in , ,

Eksklusif! Ulasan Single & Album Terbaru Aizat Berjudul Sahabat

Lama betul tidak dengar cerita mengenai Aizat, bintang Akademi Fantasia musim ke-5 yang pernah menggegarkan Dewan Sivik dengan lagu Perpisahan ini.

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana suara Aizat jika menyanyikan lagu terbaru Anuar Zain, Lelaki ini. Mesti sedap giler. Tapi mana boleh lawan penyanyi asal, Anuar Zing tu.

Pernah dulu selepas musim ke-5 berakhir, Aizat dikatakan akan menyambung pembelajarannya di Indonesia dalam bidang muzik. Kemudian, Aizat dikatakan menerima hadiah kereta mewah dari ibunya. Itu semua tidak benar. Aizat masih lagi di sini menemani anda.

Terbaru, suara Aizat akan dapat didengari dan termuat dalam sebuah album hari raya Siti Nurhaliza yang menggandingkan Siti Saerah dan Siti Nurhaliza sendiri. Album ini akan dilancarkan tidak lama lagi seawal menjelangnya umat Islam menyambut bulan Ramadan.

cover album terbaru aizat

Apa yang saya dapat tahu, Aizat telah pun menyiapkan 2 lagu single terbarunya yang berjudul Sahabat dan Hanya Kau Yang Mampu. Kedua-dua lagu adalah dari ciptaan komposer terkenal dari seberang. Memang bakal meletop!

Kerana saya percaya bakat dan suara Aizat dapat menjiwai sebarang lagu yang diberikan kepadanya. Buat peminat Aizat, nantikan lagu-lagu terbaru Aizat yang pastinya berkumandang di corong-corong radio. Kepada Aizat, cepat-cepat siapkan album terbaru anda ya! Tak sabar nak dengar nih!

poster gambar aizat af

Mmm… kepada Ebi dan Mila pula, katanya dah dapat kereta kunci kereta Toyota Vios hadiah utama hasil kemenangan mereka di AF5. Tahniah! Bolehlah ajak peminat putar-putar KL lepas ni kan? Atau pun takde hajat ke nak tukar dengan kereta proton persona? Hehe…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Film High School Musical 2 Soundtrack Contest

GWEN STEFANI

New Commercial for Gwen Stefani New Perfume L by LAMB