Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Drama Merah Putih Lakonan Zahiril Adzim dan Ellyas Abdullah

Kalau anda penonton yang kerap menonton hasil kerja Radius One, terutamanya hasil kerja Shahrulezad Mohameddin; pasti menyedari barisan pelakon yang ditampilkan biasanya muka-muka yang sama sehingga sesetengahnya dilabel sebagai sinonim dengan Radius One.

Ada juga yang menggelar mereka sebagai artis residen Radius One walaupun secara formalnya, Radius One masih dalam perancangan untuk mengumpulkan barisan pelakon yang akan dididik dan bernaung di bawah pentadbiran agensi Radius One Sdn Bhd. Barisan pelakon yang digelar artis residen Radius One ini juga sesetengahnya mendapat perhatian dunia seni melalui penampilan di dalam drama-drama Radius One.

Isma Yusoof mula berlakon untuk Radius One melalui telemovie Sutun 2. Dia memegang watak Fitri, lelaki lembut yang berasal dari Kelantan. Disebabkan watak tersebut sangat mencabar, tabu dan memikat hati penonton, watak Fitri hampir membayangi watak utama Adek. Ini bermakna dia berjaya membawakan watak tersebut dengan berkesan.

Dari situ Isma Yusoof mula dikenali ramai terutamanya apabila Radius One sekali lagi menampilkan Isma Yusoof memegang watak Mac, seorang mekap artis di bawah satu syarikat penyiaran terkemuka milik Emil dalam Emil Emilda. Emil Emilda merupakan satu lagi drama yang menaikkan nama Radius One apabila drama ringan ini dengan mudah mendapat tempat di hati penonton. Kemudian, Isma Yusoof tampil lagi dalam telemovie raya, Abang, Mak Panggil Balik. Seterusnya, Isma tampil pula dalam Kerana Cintaku Saerah, Sindarela, dan Rona Roni Makaroni. Ketiga-tiga drama bersiri ini betul-betul menaikkan nama Isma Yusoof di persada seni diatas keberkesanan lakonannya. Isma juga kembali sebagai Fitri melalui Sutun versi drama bersiri, Sutun Kembali Lagi.

Seorang lagi pelakon yang sedang mendapat perhatian dunia seni dan karier lakonannya tercetus dengan memberansangkan melalui drama Radius One adalah Wan Sharmila. Wan Sharmila juga mula berlakon dengan Radius One melalui telemovie Sutun 2. Dari situ perjalanan karier Wan Sharmila bersama Radius One adalah selari dengan Isma Yusoof. Kerana Wan Sharmila tampil dalam hampir setiap drama terbitan Radius One yang melibatkan Isma Yusoof kecuali Kerana Cintaku Saerah dan Abang, Mak Panggil Balik. Wan Sharmila juga mendapat gelaran tidak formal sebagai artis residen Radius One.

Pelakon lain yang kerap muncul dalam hasil produksi Radius One adalah seperti Sharifah Amani, Bront Palarae, Noor Khiriah, Ku Yusri (Adek), Nadia Aqilah (Luscious), dan Noryati Taib (atau lebih dikenali sebagai Makcik Mary). Pelakon-pelakon ini kerap muncul dalam produksi Radius One kerana dikatakan keserasian yang wujud diantara pelakon-pelakon ini, kru-kru produksi, penerbit dan pengarah. Shahrulezad menulis skrip kebanyakannya adalah berdasarkan karakter pelakon-pelakon tersebut yang dikenalinya.   

Drama terbaru Radius One, Merah Puteh menampilkan barisan pelakon-pelakon yang belum pernah muncul dalam mana-mana produksi Radius One seperti Zahiril Adzim dan Ellyas Abdullah yang membarisi senarai pelakon utama dalam Merah Puteh. Masing-masing memegang watak dalam tajuk, Zahiril Adzim sebagai Merah dan Ellyas Abdullah sebagai Puteh.

Zahiril Adzim mula mendapat tempat di dalam industri melalui drama bersiri Kami yang kemudiannya menjadi versi layar perak. Manakala Ellyas Abdullah pula pernah popular melalui drama bersiri Dunia Baru, yang juga menjadi versi layar perak kemudiannya. Apabila ditanya perasaan mereka apabila ditawarkan berlakon di dalam drama terbitan Radius One, masing-masing meluahkan perasaan gembira dan terharu kerana berpeluang bekerja di bawah produksi yang banyak menghasilkan drama yang berkualiti. Mereka sedar penonton menanti-nantikan drama terbitan Radius One.

Pelakon lain yang tersenarai dalam barisan pelakon-pelakon utama Merah Puteh yang tidak pernah bekerja dengan Radius One adalah Ainul Aishah, Noris Ali, Sharuddin Thamby dan Redzuan Hashim.

Dira Abu Zahar dan Hairul Azreen pula diperhatikan bakal menjadi wajah Radius One apabila selepas mereka berjaya membawakan peranan masing-masing dalam Rona Roni Makaroni, mereka dipanggil lagi untuk memegang watak di dalam barisan utama pelakon-pelakon Merah Puteh. Dira pernah membawakan watak Gia dan Hairul Azreen pula pernah membawakan watak Boy di dalam Rona Roni Makaroni yang baru tamat siarannya hampir sebulan lepas. Dalam Merah Puteh, Dira akan memegang watak Anggun, gadis yang tersepit di antara cinta adik beradik Merah dan Puteh. Manakala Hairul Azreen pula akan memegang watak Beego.

Merah Puteh turut mengekalkan beberapa wajah Radius One seperti Wan Sharmila yang memegang watak sinikal, Iman di samping Tania Zainal dan Nadia Aqilah. Menariknya, walaupun Isma Yusoof tidak tersenarai dalam barisan pelakon utama Merah Puteh, tetapi kali ini beliau tampil belakang tabir untuk mengarah Merah Puteh di samping co-pengarah, Megat Sharizal. Walaupun Isma pernah terlibat membantu mengarah beberapa scene dan episod dalam Sutun Kembali Lagi, tetapi Merah Puteh boleh dikatakan anak sulung hasil pengarahan Isma Yusoof bersama Megat Sharizal.

Harapan kami, Merah Puteh akan mempunyai karisma tersendiri seperti produksi-produksi Radius One sebelum ini yang pernah mendapat sentuhan Shahrulezad Mohameddin. Dimaklumkan bahawa Shahrulezad pula sedang sibuk dengan penggambaran telemovie Intan Sayang Manja (bukan produksi Radius One) dan pra-produksi Tari Tirana yang akan memulakan penggambarannya tengah bulan Mei 2009.

Bulan Mei ini menyaksikan dua produksi Radius One akan memulakan penggambaran serentak iaitu Tari Tirana dan Cinta Balkish. Cinta Balkish akan diarahkan oleh Haikal, pengarah drama bersiri Mr Mama yang pernah ditayangkan pada tahun 2008 yang lepas. [sumber]

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Kisah Lagenda Bawang Merah Bawang Puteh Versi Lelaki Dalam Merah Putih
  • Montage Drama Merah Putih Lagu KAU AKU Nyayian Aizat
  • Filem KARAOKE Menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary
  • Zahiril Adzim Dan Nas T Berlakon Drama Bersiri Waris
  • Pelakon drama Bawang Putih, Bawang Merah, Nia Ramadhani Jatuh Sakit
  • Teaser Drama Merah Puteh
  • Gambar Kartini Pengacara 3R Musim Terbaru di Anugerah Skrin 2007
  • Drama Ceplos Lakonan Kazaruddin Saisi, Syarifah Shahirah, Norliza Abdullah TV9
  • Isma Yusoof Jadi Pengarah Drama Merah Putih Slot Lagenda TV3
  • Gambar Terbaru Dato’ Siti Nurhaliza @ Majlis Penyampaian ABP2007



  • 5 Komen untuk entri “Drama Merah Putih Lakonan Zahiril Adzim dan Ellyas Abdullah”

    1. bini orang kata:

      tak sabar nak tgk citer radius one ni…pas habis drama julia juli kot

    2. mira kata:

      mesti best coz pemilihan watak yg sgt sesuai trhadap pelakon sperti ellyas abdullah yg memegang watak sbgi puteh.

    3. munjer kata:

      zahiril nampak macho…ske cite nie…hihi

    4. nurizzah kata:

      zhiril tu sebernarnya ialah putih tapi lain hari-hari pula merah dengan putih putus adik beradik.

    5. nona kata:

      sy tak dapat tengok cerita ni secara keseluruhan.. so sy tak tau nak komen apa.. tp bagi sy, kalau zahiril adzim yg berlakon dlm drama ni, tentu best..

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!