in ,

Filem TALENTIME Lakonan Mahesh Jugal Kishor dan Pamela Chong Ven Tee

Pengarah: Yasmin Ahmad  

Penulis cerita asal : Yasmin Ahmad
Lakon Layar: Yasmin Ahmad 

Pelakon:
Syafie : Hafiz
Azean Irdawaty : Embun
Harith Iskander : Ayah Melur
Mislina Mustaffa : Ibu Melur
Adibah Noor : Cikgu Adibah
Ida Nerina : Datin Kalsom
Elza Irdalynna : Mawar
Jaclyn Victor : Bhavani
Jit Murad : Ismael

Krew:
Soon Keong: Pengarah Fotografi
Affandi Jamaludin : Penyunting
Mohd Firdaus : Pembantu Pengarah
Sharifah Amani : Pembantu Pengarah
Megat Rosli Sidin : Pengurus Lokasi
Mohd Hashim : Penjaga Sambungan
Mohd Sharum  : Penjaga Sambungan
Hathim Thai : Jurusolek Artis
Megat Rosli Sidin : Gaffer

Fiem ini sedikit sebanyak merujuk kepada pengalaman hidup Yasmin Ahmad. Kali ini beliau juga terus mengangkat kepelbagaian kaum di Malaysia dalam Talentime yang mengisahkan keperitan terpaksa dilalui peserta pertandingan bakat sekolah serta kisah percintaan membabitkan dua bangsa dan agama berbeza.

Sekali lagi Yasmin mempertaruhkan wajah baru sebagai pendukung utama filem ini sebagaimana pernah dilakukan dalam filemnya terdahulu. Kali ini Mahesh Jugal Kishor dan Pamela Chong Ven Tee menerajui Talentime bersama pelakon berpengalaman seperti Harith Iskander, Azean Irdawaty, Adibah Noor dan bintang Mukhsin, Mohamad Syafie Naswip.

Filem ini juga menarik kerana mengundang ramai pelakon jemputan. Antaranya Azean Irdawaty sebagai ibu Hafiz. Jaclyn Victor (Bhavani), Harith Iskander (Ayah Melur), Elza Irdalynna Khairil Anwar (Mawar), Mislina Mustaffa (Ibu Melur), Adibah Noor (Cikgu Adibah), Ida Nerina (Datin Kalsom) dan ramai lagi pelakon lainnya, Sukania Venugopal, Sherrina L Krishnan, Mohamed Redzuan Adamshah, Howard Han Kahoe, Lok Weng Sung, Melkinn Chee Ka Sheng, Amelia Thripura Henderson, Tan Mei Ling, Susan Ann Chong, Athilia Harun, Tan Yew Leong dan Anthony Michael Savarimuthu.

Mengapa selalu pilih Ipoh sebagai lokasi?

Yasmin Ahmad: “Saya sudah biasa dengan bandaraya Ipoh dan saya tahu di mana lokasi menarik untuk mendapatkan shot yang cantik. Di sini juga terdapat masjid serta kuil yang besar dan cantik yang boleh digunakan bagi menggambarkan kehidupan dua kaum yang berbeza agama dalam filem ini. Satu lagi alasannya mengapa saya suka buat penggambaran di luar Kuala Lumpur selain kurang kesesakan lalu lintas, ia juga mengelakkan pelakon mengambil dua tawaran dalam satu masa. Jika di Kuala Lumpur, mereka boleh lari ke penggambaran yang lain tetapi kalau di Ipoh, larat ke mereka hendak berulang alik. Mereka juga tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri. Saya buat begini kerana mahu mereka memberikan sepenuh komitmen terhadap pembikinan filem ini. Mereka perlu bergaul dengan kru termasuk semua pelakon kerana saya mahu bekerja sebagai sebuah keluarga. Apa yang pelakon makan, itu jugalah yang kru makan dan begitulah sebaliknya. Tiada layanan istimewa, semuanya sama malah mereka ditempatkan di hotel yang sama.”

Bagaimana proses menulis skrip?

Yasmin Ahmad: “Ada sesetengah pengarah takut ambil pelakon baru tetapi tidak dengan saya kerana pelakon muda memiliki dinamik dan mereka jujur. Menariknya, meskipun sudah ada pengalaman menghasilkan filem, untuk Talentime saya terpaksa memperuntukkan lebih banyak masa menyelesaikan skripnya. Lebih kurang lima hingga tujuh hari untuk menyiapkan draf skrip saja. Skrip Talentime mengambil masa panjang kerana saya mahu mencuba permainan baru. Terdapat 11 draf semua sekali. Ia sebagai satu usaha memberi kelainan pada filem ini. Saya juga tidak suka filem yang ada mesej. Siapalah saya untuk mengajar orang, sebaliknya saya sukakan sesuatu yang boleh menimbulkan tanda tanya pada penonton.” [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu Sendiri – Kotak

Drama Kebun Pisang Tok Mudim & Nek Dara di TV2