in

Filem Kantonis Hebat Sepanjang Januari

MALAM SABTU ANDA LEBIH BERMAKNA DENGAN 8TV!

8TV bakal menghidangkan barisan filem hebat Kantonis sepanjang Januari khas untuk penonton setia kami. Filem-filem hebat ini bakal menemui anda setiap Sabtu, 8.30 malam hanya di 8TV!

“Tahun baru ini kami telah menyediakan filem-filem hebat untuk tontonan penonton setia kami. Malam Sabtu anda pastinya lebih ceria dengan 8TV!” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Airin menambah “Semua filem-filem ini disiarkan secara PERCUMA eksklusif di 8TV. Kini anda tidak perlu bersesak di panggung wayang dan semestinya mempunyai lebih masa bersama keluarga di rumah.”

Diva. Ah Hey
Tarikh siaran: 14 Januari 2012
Masa: 8.30 – 10.00 malam
Bahasa: Kantonis

Dibintangi oleh: Charlene Choi, Jordan Chan, Niki Chow, Belinda Hamnett, Suet Lam

DIVA, AH HEY! Merupakan sebuah kisah klasik Cinderella tentang seorang gadis miskin bernama Ah Hey. Ah Hey mempunyai cita-cita besar menjadi penyanyi terkenal dan berharap dapat membantu memperbaiki kehidupan keluarga beliau. Ah Hey mendapat peluang bekerja sebagai pembantu kepada penyanyi pop terkenal Shadow. Shadow berhadapan dengan skandal besar yang memaksa beliau untuk mengundurkan diri dari bidang seni. Mampukah Ah Hey menyelamatkan karier Shadow? Adakah Ah Hey dapat merealisasikan impian beliau sebagai penghibur? Saksikan filem hebat ini di 8TV!

Perfect Match
Tarikh siaran: 28 Januari 2012
Masa: 8.30 – 10.00 malam
Bahasa: Kantonis

Dibintangi: George Lam, Jacky Cheung, Maggie Cheung, Lydia Shum, Vivian Chow
Konduktor muzik popular Koo Shu-lam telah dijemput mengadakan persembahan di Hong Kong. Sepanjang siri jelajag berlangsung, beliau selalu diganggu dan diancam oleh Philidonna dan Jacky. Secara tidak sengaja Koo berkenalan dengan Carrie yang merupakan kakak kepada Jacky. Carrie mendapat tahu tentang perangai buruk Philidonna dan Jacky dan berusaha untuk mengubah perangai mereka. Sejurus Koo dan Carrie mula rapat, Koo pula terpaksa pulang. Adakah Koo dan Carrie telah jatuh cinta? Apakah yang bakal terjadi dengan perhubungan mereka? Saksikan ‘Perfect Match’ hanya di 8TV.

Pastikan anda menonton filem-filem hebat ini secara PERCUMA hanya di saluran hip 8TV! Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran 708 Astro. Tontoni rancangan 8TV kegemaran anda di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami di www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts.

image004

Gwong-yat-cham-Tin-Hau_99d61ed4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia X Re-Aligns Network To Focus On Core Markets

Program Hiburan TV1 Semarak Tahun Baru Cina