Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Fahrin & Linda Onn Bertunang?



Kalau betul Fahrin bercinta, baik dia mengaku sahaja. Orang ramai pun nak tahu sebenarnya. Fahrin ke hulur ke hilir dengan Linda Onn, mestilah orang duk kata. Mulut orang mana boleh tutup. Mengikut sorang staff astro yang saya kenali, Fahrin selalu pergi dan jemput Linda Onn di astro. Tetapi apabila media tanya, adakah mereka ini bercinta. Yang dapat dijawab, kami masih berkawan rapat. Mmm… bosanlah. Kalau mengaku sahaja… kata… ya, kami memang bercinta. Habis cerita. Lepas tu kan, orang akan kata pulak Fahrin tumpang populariti Linda. Atau saya rasa orang lebih ramai akan kata Linda tu tumpang glamour si Fahrin. Ye lah, Fahrin sejak dua menjak ni selalu je masuk TV dalam drama. Malah saya tengok makin menjadi-jadi pulak lakonan Fahrin. Kekadang tu, back to back lak, asyik tengok muka Fahrin. Hehehehe… dalam drama Emil Emilda, Fahrin pun ada. Siap hari tu ngaku dia tu Nik Batista… ala, diorang sebenarnya dah berpakat ngan Emil sebab si Emil (lakonan pelakon berbakat, ganteng, hensem, hot, panas dan ops… sori ya si Aaron Aziz dah pun beristeri dan punya anak katanya)… tak nak Emilda tahu pasal dia sebenarnya anak Datuk yang bakal jadi CEO. Habis drama Emil Emilda, tidak lama lagi akan muncul di dalam drama untuk slot Samarinda terbaru di TV3 iaitu Kasih Suci, bersama Fazura. Jadi, Fahrin pelakon jejaka ganteng meletops yang laris dan paling laku setakat ni. Habis, filem camna lak? Takkan lepas filem Puaka Tebing Biru, dah takde offer berlakon filem. Rugi beb! Asyik drama je, bosan!

Erk! sampai kat situ lak aku mengarut nih. Nak cakap pasal Fahrin dengan Linda Onn je…  tapi sampai semua drama dia lak nak kena sentuh. Terkini, ada gosip lak kata, Fahrin dan Linda bertunang. Tapi itu tak betul. Fahrin dah nafikan. Siap dia sentaps lagi you olls, kata benda yang libatkan hati dan perasaan ini adalah terlalu peribadi. Diorang bukan hipokrit, sampai ada yang kata Fahrin ni sebenarnya tak jujur dan apa ni, tak nak ngaku lak. Kalau ngaku apa salahnya, erk? Apa kata anda? Senang-senang jadilah macam Ina Naim yang kini dah pun bertunang dengan Suhaimi. Senang cite, kan. Tapi tu pun masih orang duk kata kat Ina Naim.

[tags]Fahrin Ahmad, Linda Onn, drama Emil Emilda, Aaron Aziz, Samarinda TV3, filem Puaka Tebing Biru, Ina Naim, Suhami, Ina berkahwin, Perkahwinan bahagia, gosip artis, astro, drama Kasih Suci, Fazura[/tags]

Gambar meletops Fahrin dalam filem Puaka Tebing Biru… Bak kata seorang pembaca SS iaitu Cik Lijah dari Ampang, dia kata… body Fahrin ni meletops u ols! Mrasa le u olls!

Tags: , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Fahrin Ahmad & Rima Melati Kahwin?
  • Gambar Kenangan Cinta Linda Onn & Fahrin Ahmad
  • Fahrin Ahmad Setelah Putus Cinta dengan Linda Onn
  • Gambar Linda Onn dan Fahrin Ahmad Mandi Laut
  • Gambar Pelakon Drama Puteri Beego Bertunang
  • Penyanyi Ezlynn Bertunang
  • Komen Linda Tentang ‘Cinta’ Fahrin
  • CINTA RIMA MELATI, FAHRIN AHMAD, MARCELL, LINDA ONN
  • Linda Onn dan Fahrin Ahmad Mahu Kahwin?
  • Gambar Majlis Pertunangan Pelakon Puteri Chichi



  • 34 Komen untuk entri “Fahrin & Linda Onn Bertunang?”

    1. rozi kata:

      No Komen.

    2. siput kata:

      semoga bahagia ..

    3. yatie_7 kata:

      jangan lupa jumput saya yang

    4. anastasia kata:

      xdenyer kwn semesra mcm tu, napelah xnak b’terus terang, mcm sitilah, yeye jer xnak bgtau sbb pe sbb nak publisiti, samalah lina ngan fahrin tu..

    5. azie kata:

      mungkin mereka tak nak semua peminat tahu yg mereka bercinta

    6. nadia kata:

      mereka bagai pinang dibelah dua

    7. iena kata:

      mengaku ajelah kahwin pun tak ape bukan peminat jelous……
      benda baik buat ape nak tipu….. kalau terbongkar kan malu???????
      gentlement lah ckit

    8. shazz kata:

      ape tggu lagi,sama cantik,sama padan, lekas2 kahwin….

    9. mahida kata:

      bila bcinta tak nak ngaku.konon sb takut tk jd.tp bla da putus ngaku plak.benda tak baik plak nak ngaku.tu la artis skang.tp pe2 pun hal fahrin nagn linda ni da naik bosan.tk kisah bcinta ke tak.ksimpulannyer brita sal dorng ni brita tk laku

    10. muchachita kata:

      hal bercinta pon patot d hebohkan..?
      xpaham la..
      asal public figure je..
      setiap celah hal nk tau.

    11. pemerhati kata:

      tak habis2 dengan gosip mengada….dia tu artis biaser2 ajer..mengalahkann artis yg berbakat….benciiiiiiiii

    12. miros kata:

      puaka tebing biru?aku x tgk citer mlayu.sure x best

    13. YoNg kata:

      FAHRIN AHMAD DAN LONDA ONN..i mmg minat dieorg,dieorg mmg baik sgt2 n xpenah sombong.fahrin jrang tggalkn solat if die g hangout wif linda or ngan sape2 pn.coz i knl die,n die mmg baik.linda pule sorg yg ceria n kekdg je tegas,walupn u all slalu or kekdglah mngata psangan ni,bg i dieorglh pling best n sgt2 sweet.if u all also nk tau,linda family sumenye aik2 n peramah.sista linda iaitu intan onn also baik n pemurah.bout fahrin family i xbrape rapat,so diz mykomen.moge2 2han akan merahmati n memberi lebih rezeki kpd psangan ini,n smoge mymom chicken rice akan lebih maju di masa hadapan..amiiiiinnnnnnnnnnnnn…..

    14. anastasia kata:

      ngada-ngada pun yer linda onn tu, control ayu jerk…

    15. alyia farah natasyah kata:

      i rasa xx sesuai laaa

    16. KOS-mopolitan kata:

      Ngaku jer la kalau betol. Teman apa kalau ke majlis sini sana pakaian sedondon? Ingat peminat semua bodoh ker? Kalau mereka hanya teman jer…means si Fahrin tu Gay…sebab hanya dgn gay jer pompuan boleh rasa selesa dan selamat ke sana sini dan berkawan rapat. Mcm ni lah…kalau Linda dan fahrin masih nafikan, tapi satu hari mereka kawen…kami peminat dah X trust lagi dgn mereka berdua ni…boleh kata penipu besar.

    17. reyna kata:

      la…x best r dorg tu bertunang…

    18. eLa nOme kata:

      dah nak bertunang ker?
      rasanya macam baru semalam je diorang nafikan yang diorang tu bercinta.
      dunia nak kiamat..
      cepat2 la kawin..
      elak daripada mainan nafsu syaitan..

    19. BEDAHGEBU kata:

      KAK BEDAH X CAYA LAH YG MEREKA NAK TUNANG, NI MESTI RUMOUR JER…KAN LINDA DAH KATA YG DIA HANYA TEMAN JER DGN FAHRIN.

    20. lela kata:

      kalo betul la diorg nk btunang sy no hal…..sy ske tngk diorg sepadan mcm pinang dibelah 2……hehe nti cpt sy mkn nasi minyak diorg kn…semga bhgia……

    21. ain_nia kata:

      ish… depa 2 org asik main tepuk amai2 jer.. jgn la p tanya ttg hubungan depa ni… sama jer jawapannya… letih… biar la depa nk kawen ker aper ker…

      p/s semoga semua bahagia

    22. babysae kata:

      nak jadi mcm siti kut…sume nyer biarlah rahsia…
      tapi jgn ending mcm erra plak…
      gud luck guys

    23. qistina kata:

      nantak kome la…

    24. Unnamed kata:

      ye ke dorang nak tunang?x betul tu…

    25. phatsister kata:

      Memang dah bertunang pon! Tak yah berdolak dalik benda baik ni, buat org naik meluat je. (sumber terdekat sebelah Fahrin…. he… he..)

    26. phatsister kata:

      Apa2 pon I doakan bahagia sampai ke tua, jgn separuh jln je.

    27. manje kata:

      linda onn??aku rs xcntk la..muke cam org baru bangun tdo..wakaka..fahrin ahmad 2 dh la nsem,aku lagi suke klu diorang 2 btol2 xb’cnta..tp aku meluat la media asyik tnya kt diorang jer..suke la linda onn 2 dpt publisiti LELONG..tp btol ker diorang dh tunang..aku xske linda 2.xsesuai lgsg..muke pn nmpk tua..

    28. lady_carlorino kata:

      Ha! ha! ha! memang tak lawa pun si linda ni… that’s why dia pantang kalau org ambik gambar dia time dia tak pakai mekap!!!

    29. obefiend kata:

      emm.. aku ambik gamba ngan dia n fahrin at one utama last year. she hardly wore make up. she seems fine with it. i think she is pretty laid back. cool even!

      i think people are making up stories and painting her as an ass wipe for no reason

    30. miah kata:

      ala…..kalau da bercinta tu ngaku je la.tak de nya yg jeles..sapelah fahrin n linda on 2…dorang 2tak pandai nak on2 ka.?

    31. gag kata:

      manje ko rase ko tu cantik sgt ker???
      setahu aku kak linda lagi xmhu dtnyer bnder2 yang xbtl..
      ko org nie psl mengutuk no1..
      tpi per risau kak linda org yang mengutuk kak linda akan berbaris paling dpn dpn pintu neraka…
      hahahahha

    32. Che Fatin Bt Che Alias kata:

      gag…asal r awak kte Linda akn berbaris ke dpn pintu neraka??x baik tau…sekiranya r kan awak ada di dpn pintu neraka…X tau r nak cakap per..

    33. puteri sulung kata:

      cakap kebenaraan je…………………… jangan menipu …………………….. ingat anda di lihat dari atas 2………….. jngan nakal k ………semoga bahagia

    34. leez90 kata:

      Linda…….tin tin pom pom jaga jaga….

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK