in ,

Gambar Suami Linda Onn

Pada 27 Disember 2013, penyampai radio Suria FM Linda Onn, 36 sah bergelar isteri Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan. Majlis nikah pasangan ini diadakan di majlis tertutup sekitar jam 5.45 petang di Masjid Bukit Indah, Ampang Selangor dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara dan teman rapat pasangan itu. Menurut sumber, Ungku Azhar merupakan seorang atlit professional dan pengusaha syarikat sukan air di Johor Bahru. Kacak juga orangnya. Macam ada darah kacukan Arab sikit.

Baru-baru ini, semasa majlis anjuran Suria FM, Budiey ada dipelawa untuk menghadiri Majlis Resepsi Linda Onn dan suaminya. Syukurlah, masih ada peluang untuk buat liveupdate dan merakam video majlis ini secara eksklusif.

Gambar Suami Linda Onn

Walaupun tidak dijemput ke majlis nikah, ramai media yang sanggup tunggu untuk menemubual Linda Onn dan suami di luar rumah. Namun permintaan mereka tidak dilayan. Budiey dengar, ramai media yang sangat sentap dan ada yang mahu memboikot Linda Onn gara-gara dilayan sebegitu rupa. Pihak media juga diminta menghormati permintaan Linda yang tidak membenarkan wartawan dan jurugambar hadir ke majlis pernikahannya. Linda hanya memuat naik beberapa keping gambar pra-majlis nikah di laman Instagram peribadinya.

Tidak lama selepas majlis akad nikah berlangsung, Linda mengumumkan yang dia sudah sah bergelar isteri di laman Facebooknya. Linda turut memohon maaf kepada teman-teman dan rakan media kerana tidak mendapat jemputan ke majlisnya.

Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlindah Onn itu mula berkenalan dengan Ungku Azhar sejak awal 2013. Pasangan itu dikatakan sudah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama di Johor Bahru tahun lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis & Trailer Filem KAMI HISTERIA

Lee Minho Bakal Dipamerkan di Madame Tussauds Hong Kong