EKSKLUSIF: Sekitar Pengambaran Filem Jangan Tegur Arahan Pierre Andre
Selesai sahaja Majlis Hi Tea MACP di Restoran Sri Putri, Budiey dan rakan-rakan bergegas pula ke lokasi pengambaran Filem Jangan Tegur. Sebenarnya, dah lama Budiey berniat untuk menjenguk dan ‘mengacau’ Pierre Andre; anak jantan kepada Khatijah Tan ni mengarah filem seram pertamanya. Tapi asyik bertangguh je. Dan hari ini, nampaknya niat Budiey kesampaian setelah mendapat persetujuan dari Pihak Metrowealth. Terima kasih Zubir & Azahari!

Sekitar jam 5 petang tadi (9 April 2008), Budiey selamat menjejakkan kaki di lokasi shooting filem lakonan Julia Ziegler ini di sebuah banglo misteri empat tingkat di Kampung Batu, Batu Caves. Mesti mahal sewa rumah ni sebab memang agak besar dan mewah jugakla kan.
Hari ini diorang cuma buat 3 scene sahaja kat sini. Sebenarnya, mengikut jadual 3 scene itu dah lama siap tetapi pengambaran terpaksa dibuat semula untuk menggantikan filem yang scratch.
Semasa Budiey sampai di tingkat 2, di mana shooting untuk scene Julia Ziegler tengah asyik tidur dan kemudian diganggu oleh hantu. Masa tu, Budiey tak berani nak masuk dalam bilik tidur Julia. Sebaliknya, Budiey hanya menonton scene itu di TV kecil atau monitor yang disediakan di luar bilik.
Tak banyak pengulangan dibuat. Buat dua tiga kali, semua dah settle. Mungkin Pierre Andre dah berpuas hati dengan hasil lakonan Julia yang terpaksa berguling dan berpusing kiri dan kanan di atas katil. Tetapi penggunaan lampu memang sangat minima. Lagi gelap lagi seram, kan?
Kemudian, ada scene di mana tangan mayat hidup tu pergi sentuh tangan Julia Ziegler. Untuk scene ini, pelakon tambahan diperlukan untuk menggunakan tangan sebagai tangan mayat. Senang je, diorang ni ambik adik kepada krew je. Tetapi guna tangan pun berbayar beb. Walaupun muka tak keluar skrin! Hanya tangan sahaja. Mudahnya berlakon. Siap tangan tu disolek dan disapu bedak sikit.
Budiey sempat la jugak borak-borak dengan Pierre Andre. Katanya, pengambaran dah selesai dalam 85%. Pengambaran filem arahan ketiga Pierre ini akan dijangka habis pada 13 April ini. Ternyata, pengarah muda ini begitu teruja dengan hasil dan komitmen semua produksi yang sentiasa bekerjasama. Dalam pada sibuk pun, senyap-senyap Pierre ada buat skrip baru untuk filemnya yang akan datang. Wah! Memang proaktif betul si Pierre ni kan.
Antara babak yang paling susah untuk dibuat dan diarah oleh Pierre ialah babak di mana Julia kena rasuk.
Sambil borak, Pierre ada tunjuk kat Budiey beberapa babak menarik sepanjang pengambaran. Termasuklah scene untuk Julia Ziegler kena rasuk. Huhu! Memang menyeriau bulu romaku tatkala melihat gerakan badan dan wajah Julia yang disolek itu sedang dirasuk. Siap ada keluar ayat-ayat dalam bahasa Arab lagi tu. Huhu, hantu arab manalah yang rasuk Julia ni, Budiey pun tak tahu. Korang kena tunggu lah filem Jangan Tegur yang dijangka akan keluar di pawagam pada awal Januari tahun 2009.

SKRIP JANGAN TEGUR HASIL CIPLAK?
Budiey ada dengar khabar, ada seorang pelajar Aswara telah mendakwa skrip Jangan Tegur hasil tulisannya diciplak dan diimprovise untuk filem Jangan Tegur. Khabarnya, penulis muda ini telah menyerahkan skrip kepada penerbit Ahmad Idham tetapi sampai sekarang tiada khabar berita. Tup tup keluar filem Jangan Tegur dan pada Budiey, mungkin ini secara kebetulan sahaja kerana menggunakan tajuk yang sama adalah sesuatu yang tidak mustahil akan berlaku. Istilah Jangan Tegur pun sudah lama digunakan oleh orang kita. Bukan perkataan asing dalam masyarakat orang Melayu.
Sejauh mana kebenaran isu panas dan kontroversi ini, kami sedang siasat untuk bertanyakan kedua belah pihak. Pada hari ini, kami tak dapat temubual Pierre dengan isu panas ini takut nanti hilang tumpuan dia mengarah. Masa tak sesuai. Kita pilih hari lain yang lebih sesuai untuk bertanya dengan Pierre. Tetapi mengikut pembantu Pierre, skrip Jangan Tegur mulai dibuat ketika Pierre di Filipina beberapa tahun yang lalu.

Huhu, lepas scene atas katil, Julia pun keluar dari kamar dan menyambut kehadiran kami dengan senyum ramahnya. Walaupun nampak muka Julia sangatlah letih tetapi dia masih lagi sempat melayan pertanyaan kami. Macam-macamlah kami tanya. Julia memang lah, sepanjang Budiey kenal dia, Julia seorang yang ramah dan senang diajak berbual.
Haha, baru Budiey tahu rupa-rupanya Julia Ziegler belajar di sekolah dan pernah sekelas dengan Pierre Andre ketika di sekolah rendah.
Julia juga mengatakan Filem Jangan Tegur ni ada sedikit kena mengena dengan dirinya. Dalam filem Jangan Tegur, Julia memegang watak seorang gadis bernama Natasya yang sebenarnya mempunyai persamaan dengan dirinya. Natasya mengalami koma selepas terjebak dalam satu kemalangan jalan raya. Begitu juga dengan diri Julia di mana beliau pernah koma selama lapan jam selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya sekitar 21 November 2006.
Selepas selesai, produksi semua pack semula barang-barang untuk ke lokasi lain pula. Pada malam ini ada pengambaran untuk scene pelanggaran di jalan raya, scene hantu keluar merasuk dan khabarnya satu kren digunakan untuk scene ngeri itu.
Malangnya, Budiey tidak dapat mengikut mereka kerana terpaksa ke The Garden Mid Valley untuk membuat liputan bagi acara pertunjukan fesyen M-IFW – Sneak Preview of Malaysia-International Fashion Week 2008 yang berlangsung jam 8 malam. Ramai selebriti yang tampil dengan rekaan pereka handalan Malaysia di sana.
Tunggu gambar dan cerita menarik MIFA di entri seterusnya.
[tags]shooting, gilem, giler, watak, pierre andre, julia ziegler sexy, mifa, gambar fesyen mifa, scene sex, mandi, tiduran, tup, sneak preview, IFPI Erases, Evidence, Fascist Roots, Phonographic Industry, Strategy for Building, Niche, Focused, Blog Networks[/tags]

Tags: Blog
Tags: Blog, Blog Networks, Evidence, Fascist Roots, Focused, gambar fesyen mifa, gilem, giler, IFPI Erases, julia ziegler sexy, mandi, mifa, Niche, Phonographic Industry, pierre andre, scene sex, shooting, sneak preview, Strategy for Building, tiduran, tup, watakClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 10th, 2008 at 9:21 pm
FIRST PEREZ!
eh.. wrong site!!
April 11th, 2008 at 6:54 am
Syabas! Pierre Andre, Lahir lagi satu anak muda yg bakal mengegarkan industri filem kita, Kirim Salam pada Mak ye…….. Saya suka sangat tengok drama dan filem lakonan hebat Mak Khadijah Tan. Muuaah…
April 11th, 2008 at 12:44 pm
Tiada apa yang perlu diperkatakan, saya hanya mampu melihat realiti yang berlaku dan perlu akur kepada pencipta bahawa sememagnya apa yang berlaku bukan lagi fantasi atau mimpi…
February 16th, 2009 at 12:40 pm
Cian Kak Julia…Nak tido ek?Itulah lumrah seorang pelakon popular.Apa pon,gud luck.
April 4th, 2009 at 2:32 pm
ska cra pierre andre n idea dye yg best!
April 8th, 2009 at 7:42 pm
x sabar nye nak tgk cite jgn tego…huhuhuhu,,,
cam ceram jer…..
April 8th, 2009 at 7:44 pm
cant wait 4 2morrow to watch this movie…
mcm seram dr jgn pandang blakang jer
April 10th, 2009 at 11:42 am
aku x sabar nak tontoni felem ini wooo. hope mcm jgn pandang belakang la k.
April 10th, 2009 at 11:28 pm
Bila dh jadi tekenal jagan lupe…spon air teh tarik….. pon boleh~~
April 12th, 2009 at 6:13 pm
filem nie best sgt
April 16th, 2009 at 2:12 pm
wah…sungguh menyeramkan filem ni!!!!!!!!!…………………..
mula2 pegi penuh dgn kejantanan,bila start crita kecut wooooooooo……………………………..
May 6th, 2009 at 7:09 pm
wahai produksi jangan tegur. kalau dah pinjam artwork orang untuk buat prop tu, pandai pandai la pulangkan. dah dekat setahun kornag pinjam artwork aku. khabar berita pun takde. berwibawa la sikit encik olynn.
May 9th, 2009 at 3:57 pm
M.F kencana, awk kan student ASWARA yang budiey nyatakan ituw??
sy ade bc blog awk….sabar lah yer….bukan senang nk panjat gunung utk sampai ke puncak. Apapun, sy doakan awk sukses ngn novel baru awk tuh n mb awk leh wat skrip lain yg lg best dr Pieree Andea. Chaiyookkk2!