in ,

Foto Siti Nurhaliza di Sidang Media Kempen SimplySiti Di Hati

Gambar Siti Nurhaliza di Sidang Media Kempen SimplySiti Di Hati

Pada jam 3 petang tadi, Dato’ Siti Nurhaliza telah hadir di Sidang Media Kempen SimplySiti Di Hati di Hotel Marriot Putrajaya. Dengan mengenakan dress putih dan merah, Siti Nurhaliza tampil untuk memperkenalkan satu lagi kempen terbaru dari SimplySiti iaitu SimplySiti Di Hati.

Kempen SimplySiti Di Hati yang akan bermula pada 1 Disember 2011 hingga 15 Januari 2012 ini dibawakan bersama oleh rakan niaga Watson’s sebagai satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat yang memerlukan bantuan bagi meringankan beban.

Selama 7 minggu bermula di setiap negeri, kempen ini akan mengumpul dana untuk disalurkan melalui Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) bagi membantu 2 orang pesakit jantung iaitu Adik Siti Nur Syahira dan Adik Tan Jia Yong. Kedua kanak-kanak ini memerlukan bantuan sebanyak RM70,000 bagi rawatan perubatan di IJN.

Pengguna SimplySiti boleh membantu dengan membuat pembelian RM100 ke atas di mana sebanyak RM5 akan disalurkan ke dalam Kempen SimpySiti Di Hati, pelanggan hanya perlu mengisi borang dengan butiran peribadi disertakan dengan Slogan “SimplySiti di Hatiku kerana…”

Borang hendaklah dikepilkan bersama resit pembelian dan dimasukkan ke dalam kotak tabung SimplySiti Di Hati yang disediakan di setiap kaunter SimplySiti di seluruh Watson’s.

Usaha murni ini disokong sepenuhnya oleh Rakan Eksklusif Watson’s, Syarikat Penerbangan Rasmi AirAsia X, Rakan Perubatan Rasmi IJN Foundation dan Putrajaya Marriot Hotel & Spa sebagai Hotel Rasmi.

Layari: www.simplysiti.com.my dan LIKE Facebook “SimplySiti”

Siti Nurhaliza SimplySiti

Siti Nurhaliza SimplySiti

Siti Nurhaliza SimplySiti

Siti Nurhaliza SimplySiti

Siti Nurhaliza SimplySiti

Siti Nurhaliza SimplySiti

Siti Nurhaliza SimplySiti

Siti Nurhaliza SimplySiti

Siti Nurhaliza SimplySiti

Siti Nurhaliza SimplySiti

Siti Nurhaliza SimplySiti

Siti Nurhaliza SimplySiti

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tony Fernandes Named Top 100 Most Influential People for Japan

VOKAL Bukan Sekadar Rupa Minggu Ke 6