in ,

Drama Kebun Pisang Tok Mudim & Nek Dara di TV2

DUA DRAMA MENARIK SEMPENA CUTI SEKOLAH DI RTM

Cuti persekolahan yang diraikan kalangan pelajar sememangnya amat dinantikan. Namun pastinya masa senggang yang dijalani mereka ini lebih bermakna sekiranya meluangkan masa menonton televisyen di rumah dengan pelbagai cerita menarik serta pengajaran yang menghiburkan.

3346379088 B5B9634C14 | 4

Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan tumpuan penonton menyaksikan drama menarik menerusi Slot Mustika @ 2 pada dua hari berturut-turut  iaitu Kebun Pisang Tok Mudim pada 13 Mac 2009 (Jumaat) dan Nek Dara pada 14 Mac 2009 (Sabtu), jam 10.00 pagi di TV2.

Kebun Pisang Tok Mudim bermula di masa kini, Baim sudah pun menjangkau usia 66 tahun, namun masih bergaya dengan pakaian yang rapi dan rambut yang masih lebat.Sedang dia memandu di jalanraya yang di penuhi dengan bendera malaysia yang berkibar sempena menyambut hari kebangsaan, dia bercerita dengan ‘audience’ mengenai pengalamannya semasa merdeka 1957.

Rahim atau Baim, seorang kanak-kanak awal remaja berumur dalam lingkungan 13 ke 14 tahun. Dia membohongi rakan-rakannya bahawa dia sudahpun berkhatan, namun sebenarnya dia masih belum berkhatan. apabila dia diberitahu oleh ibubapanya akan tarikh nya untuk berkhatan adalah pada 31 ogos 1957, baim hidup dalam ketakutan dan malu kepada rakan-rakannya yang kini tahu bahawa selama ini dia menipu. Antara sekarang dan 31 ogos 1957, bolehkah Baim menahan segalanya, apakah dia akan lari, apakah dia akan merdeka akhirnya?

Keesokkan harinya menyusul drama mengetengahkan watak utamanya Nek Dara lakonan Norlia Ramli dibantu Faizal Hussein, Aida Aris, Aidi, Fifi dan Mei Lan,  Nek Dara mengisahkan Adi yang memilih untuk mengisi waktu cuti persekolahannya ke Langkawi. Kedua ibu bapanya Saiful dan Intan yang pada mulanya kurang bersetuju terpaksa akur dengan permintaan anak tunggal mereka itu.

Segalanya berpunca kerana Intan kecil hati terhadap ibu mertuanya yang suka memperkecilkannya kerana tidak pandai memasak. Setelah berlaku kejadian itu, mereka suami isteri memutuskan untuk tidak pulang ke kampung mereka di Langkawi. Saiful yang pada mulanya kurang bersetuju dengan permintaan isterinya itu kemudiannya hanya menurut hinggakan apabila mereka dikurniakan cahayamata pun Nek Dara tidak diberitahu langsung.

Ketika di Langkawi, Adi bertemu teman baru bernama Mei Lan dan Fifi. Mereka berdua sering membantu nenek Fatimah yang lebih dikenali dengan panggilan Nek Dara menyiang gamat kerana Nek Dara mengusahakan gamat.

Suatu hari, Adi digigit obor-obor ketika mandi-manda di laut. Nek Dara bertindak pantas menggunakan gamat mengubatinya dengan krim gamat. Saiful dan Intan yang begitu bimbangkan keselematan anak mereka mula mencari Adi ke serata tempat. Sehinggalah mereka menemui Adi di rumah Nek Dara.

Di situlah berlaku pertemuan yang tidak disangka-sangka melibatkan anak beranak yang sekian lama telah terpisah. Bagaimanakah reaksi Adi apabila mengetahui dirinya masih memiliki nenek yang sangat didambakan kehadirannya sebelum ini? Dapatkah Nek Dara menerima kembali anak tunggalnya yang pernah mengabaikannya?

Justeru kepada kanak-kanak di luar sana diharap tidak melepaskan peluang meluangkan masa bersama keluarga dan teman-teman tersayang menonton dua drama menarik Kebun Pisang Tok Mudim pada 13 Mac 2009 (Jumaat) dan Nek Dara pada 14 MAC 2009 (Sabtu), jam 10.00 pagi di TV2.

3345544495 1027Cb14E1 O | 5

3345544385 F17Ef83088 O | 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adibah Noor | 21

Filem TALENTIME Lakonan Mahesh Jugal Kishor dan Pamela Chong Ven Tee

Anggun | 22

Lirik Lagu Anggun Jadi Milik Mu / Crazy