Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Fairil Emran, Anding Indrawani & Melissa Campbell Dalam Ghost

GHOST SEASON 2
Your favourite supernatural thriller is back only on 8TV!

Masihkah anda ingat dengan siri GHOST yang ditayangkan di 8TV sebelum ini? April ini, GHOST kembali mengisi hari-hari anda dengan musim ke-2 yang pastinya lebih mendebarkan!

Musim ke-2 GHOST akan disiarkan bermula 19 April 2009 jam 10.30 malam hanya di saluran hip 8TV! Musim ke-2 ini menjanjikan lebih banyak elemen seram, plot yang lebih menarik dan penuh dengan adegan yang mendebarkan!

Cheryl Samad (Eza) sekali lagi bergandingan dengan Nazrudin Rahman (Zack) dalam drama GHOST ini. Turut membintangi drama ini ialah Fairil Emran (Fariz), Anding Indrawani (Alam), Isma Hanum (Harum), Melissa Campbell (Alicia Soo), Zahiril Adzim (Ridzuan) dan Colin Kirton (Edmund Soo).

ghost 

GHOST (Musim ke-2) bermula selepas 2 tahun kes pembunuhan Zack Imran berlaku. Kehidupan Eza berjalan seperti biasa. Kerjaya sebagai wartawan semakin berkembang dan kehidupan peribadinya juga berjalan dalam keadaan yang baik. Baru-baru ini Eza sibuk menyiasat misteri kehilangan Alicia Soo seorang gadis cantik anak kepada seorang peguam terkenal Edmund Soo.

Berpandukan petunjuk yang diperolehinya, Eza akhirnya bertemu dengan Harum. Eza berasa cukup pelik kerana dapat meilihat Harum yang sebenanya sudah lama meninggal dunia. Kini, Eza cuba menyiasat misteri kematian Harum pula.

Pada masa yang sama, gambar-gambar mangsa pembunuhan sering bermain di fikiran Eza dan masing-masing mempunyai satu persamaan iaitu mempunyai ukiran hati di pergelangan tangan masing-masing.

Siapakah pembunuh yang dicari-cari Eza? Adakah beliau yang bertanggungjawab dengan apa yang terjadi kepada Alicia dan Harum?

Eza berusaha untuk menyelesaikan kes yang rumit ini dan mendapati semua kes itu berkait antara satu sama lain.

drama ghost

 “Drama bersiri popular Ghost kini kembali dengan musim terbaru! Musim ini membawa anda dengan plot yang lebih menarik dan mendebarkan,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi.

“Musim ke-2 ini lengkap dengan elemen suspens dengan bantuan watak-watak baru untuk memberi jalan cerita yang lebih menarik. Saya pasti ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan drama bersiri ini!” tambah Kim. 

Untuk mengetahui kisah Eza dengan lebih lanjut, jangan lupa untuk menyaksikan. Ghost (Musim ke-2) bermula  19 April 2009 jam 10.30 malam hanya di 8TV!

Siaran 8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 Astro anda!

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

ghost

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Marsha Suka Buli Anding Dalam Hotel Mania?
  • Melissa Saila Jadi Panel di Diskusi Filem Anak Emak
  • Gambar Anak Malique Too Phat dan Melissa Maureen Rizal
  • Erra Fazira Selamat Melahirkan Engku Aleesya Engku Emran
  • Gambar Anak Melissa Saila
  • Melissa Maureen Dirompak Dicabul Malique Ditetak
  • Gambar Melissa Maureen Rizal @ Sambutan Ulangtahun Pertama Portal GUA
  • Gambar Anak Erra Fazira dan Engku Emran
  • Gambar Anak Erra Fazira Engku Aleesya Dah Makin Besar
  • Erra Fazira dan Engku Emran Bertunang Jumaat Ini



  • 2 Komen untuk entri “Fairil Emran, Anding Indrawani & Melissa Campbell Dalam Ghost”

    1. aten_zone kata:

      Tak sabarnyer nak tgk smbungan Ghost. Mesti makin besh sangat. Dahlah last episod yang lepas, sangat-sangat xsetuju. Hehe..

    2. ad_hoc79 kata:

      citer ni best gak.setiap episod xmiss masa first season…alih2 ending dia lak xdpt tgk.tv lak rosak time tuh…arghhhhh tension

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!