in , , ,

Poster Drama Emil Emilda & Gambar Aaron Aziz, Bakal Ditayangkan di TV3

Ramai yang mengatakan drama Emil Emilda sebijik macam soap opera Betty La Fea atau drama Manjalara di TV3. Usah dibandingkan dengan mana-mana drama. Emil Emilda menjanjikan kelainannya.

Yang penting, tonton dulu sampai habis sebelum membuat andaian yang bukan-bukan. Memang benar, watak utama lakonan Sharifah Amani ditransformasi secara mendadak dari segi rupa paras kepada penampilan yang lebih cantik. Namun, Emil Emilda bukan cetak rompak dari mana-mana drama yang berskala begitu.

493423257 13E846A187 O | 4

Biasanya penonton teruja untuk melihat transformasi itu dilakukan. Dari buruk kepada cantik, dari tiada personaliti kepada aura selebriti, dari no body kepada somebody. Antara lakonan yang memberangsangkan bagi saya sudah tentu pelakon utamanya, Nani dan Aaron Aziz.

Tercari juga, kalau-kalau ada gambar Aaron Aziz untuk diletakkan di sini. Nanti Budiey akan mintak dengan Isma Yusoof yang juga berlakon dalam Emil Emilda. Lakonan Isma ada karakter yang ala-ala sikit.

Rasanya tiada cabaran sangat untuk Isma. Oh ya! Jangan lupa profile dan biodata Aaron Aziz akan menyusul nanti!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Airpods Max | 25

Lirik Lagu Demam – Candy AF5

Hiasan Trending Viral | 26

Gambar Perkahwinan Diraja Zara Salim Davidson