in

Filem Jangan Tegur Lakonan Julia Ziegler

Sebuah lagi filem seram akan diarahkan oleh Pierre Andre! Wah! memang prolifik dan aktif betul anak lelaki kepada pelakon Khatijah Tan ni. Khabarnya, filem yang akan memulakan pengambaran pada bulan Mac ini diterbitkan oleh Metrowealth. Hai, macam dah sinonim antara Pierre Andre dan Metrowealth.

Pelakon utama filem ini adalah Julia Ziegler. Di dalam filem ini, Julia Ziegler khabarnya mahu membuktikan bahawa dia boleh berlakon filem hantu di mana tidak mahu menggunakan make up yang banyak. Kalau sebelum ini, ramai yang cakap si Julia Ziegler ni sentiasa maintain ayu dalam filem, mahu make up tebal-tebal dan sangat cerewet… kali ini, Julia mahu menepis dakwaan tersebut.

Filem Jangan Tegur menceritakan tentang seorang gadis yang dirasuk oleh makhluk halus dan bakal ditayangkan pada awal tahun 2009.

Budiey: Alahai, macam dah jadi trend dah sekarang ni banyak filem menggunakan tajuk JANGAN…

[tags]filem jangan tegur, julia ziegler blog, pierre andre cinta fasha, make up tebal, how to revamp, personality, fasha cerewet, gossip fahsa ungu, malay hot girl, sensaoil, advertorial, ayuzip virgin lotion, welovecelebs.com, ulasan filem jangan tegur, pierre andre gossip [/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Finalis Anugerah Planet Muzik 2008

Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah