat terpendam, umpama sebutir permata yang belum ditemui sinarnya. Bakatnya hanya dikenali menerusi lagu nukilannya yang dimuatnaik ke laman sosial internet. Tidak pernah terlintas dalam fikiran gadis ini untuk merealisasikan impiannya di persada pentas.

Selaku jenama yang sinonim dengan kesempurnaan tahap pakar, Sunsilk, pakar penjagaan rambut akan berganding bahu dengan pakar vokal, Ajai; pakar personaliti, Wardina dan pakar dandanan tempatan, Bambang Soteto bagi menawarkan akses, pengalaman ekstensif dan bimbingan pakar untuk menyerlahkan keyakinan dan merealisasikan impian Gadis Semasa Sunsilk.

Saat-saat manis dan pahit, transformasinya dari segi kecantikan, keyakinannya dan pergelutan beliau semasa mengejar impian disamping persahabatan dan cinta akan disiarkan dalam 13 episod Gadis Semasa Sunsilk drama realiti.

Latar belakang Sunsilk Co-Creations
Semua orang berhak memiliki rambut yang cantik. Sunsilk percaya bahawa rahsia rambut cantik tidak seharusnya terbatas kepada rawatan di salun. Sunsilk ingin memberi satu elemen yang dahulunya hanya boleh diperolehi di salon-salon elit – kepakaran produk bertaraf dunia kepada setiap wanita di seluruh dunia agar mereka boleh memiliki “pakar di dalam botol” sendiri untuk menghasilkan rambut anggun di rumah. Justeru, Sunsilk telah membentuk kolaborasi jangka panjang bersama tujuh pakar rambut terkemuka di dunia bagi bersama menghasilkan rumusan khusus dan inovatif untuk semua jenis rambut. Semua usahanya bertujuan untuk memberikan wanita, rambut yang mendapat sentuhan pakar. Aksesibiliti dan penjagaan pakar kini boleh diperolehi untuk menyerlahkan keanggunan dan keyakinan wanita masa kini.

Latar belakang Sunsilk
Sunsilk adalah jenama penjagaan rambut terkemuka Unilever, dijual di 80 buah negara dan wilayah di seluruh dunia dengan jualan bernilai US$1 bilion. Jenama ini mendominasi pasaran penjagaan rambut Asia dan Latin Amerika. Sunsilk juga dijual sebagai Elidor, Seda dan Sedal.

1st PC.Group GSS 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mohd Amir Iqram Bo Juara Kawanku Bintang Coca-Cola

Gambar Selebriti di Anugerah Skrin 2010 Part 3