in

Far East Bakal Lancar Album Terbaru Kilauan Khazanah

Majlis Pelancaran Far East Gold & Album Baru Far East “Kilauan Khazanah”.

Pagi Isnin, biasanya pagi yang kalut. Pagi yang biasanya akan dipenuhi dengan berita-berita menarik untuk disiarkan. Cuma, pada hari ini mungkin agak special di mana selepas penantian selama 2 bulan menunggu TM Unifi masuk ke kantor Budiey Dot Com Media, hari ini segala penderitaan insyaallah akan hilang. Nasib baiklah tak berlarutan sehingga bertahun-tahun. Tanpa talian Unifi, Budiey agak sukar untuk upload video. Harapkan guna U Mobile sekarang ni, memang tak cukup. 20 GB yang diberikan memang tak sampai 10 hari, terus licin habis. Kalau nak tambah kena beli pulak booster tambahan 1.5GB dengan caj RM10 untuk 3 hari. Sangat tak berbaloi rasanya. Memang TM Unifi gak yang terbaik untuk kantor ini (ini bukan iklan ya).

Ramadan menjengah tak lama lagi. Di emel Budiey sekarang ni penuh dengan jemputan untuk menghadiri pelancaran program TV sempena bulan puasa dan juga food review daripada hotel. Memang tak menang tangan nampaknya.

Selain itu juga, artis nasyid tak lupa juga untuk kembali aktif di bulan puasa ini. Biasanya artis nasyid banyak menerima tawaran untuk buat persembahan di hotel-hotel dan majlis berbuka puasa anjuran korporat. Bulan ni jugaklah rezeki untuk mereka melimpah ruah.

Far East Bakal Lancar Album Terbaru Kilauan Khazanah.

Terbaru yang Budiey terima hari ini ialah bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan tidak lama lagi, Kumpulan Nasyid Far East telah mengeluarkan album terbarunya yang berkonsepkan Taranum dan Qasidah. Wah, bagus juga tu, takdelah lalai dengan leka dengan lagu-lagu cinta pada manusia dan harta kan?

Dengan terbitnya album ini, ia sedikit sebanyak dapat memeriahkan lagi kedatangan bulan Ramadhan.

Yang paling menariknya ialah salah satu lagu didalam album tersebut kumpulan Far East telah berkolaborasi bersama Saudara Raqib (AF9).Mereka bersama-sama menyanyikan lagu arab “Laukana Bainana”

Far East juga telah mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu produk berasaskan Emas “Far East Gold”. Produk emas ini juga akan dilancarkan pada majlis pelancaran yang akan diadakan pada 12 Julai ini di UPM.

Selamat maju jaya untuk kumpulan Far East.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Gandakan Kuota Data Untuk Pelanggan

Filem Indie Bellflower di Sundance Channel