Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Filem Anak Halal Lakonan Fasha Sandha & Maya Karin 13 Disember ini!

‘Anak Halal’ sebuah filem bercorak drama aksi arahan Osman Ali dijangka bakal menggegar pawagam seluruh Malaysia 13 Disember 2007 ini.

‘Anak Halal’ yang sarat aksi, drama, kasih sayang dan pengorbanan ini buat pertama kali menampilkan Maya Karin sebagai remaja lasak ala ‘tomboi’. Selain keserasian di antara pelakon, dialog yang digunakan turut memberi impak hebat bagi menggambarkan realiti kehidupan segelintir anak muda masa kini.

Teaser Filem Anak Halal:

Filem yang menelan belanja RM1.5 juta ini, mengisahkan kepincangan hidup segelintir anak jalanan yang terpaksa berjuang meneruskan kehidupan di celah celah kota metropolitan, Kuala Lumpur. Osman Ali wajar mendapat pujian, apabila berjaya membuai perasaan penonton seolah olah mereka adalah sebahagian dari kehidupan watak-watak seperti Inderaputera, Jo, Amiera, Erzan, Milya dan lain lain.

Osman Ali juga berjaya mengupas permasalahan sosial dengan baik dan jelas ke layar perak. Gandingan mantap Maya Karin, Fasha Sandha, Raja Farah, Farid Kamil, Adi Putra, Jehan Miskin, Zulhuzaimi, Bront Palarea dan Remy (pelakon baru) sebagai sekumpulan remaja yang mempunyai jalinan persahabatan yang begitu akrab pasti mengujakan peminat layar perak.

Tayangan Unggul Sdn Bhd kini giat menjalankan publisiti filem ‘Anak Halal’ seperti jelajah ‘Anak Halal’ ke utara dan selatan tanahair, kuiz radio, pemberian pas percuma, tayangan eksklusif, makan malam bersama artis dan lain-lain.

poster anak halal

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Filem Anak Halal di Pawagam 13 Disember 2007
  • Gambar Fasha Sandha dan Farid Kamil Cium Mulut Superimpose?
  • Fasha Sandha Pelakon Anak Halal Bercinta Dengan Ariel Peterpan?
  • Photo of the Day: Manjanya Fasha Sandha Eh Yang Anggun
  • Gambar Fasha Sandha Berkemban Dalam Filem Skrip 7707
  • Gossip Fasha Sandha & Farid Kamal Merendek?
  • FASHA SANDHA AYU RAUDHAH DALAM DRAMA SUTERA MAYA
  • Gambar Seksi Fasha Sandha
  • Biodata Fasha Sandha
  • Fasha Sandha dan Kerusi Rehat di Lokasi Drama Kontrak Cinta



  • 19 Komen untuk entri “Filem Anak Halal Lakonan Fasha Sandha & Maya Karin 13 Disember ini!”

    1. ct cute kata:

      Mesti best cerite ni….

    2. ct cute kata:

      dahla pelakon semua sye minat….fasha sandha,maya karin,farid kamil,rosyam nor…..semua sye minat………………………….

    3. aien kata:

      well bagus2 je. hensem adi putra dan bront palare. raja farah pun keut. semoga cerita ini sukses..

    4. ayuu kata:

      hmmm………..x sabar nak tgk.mesti best..ye la,citer remaja…harap dapat sambutan..

    5. anakhalil kata:

      best!

    6. badiuzaman kata:

      best sangat citer ni… 5 stars

    7. halim kata:

      Dah tengok citer ni tadi…mmg best…cerita ini keluar daripada kebiasaan citer Melayu lain….saya bagi 5 bintang….so anda semua pegi la…menonton…mmg best..tak rugi….suka sangat lakonan mantap Maya dan Farid

    8. tetamu kata:

      sekadar bacaan tambahan, buat mereka yg sedar.
      baca ulasan lanjut tentang filem ini, di sini:

      http://tehranifaisal.blogspot.com/2007/12/anak-halal-godless-hopeless.html

    9. geena kata:

      cter anak halal memg best tapi hijung citer kureng skit…indra tak sempat bercakap dengan bapak dia…

    10. Dr Jaib Singh Karuppiah kata:

      kuikuikui..

      filem melayu buat malu saja.
      semua takda nilai,,

    11. Ema AxL Rose kata:

      BEB, mmg gempak filem ni…..aku mmg dari dulu tak suka n tak penah tgk filem melayu kat panggung coz aku tau jalan cite yg merepek n sumtimes tergantung, tp filem ni mmg triller abis..
      salute kat maya karin n farid kamil even aku tak minat pn dorang tuh….adi putra pn best tambah lak lakonan fauzi nawi yg berjaya bwk watak sial dia tu…huhuhu…aku pn bg 5 bintang….bkn senang aku nk tgk cite melayu…

    12. anti_artist bunger kata:

      mmm……….mmang best gler citer nie,,,,,,,,,,,dah empat kali tngok

    13. effa kata:

      best

    14. Nina-Manjalara kata:

      Jehan Pandai berlakon. tapi kenapa dia jadi perlakon tambahan je? harap harap diorang tahu tentang bakat abang jehan ni. dalam cerita anak halal ni nina minat jehan miskin,maya karin, fauzi nawawi ,zulhuzaimi ngan bront palaere.

      CERITA ANAK HALAL MEMANG GEMPAK!!!!!!

    15. Honeybee kata:

      okay .. maya menang!!

    16. manjalara kata:

      watak fasha sanda=atiqah & bkn amiera,
      sekadar p’betulan jer

    17. nabila kata:

      saya peminat setia adi putra. adi putra memang pandai betul berlakon. manakala,,maya karin agak macam tomboy la sikit ada la cute sikit.
      saya rasa raja farah,, terlampau overrrr….dia perlukan kebanyakan acting yang lebih bagus…… manakala,,farid kamil nampak sangat serius dalam cerita anak halal heheheeeeeeeee…………………

    18. zee kata:

      oiii dr JAIB!!
      i know filem2melayu teruk,tapi anak halal ni bst gile babi,bangang,bongok!!!
      i luve u maya karin!!!
      muakhz..:)
      satu sekolah saya minat dekat awak!!

    19. raifa kata:

      cerite die bst giler …..ade yang scene yang merepek…tp aku suke lh cite ni…jln cerite gerek!banyak pelajaran yang kite boleh “hightlight”!hehe…sape2yg blum tengok….dont miss it coz……it is super nice!I LOVEEEEEEE you MAYA KARIN! MUAH!

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!