in

VOKAL Bukan Sekadar Rupa Minggu Ke 6

SAINGAN SENGIT 5 FINALIS DI PENTAS KONSERT VOKAL MINGGU KE-6!

Masih agak awal untuk memberikan anggapan mahupun tekaan mengenai siapakah yang bakal menjuarai pentas VOKAL berdasarkan persembahan memukau 5 orang finalis pada minggu lepas.

Mampukah Mafa mengekalkan prestasi cemerlang beliau, dan apakah strategi Asmidar, Irsa, Fakhrul dan Azmarul untuk memenangi hati para juri di dalam konsert malam ini?

Setelah 5 minggu ke udara, malam penyingkiran ini ternyata akan menyerlahkan pelbagai persaingan sengit daripada setiap finalis untuk membuktikan kemampuan mereka kepada juri tetap, selain meraih undian SMS daripada para penonton. Bersama juri tetap Azmeer pada malam ini ialah Ziana Zain yang menggantikan Erra Fazira bakal menentukan 50% pemarkahan 5 finalis manakala jumlah undian penonton pula merangkumi 50%.

Terbaru dari TV3, program realiti VOKAL, Bukan Sekadar Rupa dilihat sebagai satu platform bagi mereka yang mempunyai bakat seni nyanyian tetapi tidak mempunyai pakej artis komersil yang kini bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00malam hingga 10.00malam mulai 16 Oktober 2011 lalu.

Antara lagu-lagu yang dipertandingkan pada konsert malam ini yang juga merupakan pilihan peserta sendiri. Pentas pertarungan VOKAL minggu keenam dimulakan dengan persembahan daripada Irsa dengan lagu “Sri Mersing” nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza. Seterusnya, giliran Azmarul pula untuk mendendangkan lagu penyanyi popular Jamal Abdillah “Di Sudut Kamar Hatiku”. Asmidar kemudian menghangatkan suasana di Sri Pentas 2 dengan lagu kegemaran ramai “This Love” (Maroon 5) dan diikuti oleh Mafa yang akan tampil di atas pentas dengan lagu “Janji Manismu” nyanyian asal Aishah. Seterusnya, tiba giliran Fakhrul yang turut memilih lagu daripada Jamal Abdillah yang berjudul “Seniman Menangis”.

Azmarul

Produksi VOKAL musim pertama terdiri daripada Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif sementara Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) bertindak sebagai Penerbit. VOKAL menampilkan Faizal Ismail (FBI) sebagai pengacara konsert VOKAL dan “Rutin VOKAL”.

Menurut Sufian, “Kini hanya tinggal 5 finalis yang sedang bertungkus lumus untuk mempersembahkan hanya yang terbaik di dalam konsert minggu keenam ini. Setelah proses penyingkiran mingguan dipinda kepada setiap 2 minggu, para juri dan penonton berpeluang untuk melihat sendiri progres positif mahupun negatif para finalis di dalam kualiti nyanyian dan persembahan mereka. Kehadiran Ziana Zain sebagai juri menggantikan Erra Fazira untuk hanya 2 minggu juga telah menampakkan impak yang positif terhadap peserta serta ia menaikkan kadar tontonan program ini.”

“VOKAL muncul sebagai program realiti hiburan yang mempunyai identiti tersendiri di mana kualiti vokal peserta didahulukan daripada paras rupa. Kami ingin membuktikan bahawa VOKAL mampu mengubah persepsi stereotype masyarakat berdasarkan kemajuan dan pencapaian yang ditunjukkan oleh para finalis selepas menjalani latihan intensif dan pendedahan yang diterima daripada tenaga pengajar dan juri tetap selama 10 minggu,” tambah Sufian.

Para finalis juga akan dilengkapkan dengan latihan, bimbingan dan motivasi daripada tenaga pengajar sebagai persediaan awal untuk mengecapi kejayaan di dunia hiburan. Antara barisan penasihat yang turut menjayakan program VOKAL termasuk Faizal Uzir (Lok-U) sebagai Pengarah Muzik dan Penasihat Vokal, Adzwa sebagai Penasihat Persembahan, Prof. Madya Haji Md. Izzuddin (Prof. Izzi) selaku pakar motivasi dan Simran Latif dari Original Bootcamp sebagai jurulatih kecergasan dan kesihatan. Kesemua finalis pula ditempatkan di Intekma Resort Shah Alam selaku penginapan rasmi sepanjang program VOKAL musim pertama ini.

Format permarkahan VOKAL dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu 50% daripada juri dan 50% melalui undian SMS. Juara VOKAL akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 dan naib juara akan memenangi RM 30,000.

Ikuti konsert mingguan VOKAL yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00malam hingga 10.00malam. Selain itu, program ”Rutin VOKAL” yang memaparkan sorotan persediaan serta tugasan yang perlu dijalankan oleh para peserta pula disiarkan pada setiap hari Ahad jam 5.00petang.

Penonton juga berpeluang untuk mengikuti siaran ulangan konsert VOKAL pada setiap Jumaat, jam 9.00pagi. Maklumat terkini serta aktiviti peserta boleh didapati melalui microsite VOKAL di www.tv3.com.my/vokal dan anda juga boleh menonton program ini secara online dengan melayari www.tonton.com.my. Ikuti program-program kegemaran anda menerusi telefon pintar anda dengan mendaftar masuk ke m.tonton.com.my.

Fakhrul

Irsa

Azmeer & Ziana Zain

Azmeer & Ziana Zain 2

Fakhrul 2

Mafa

All 5 Finalists

Asmidar

Fakhrul - Tersingkir (Minggu Ke-6)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Foto Siti Nurhaliza di Sidang Media Kempen SimplySiti Di Hati

Siti Nurhaliza Bawa Media Melawat Korea