in

Filem Menarik Saturday Night Movies 8TV

FILEM-FILEM MENARIK SLOT ‘SATURDAY NIGHT MOVIES’ HANYA DI 8TV

Jun ini, 8TV dengan bangganya membawakan barisan filem-filem oriental yang menarik untuk menghiburkan hujung minggu anda. Anda pasti teruja kerana tidak perlu bersesak di panggung wayang dan dapat menghabiskan masa di rumah menonton filem menarik dalam slot ‘8TV’s Saturday Night’, PERCUMA di 8TV.

8TV

DRIVING MISS WEALTHY
Tarikh siaran: 2 Jun 2012
Hari/Masa: Sabtu, 8.30 malam
Kit ialah seorang bekas anggota telah diberi peluang oleh Hui Siu-Hung yang merupakan majikan lama beliau untuk menjadi seorang pengawal peribadi kepada seorang hartawan – Feng Kwok-Lap. Kit berjaya melepasi sesi temudaga dan penapisan yang dijalankan namun mendapati beliau sebenarnya terpaksa menjadi pengawal peribadi anak Mr. Feng bernama Jennifer. Mungkin ia satu pekerjaan yang mudah tetapi Jennifer sebenarnya seorang yang aneh dan sukar dikawal. Kit terpaksa menyamar sebagai pemandu dari Filipino; Mario kerana Jennifer tidak mahu menggunakan khidmat pengawal peribadi. Hidup dalam keadaan serba mewah, bapa Jennifer telah merancang untuk memberi pengajaran kepada Jennifer supaya beliau boleh berdikari dan berjaya atas usaha sendiri. Mampukah Jennifer melakukannya? Jangan ketinggalan menyaksikan filem menarik ini!
Dibintangi oleh: Lau Ching-Wan, Gigi Leung Wing-Kei

ALL ABOUT AH LONG
Tarikh siaran: 9 Jun 2012
Hari/Masa: Sabtu, 8.30 malam
Pelakon popular Chow Yun-Fat membawakan watak Ah-Long, seorang ayah tunggal yang bekerja sebagai pemandu dan juga pelumba motorsikal. Ah Long berkongsi kegembiraan bersama anak lelakinya, Porky. Ah Long berjuang membesarkan anaknya seorang diri dan rela berkorban demi anaknya. Suatu hari bekas isteri Ah Long yang merupakan seorang pengarah komersial tiba-tiba muncul setelah menghilangkan diri sekian lama. Ah Long sedaya upaya menyembunyikan kesusahan beliau namun bekas isterinya berniat untuk mengambil anak mereka dan pulang ke USA. Filem ini merupakan antara filem Hong Kong yang mempunyai garapan dan jalan cerita yang kuat. Jangan lupa menyaksikan ketabahan Ah Long memperjuangkan haknya sempena Hari Bapa ini.
Lakonan: Chow Yun-Fat, Sylvia Chang, Wong Kwan-Yuen, Ng Man-Tat, Wong Tin-Lam

THE SPY DAD
Tarikh siaran: 16 Jun 2012
Hari/Masa: Sabtu, 8.30 malam
Jim Yi Bond merupakan pelakon filem ternama, terkenal dengan watak perisik ala James Bond. Namun realitinya beliau seorang yang sangat penakut walaupun hanya melihat rompakan kecil. Isterinya, Kwan Man King menceraikan beliau dan berhijrah ke Hollywood. Sementara itu, Janet dan Teet Nam ahli Interpol sedang giat mencari pengganas, Lung Yut yang lari dari Thailand. Kwan kembali ke Hong Kong dan memberitahu bahawa pihak Hollywood berminat mengambil Jim untuk berlakon bersama beliau dalam sebuah filem. Anak-anak mereka, Cream dan Crispy berharap pasangan ibu bapa ini kembali bersatu tetapi Jim harus menjadi ‘hero sebenar’ untuk menawan kembali hati isterinya.
Apakah yang bakal terjadi kepada hubungan Jim dan Kwan? Berjayakah Janet dan Teet Nam membawa Lung Yut ke muka pengadilan? Saksikan filem menarik ini di 8TV.
Lakonan: Tony Leung, Gillian Chung, Jordan Chan, Edison Chen

HAPPY GO LUCKY
Tarikh siaran: 23 Jun 2012
Hari/Masa: Sabtu, 8.30 malam
Hock Lee Poh merupakan seorang kaki judi dan sangat percayakan Feng Shui. Malangnya tuah sentiasa tidak berpihak kepada Lee Poh. Donna yang merupakan anak perempuan Poh mengamalkan gaya hidup mewah dan banyak menghabiskan masa dan wang di kelab malam. Berbeza dengan Fu Xin yang merupakan anak kedua Poh yang baik hati namun dikatakan pembawa malang dalam keluarga gara-gara lahir pada waktu yang kurang baik mengikut kalendar Cina. Namun Fu Xin sebenarnya merupakan ‘Lucky Star’ yang berkebolehan menukar kejadian buruk untuk menjadi lebih baik. Fu Xin banyak berkorban untuk keluarga dan suatu hari beliau secara tidak sengaja berjaya membantu Poh memenangi wang perjudian. Malangnya tuah tidak selalunya bersama Poh kerana Poh dan Donna kalah teruk dalam perjudian dan terperangkap di sebuah jalan di Cambodia. Apakah nasib mereka berdua di sana? Adakah Fu Xin akan datang menyelamatkan mereka?

Saksikan filem ‘Happy Go Lucky’ secara PERCUMA di 8TV.
Dibintangi oleh: Richard Low, Patricia Mok, Fann Wong

“Hari Sabtu anda pasti lebih bermakna!” kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV & ntv7. Airin menambah, “Kami begitu teliti dengan pemilihan filem-filem untuk slot ‘Saturday Night Movies’ kerana ingin memastikan penonton semua berpuas hati dan dapat berhibur di rumah bersama keluarga.”

Jun ini, 8TV menyajikan anda filem-filem menarik setiap hari Sabtu jam 8.30 malam secara PERCUMA di 8TV. 8TV juga boleh ditonton di saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton rancangan kegemaran dengan melayari laman sesawang di www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami melalui www.facebook.com/8TVfb, www.twitter.com/8tv and www.youtube.com/8tvaddicts

8TV

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Sidang Media Konsert Solo Faizal Tahir

K-Pop Gegar Pentas Showdown 2012