in , ,

Soalan Pembaca: Mengapa Guna Bahasa Melayu Skema?

Soalan daripada pembaca: Bahasa dalam blog ko tu macam ayat Utusan Malaysia lah… skema betul. Kenapa ah?

Jawapan: Saya akui bahasa yang saya gunakan dalam blog saya memang skema dan menggunakan bahasa Malaysia. Itu saya tidak nafikan. Seawal dari blog pertama saya lagi iaitu di http://budiey.blogdrive.com saya memang tidak malu dan tidak segan dicop sebagai penulis yang skema.

Saya rasa tidak salah menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam penulisan di blog, menggunakan perkataan dan istilah yang betul ada sedikit pro dan kontranya, itu saya tahu. Ramai pembaca akan bosan dengan cara ini kerana mereka mahu ayat yang santai seolah-olah ayat perbualan harian.

Saya tidak malu untuk menggunakan bahasa ibunda saya kerana saya fikir, bahasa adalah melambang bangsa. Sebagai sebahagian daripada entiti penulis blog berbahasa Melayu saya cuba sedaya upaya untuk mengangkat martabat Bahasa Kebangsaan.

Kalau boleh, saya mahu mengelakkan daripada mengamalkan bahasa rojak atau loghat slanga dalam penulisan saya. Pada saya ini akan menyebabkan satu pencemaran bahasa. Diharap pembaca yang lain juga akan faham, ini adalah cara saya menulis dan sepatutnya anda menerima cara dan gaya saya seadanya.

Saya banyak menerima komen dari anda semua dan saya amat menghargai komen anda itu. Pastinya, ada sebab saya tidak banyak menggunakan bahasa pasar, bahasa slanga atau sebagainya yang kalian sebut dalam email. Itu pendirian saya.

Walau bagaimana pun, saya akan cuba menggunakan perkataan yang anda suka baca seperti istilah ‘meletops u ols’, mrasa, merembes dan sebagainya. Sila baca entri ini dan ini. Diharap dengan penjelasan ini, anda semua akan faham tentang pendirian Budiey. Sekian terima kasih.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Fahrin Ahmad & Linda Onn Bertunang?

Konsert Akhir Gangstarz TV3: Flava, The Lima, Infinatez, Mendua?