in , ,

Peraduan Film High School Musical 2 Soundtrack Contest

Ini peluang anda untuk memenangi album School Musical 2 Soundtrack jika anda mendengarkan FLY FM sepanjang minggu ini.

MUST HAVE MUSIC REQUEST – HIGH SCHOOL MUSICAL 2 SOUNDTRACK

Untuk memenanginya, sila hantarkan permintaan lagu dan dedikasi anda ke FLY FM Must Have Music Request setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 10 pagi hingga 4 petang. Jika permintaan anda terpilih, anda akan memenangi Album FLY FM Must Have Music Request.

Nantikan isyarat untuk menghantarkan SMS dan apa yang harus anda lakukan ialah menghantarkan SMS permintaan dan beserta butir lengkap diri anda ke: FR <jarak> permintaan anda dan hantarkan ke 33661 untuk memenangi CD tersebut. Tawaran ini akan berakhir pada 24 Ogos 2007.

Anda juga boleh memenangi CD tersebut secara online. Sila layari www.flyfm.com.my dan jawab 2 soalan mudah. Ataupun, anda juga boleh nantikan kemunculan FLY FM Perodua Troopers kerana mereka akan mengagihkan CD hangat ini secara PERCUMA. Hanya jawab soalan mudah dan sertai permainan yang mereka adakan untuk memenangi CD tersebut. Jadi, pastikan anda menanti kedatangan mereka.

poster high school musical 2

Hantarkan SMS anda dengan segera untuk memenangi album tersebut.

HIgh School Musical 2 telah memenangi Emmy Awards untuk Disney Channel Original Movie. Tayangan premiere filem keluaran Disney Channel & Family Channel ini telah diadakan pada 17 Ogos lalu. Antara pelakonnya ialah, Zac Efron, Vanessa Hudgens, Ashley Tisdale, Lucas Grabeel, Corbin Bleu, Monique Colema, Mark L Taylor dan Robert Curtis Brown.

Terbaru, High School Musical akan dialihkan ke bahasa Melayu dan menggunakan suara Dafi sebagai Troy dan Mila, heroinnya Gabriella. Siri ini akan disiarkan di Astro tidak lama lagi. Lagu terbaru Dafi, Bila Terasa Rindu kini berkumandang di radio adalah ciptaan Edry KRU. Lirik lagu Bila Terasa Rindu dari Dafi akan disiarkan tidak lama lagi.

Promo ini dibawakan oleh Radio Fly FM. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.flyfm.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album Kata Hati dari Rebecca Soejati Reijman Kini Mendarat di Malaysia

Eksklusif! Ulasan Single & Album Terbaru Aizat Berjudul Sahabat