in ,

Sekitar Pelancaran Drama Vice Versa Lakonan Aziz M. Osman & Nor Aliah Lee

Pada 7 Mac, hari Jumaat yang lalu, Budiey ada menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Pelakon Vice Versa yang diadakan di Restoran The Apartment, The Curve, Mutiara Damansara. Berlangsung dalam suasana yang penuh santai, majlis itu dihadiri oleh pelakon utama seperti Fahrin Ahmad, Umie Aida, Abby Abadi, Jason Chong, Aziz. M. Osman, Nor Aliah Lee dan beberapa pelakon pembantu yang lain. Drama yang diarahkan oleh sutradara terkenal, Aziz M. Osman ini juga turut dibantu oleh pelakon Eizlan Yusof dan Julia Ziegler yang tidak hadir pada petang itu.

Klik Video Youtube untuk mendengar apa pesanan Fahrin dan Umie Aida untuk korang:

Ini pula video sekitar Majlis Ramah Mesra Drama Vice Versa.

Tepat jam 3.40 petang, majlis dimulakan dengan ucapan Aziz M. Osman selaku pengarah drama ini. Antara yang diperkatakan, drama ini memang ada kelainan dan dan berbeza dari apa yang pernah diterbitkan oleh Ace Motion sebelum ini. Sebelum ini, drama yang ditayang agak ‘manja-manja’ tetapi kali ini lain sedikit sebab tema yang dibawa lebih seimbang dari segi penyampaian.

Aziz M. Osman berterima kasih kepada TV3 kerana memberi peluang untuk bikin drama berbentuk ‘mesra famili’ dan cinta. Kesemua pelakon yang Budiey temui yakin audien akan suka dan minat dengan drama ini. Mungkinkah drama ini akan mencetuskan fenomena baru atau boleh memecah rekod drama bersiri yang lain?

Drama bersiri 13 episod berjudul Vice Versa ini akan menemui penonton mulai 18 Mac 2008, jam 11 malam setiap hari Selasa. Merungkaikan tema yang unik iaitu interpretasi percanggahan fikiran lelaki dan perempuan. Yang menariknya, penonton akan dibawa menjelajah segala genap sudut dan perspektif lelaki dan dan perempuan. Iaitu 30 minit dari sudut pandangan perempuan dan 30 minit selepas itu, pandangan dari watak lelaki. Rasanya drama sebegini belum pernah lagi dibuat oleh mana-mana produksi.

Hakikatnya, lelaki dan perempuan saling memerlukan namun agak sukar untuk mereka memahami antara satu sama lain. Jadi, drama ini diolah untuk memberi kefahaman kepada penonton tentang apa yang perempuan mahu dari lelaki dan begitulah sebaliknya. Sudah tentu ada unsur kasih sayang, kerjasama, tolong menolong antara pasangan. Tak percaya, tonton episod pertama dahulu, pasti korang akan terpaut dan tak mahu ketinggalan pada episod yang seterusnya.

Penonton dapat melihat bagaimana sesuatu isu dari dua sudut berbeza. Lelaki dan perempuan yang selalu dilanda masalah komunikasi dan interaksi dengan pasangan. Misalnya, jika lelaki dan perempuan berbalah sebab timbul isu seperi cemburu, biasanya mereka mahu menegakkan kebenaran masing-masing.  Jadi, dalam drama Vice Versa, penonton dapat menilai sesuatu isu itu setelah meneliti pandangan dari kedua-dua pihak.

Apa yang uniknya drama terbitan Ace Motion ini:

  1. Drama ini berkisar tentang 3 pasangan iaitu Fahrin + Umie Aida, Jason Chong + Abby Abadi dan Aziz M. Osman + Nor Aliah Lee. Dua pasangan adalah pasangan suami isteri dan satu lagi pasangan telah pun bercerai.
  2. Bagi Budiey, yang menariknya penonton akan melihat pasangan Aziz M. Osman dan Nor Aliah Lee berlakon dalam satu drama dan diberi watak suami isteri. Ironinya, secara kebetulan dalam kehidupan realitinya pula kita sedia maklum yang Aziz M. Osmn dan Nor Aliah Lee dah bercerai.
  3. 30 minit pertama adalah babak Vice (perempuan) dan 30 minit selepas itu adalah babak Versa (lelaki).
  4. Pelakon utamanya terdiri daripada pelakon yang berpengalaman.
  5. Drama kedua lakonan Umi Aida dengan Fahrin Ahmad sebelum Drama Dalam Hati Ada Cinta.
  6. Tarikan utama drama ini terletak pada konsep, kekuatan skrip yang tidak terlalu berat dan jalan cerita yang senang dihayati.

[tags]drama vice versa, meaning vice versa, kromosom x, gossip Aziz M. Osman, Restoran The Apartment, The Curve, Osman kering, gambar Nor Aliah Lee bertudung, mobile browsing maxis, price maxis broadband, Keputusan Rasmi Pilihan Raya 2008, malaysiakini.com, heroes new season, mela anjani bogel, ace motion office, Online Advertising Fraud, AdSense Rectangle Ad, ganstarz audition, gambar ajai model[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Teater Patung Kertas Lakonan Dato’ Jalaluddin Hassan

27 DRESSES Very Cute