in

Filem Jalan Pintas Lakonan Bront Palarae, Zahiril Adzim

Rumah Anak Teater (RAT) dengan kerjasama Hyper Pictures Sdn Bhd mengumumkan projek filem sulung mereka berjudul JLN. PINTAS. Filem ini akan dikeluarkan dalam bentuk dvd. Karya ini merupakan olahan dan arahan Nam Ron.

Pengambaran filem Jalan Pintas kini sedang rancak dijalankan di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Selangor.

Jln. Pintas dibintangi oleh pelakon-pelakon muda berbakat seperti Bront Palarae, Zahiril Adzim, Mislina Mustafa, Sara Ali, Fikhree Bakar, Taiyudin Bakar, Dira Abu Zahar, Xavier Fong, Dina Zainal, Yaya Nazri, Beto Kushairy, Rizainuddin, Azhanrani dan Ezyandee. Pelakon utama ialah artis residen pertama RAT Production, Auf Abdul Razak. Antara pelakon tambahan ialah Redza Minhat.

Sinopsis cerita:
Jalan pintas merupakan sebuah cereka yang berkisar tentang watak Bakar -seorang pemuda lepasan ijazah dalam jurusan kejuruteraan , juga seorang anak lelaki tertua dalam keluarga (yang tidak lagi berbapa), yang datang ke Kuala Lumpur dari kampung, untuk mencuba nasib demi menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga –ibu dan seorang adik perempuannya.

Melalui Jalan Pintas, kita melihat watak seorang pemuda yang biasa, yang boleh kita jumpa di mana-mana, yang menjadi mangsa kepada janji-janji delusi Kuala Lumpur. Menelusuri perjalanan yang Bakar tempuhi dalam ruang waktu satu hari – dari pagi ke petang, hanya dengan tujuan untuk menghadiri sesi temuduga; kita sebenarnya tanpa sedar sedang melihat sebuah kehidupan seorang manusia, yang terperangkap antara harapan dan beban, hingga akhirnya, disebabkan kenyataan, angan-angan berubah menjadi dendam.

Bakar yang sentiasa membiarkan pilihan-pilihan hidup bermain di ruang ciptaan kotak fikirnya, tanpa sengaja telah menghasilkan justifikasi kebarangkalian serta risiko yang bakal dihadapinya untuk setiap pilihan yang bakal dibuat. Dan pada akhirnya, Bakar, juga kita, tetap keliru; apakah kita yang terlalu bodoh dan dungu, atau takdir hidup memang seharusnya begitu?

Bront Paralea

Bront Palarae

Zahiril Adzim sebagai Nik

Zahiril Adzim

Dira Abu Zahar as Katie

Dira Abu Zahar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hard Rock Cafe Umum 10 Finalis Battle Of The Bands

Program Menarik Sempena Maulidur Rasul