Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Drama Ku Milikmu Lakonan Adzriefaiz dan Eira Syazira



Slot Lestary bakal menceriakan para penonton TV3 dengan hidangan drama bersiri terbaru berjudul Ku Milikmu bermula 5 Ogos 2008, setiap hari Selasa, jam 9.00 malam. Ku Milikmu ni macam pernah dengar la… ooo baru Budiey ingat, takke tajuk lagu Siti Nurhaliza kan? Khabarnya, satu majlis ramah mesra akan diadakan bersama para pelakonnya iaitu Eira Syazira, Farahdhiya, Zizan Nin, Adzriefaiz, Capt. Md Nor, Liza Othman, Norseha, Khaty Fauziah dan Buzen untuk memberi ruang kepada pihak media beramah mesra dan mengetahui lebih lanjut mengenai drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini. 

Sinopsis Ku Milikmu

Ku Milikmu mengisahkan Iqbal dan Suraya yang telah menjalinkan percintaan selama dua tahun melalui internet. Iqbal mengenali Suraya sebagai Kirana kerana Suraya menggunakan nama samaran sebagai Kirana di dalam internet. Suraya merupakan anak Malaysia dan dibesarkan di luar Negara. Suraya membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia dan bertemu buat pertama kalinya dengan Iqbal. Namun, ketika di lapangan terbang Suraya terfikir untuk menguji kejujuran Iqbal dengan menyuruh pembantunya yang bernama Kirana untuk menggantikan tempatnya.

[tags]drama kumilikmu, lagu siti nurhaliza, Eira Syazira, Farahdhiya, Zizan Nin, Adzriefaiz, Capt. Md Nor, Liza Othman, Norseha, Khaty Fauziah, Buzen, lirik blog, utusan malaysia[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Seksi Pelakon Ku Milikmu Eira Syazira Berkemban
  • Gambar Pre Wedding Eira Syazira & Azad Jazmin
  • Gambar Eira Syazira dan Esma Danial Kahwin?
  • Sekitar Pelancaran Drama Ku Milikmu di La Maison Hotel May Tower
  • EKSKLUSIF: Eira Syazira & Azad Jazmin Nikah 16 September Ini
  • Drama Cinta Untuk Ain Ganti Drama Ku Milikmu di TV3
  • Fizo Omar dalam Drama Jersi 9
  • Gambar Afzriefaiz di Sesi Ramah Mesra Pelakon Dram Ku Milikmu
  • Eira Syazira dan Azad Jasmin Bercinta Dalam Anak Mami Mek Ani
  • Drama Syurgamu Ramadan



  • 26 Komen untuk entri “Drama Ku Milikmu Lakonan Adzriefaiz dan Eira Syazira”

    1. Honeybee kata:

      Dgar2 .. lirik lgu ni n Prcayalah (sblum Biarlah Rahsia) mmg Ct dh dtuju kt DK sblum press dpt tau psl relation diaorg, tul ke?

    2. eyda kata:

      hai…sy nak tau ape tjuk lagu tma ku milikmu ek?best lagu 2…

    3. ayranne kata:

      minat gila ngan slot sensasi tv3 iaitu kumilikmu..tp memandangkan aku kerja tdk dptlh tgk…
      diharap pihak tv3 menerbitkan slot ini ke dalam cd,seperti drama susuk yg mempunyai versi box,full episode…
      nak kumpul semua siri tv3..
      aku ne memang peminat setia tv3…
      diharap ada versi box nya k…

    4. junny kata:

      gambar 2 best…eira 2 cute

    5. IJA kata:

      EEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! GEDIK LA SI FARADHIA 2…..MENYAMPAH BETUL AKU TENGOK LAKONAN DIA!!!!!

    6. IJA kata:

      macam lakonan eira 2 ok la….sebab saya suka lakonan dia…eira good luck!!!!!!!!!!!!!!!!!

    7. Tabuan kata:

      Honeybee >>> Aiseyman honey.. u mcm tak tau pulak..
      Biasalah lagu2 tu kan ada kena mengena dgn diri dia terutama skali lagu,senikata yg dicipta oleh dia…. ;-)

      Ku tengah menunggu dia cipta lagu yg bertajuk
      Hidup Ku Dalam Penafian :-)

    8. ummie cute kata:

      Tabuan…ko pun cipta la satu lagu kat Atuk..kan ko kate nak ngurat Atuk..jd sblom Atuk tinggal kan nenek..sekurang-kurangnye ade gak kenangan cinta petama ko n Atuk..then bila dah kawen..lg byk lagu ko cipta kat Atuk..lg mekar la bunga2 cinta ko n Atuk..aku tumpang bahagia..hehehehe ;D

    9. Tabuan kata:

      Ummie >>> Boleh sangat sangat…
      Akan ku cipta sebuah lagu khas utk atuk berjudul
      Cinta Ku Di Atas Wang Kertas..

      Aku nak tambahkan harta ku yg sudah sedia ada atas usaha ku sendiri.
      :-)

    10. kittie kata:

      ermm…..sape tau…ku milikmu ni episod die ade bape?pls…tlg arr bgtau…

    11. trilavier kata:

      26 episod… iqbal kawen ngan kirana (farahdiya)

    12. Kyra kata:

      Laa…iqbal kawin ngn kirana gak kew..?
      aq ingt dia balek smula kt anisa..=(
      abis tu anisa ngn johari la ek..
      aq lbh ske klu iqbal ngn anisa akhir nyew..ishk

    13. kila2801 kata:

      nape ye kadang2 citer mlayu nie memboringkan?????kila tak tengok citer ney dr mule la…….ley citer kat kila

    14. fieda kata:

      x best aarrr… cite ni hbs kl iqbal kahwin dgn kirana…

    15. sarah kata:

      …cerita u milikmu, lebih seronok kalau iqbal kahwin dengan anisa. Sekurang-kurangnya ada la teladan, jangan sombong mcm kirana.

    16. shah kata:

      best sgt2 ku milikmu.lagi2 lakonan eira.gud luck eira

    17. xxredgurlzxx kata:

      la..upsal lak ending jadi lgu 2…ishh…..tak best nyer!!!!

    18. ellisya kata:

      drama “Ku Milikmu” ni berapa episod ekkk????

      x sabar nk tunggu ending citer ni..hehehe

    19. lia kata:

      anisa kawen ngan johari la… bukan ke johari kekasih anisa sejak kecil lg… tu yg jd tajuk kau milikku

    20. fadhil kata:

      cerita menarik tp boring….

    21. has kata:

      yey..!!! Last sekali..anisa kawin dgn iqbal la….semalam last episode…

    22. has kata:

      johari macam mana plak yer..???

    23. hafizah kata:

      faradhiya seksi sangat

    24. hidayah kata:

      best lah drama ku milikmu..ada yang kedua x??

    25. miss x kata:

      best lakonan eira syazira kan???

    26. sharifah rosni kata:

      sy terlepas episod terakhir drama ku milikmu di sebabkan kerja overtime…cari punyer cari dlm you tube pun tak ader, dlm tv3 pun tak ader….Jadi sy nak mintak tlg kepada sesiapa yg ingin membantu, macam maner sy nak tgk episode akhir cerita ku milikmu ini melalui internet????

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK