in ,

Mohd Amir Iqram Bo Juara Kawanku Bintang Coca-Cola

Bintang Baru Bersinar Bersama Coca-Cola
Ketika Mohd Amir Iqram atau Bo memegang gitar buat julung kalinya pada usia 10 tahun, barangkali beliau tidak menjangkakan kejayaannya sebagai juara bintang program realiti “Kawanku Bintang Coca-Cola”, di mana Bo mendendangkan lagu ciptaannya sendiri “Gadis”.

Malah Fatimah Nazirah M. Ashari atau Naz, yang menyanyikan “Where I Stood”, lagu yang dipopularkan oleh Missy Higgin, tidak menyangka beliau akan muncul sebagai pemenang tempat kedua dalam rancangan TV9 ini ketika beliau mula bernyanyi pada usia 5 tahun.

The top 3 winners of Kawanku Bintang Coca-Cola_L-R_Brownees_Naz & Bo

Bagi kumpulan The Brownees – terdiri daripada Nadia, Zai, Falique, Alif & Kechik – yang menyampaikan lagu ciptaan mereka sendiri “Pergilah”, latihan vokal, koreografi, penggayaan dan penampilan atas pentas yang diberikan oleh Coca-Cola Dream Team, telah menobatkan mereka dengan kejayaan di tempat ketiga.

Ketiga-tiganya mengambil kedudukan yang teratas di peringkat akhir program ini yang disiarkan pada hari Ahad yang lalu, 26hb Disember di TV9. Dihoskan oleh Cheryl Samad dan Qi, rancangan “Kawanku Bintang Coca-Cola” telah disiarkan pada penghujung November, di mana peserta program realiti ini bertungkus-lumus untuk menarik perhatian juri, yang terdiri daripada penyanyi dan penggubah lagu, Yuna; ketua kumpulan Hujan, Noh; serta penerbit dan komposer terkenal, Aubrey Suwito.

Selain meraih ganjaran wang tunai sebanyak RM15,000.00, Bo berpeluang menikmati lawatan “Pengalaman Muzik Paling Gempak” bertaraf VIP ke mana-mana konsert pilihannya di seluruh dunia, termasuk membuat kunjungan VIP ke studio rakaman terpilih.

Naz dan The Brownees pula berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 and RM5,000 masing-masing.

“Coca-Cola sentiasa berusaha memberi pengalaman yang menghiburkan, berinspirasi, optimistik dan gembira kepada semua. Satu daripada caranya ialah melalui muzik, yang memainkan peranan penting dalam hidup pemuda-pemudi Malaysia kerana ia merupakan sebuah landasan yang positif untuk meluahkan pendirian, kreativiti dan kecenderungan masing-masing,” kata Ketua Operasi Komersial Coca-Cola, Agustinus Gunadharma.

“Kawanku Bintang Coca-Cola merupakan satu lagi contoh bagaimana kami meneruskan usaha untuk mencipta saat-saat kegemilangan, dan setelah menonton persembahan yang menakjubkan oleh bakat-bakat muda di Malaysia itu, kita sedar bahawa kejayaan muncul daripada sikap mereka yang positif,” tambah beliau.

Kawanku Bintang Coca-Cola merupakan inisiatif terbaru untuk menyokong penglibatan Coca-Cola yang lama dalam arena dan industri muzik di Malaysia. Rancangan realiti 5-episod dalam Bahasa Malaysia ini menampilkan bakat-bakat baru yang diasah dan dibimbing oleh veteran dan mentor yang profesional dalam industri muzik seperti komposer Helen Yap, perunding imej Peter Lum dan penyanyi Juwita Suwito, yang berkongsi teknik dengan peserta untuk mengecapi taraf bintang.

Photo caption: (Dari kiri) 3 pemenang utama “Kawanku Bintang Coca-Cola” – Brownees, Naz & Bo – bersama juruacara Qi & Cheryl

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile Emillia Contessa

Gadis Semasa Sunsilk