in ,

Drama Khas Hari Guru di TV2

Tontanan Khas Hari Guru Di TV2

Sebagai penghargaan kepada golongan pendidik yang diraikan setiap tahun tanggal 16 Mei, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadiahkan tayangan dua program menarik yang mengangkat jasa dan pengorbanan seorang guru untuk dihayati bersama.

Saksikan telemovie bertajuk Cempaka Dahlia, jam 10.00 pagi lakonan Darling Ngasri, Kenchana Dewi dan Maimon Talib kemudian diikuti drama Inggeris, Beyond The Blackboard, jam 2.00 petang yang berkongsi plot menarik oleh Emily VanCamp, Steve Talley dan Timothy Busfield. Kedua-dua rancangan ini disiarkan pada 19 Mei 2012 menerusi saluran TV2.

Babak dalam Cempaka Dahlia

Kisah Cempaka Dahlia bermula apabila suatu hari Puan Laila telah memanggil semua guru di sekolah bagi membincangkan prestasi kelas 6 Cempaka dan 6 Dahlia, dua kelas paling corot dan bermasalah. Kenakalan pelajar-pelajar terbabit membuatkan tiada seorang guru pun yang bertahan meneraju kelas tersebut. Guru-guru yang silih berganti itu membuatkan Kelas 6 Cempaka dan 6 Dahlia tambah bermasalah.

Guru Besar akhirnya mengambil inisiatif lain dengan menawarkan pingat “Guru Cemerlang” buat tahun itu adalah berdasarkan mereka yang dapat mengubah salah satu dari kelas C dan kelas D itu.

Lantaran itu, Cikgu Remy dan Cikgu Suzi telah berbincang dan mereka akhirnya bersepakat untuk menyahut cabaran Puan Laila tersebut. Mereka sering berbincang bersama mengenai strategi untuk mengubah kelas masing-masing. Banyak halangan dan dugaan yang dilalui oleh kedua guru ini sehingga membuatkan adakalanya mereka juga berputus asa dan ingin menarik diri.

Satu hari murid kedua-dua kelas itu bergaduh. Guru Besar menyangka Cikgu Remy dan Cikgu Suzi telah cuba untuk meleraikan mereka namun menjadi sebaliknya. Cikgu Remy dan Cikgu Suzi pula yang bergaduh besar kerana cuba mempertahankan pelajar kelas mereka. Sejak itu, hubungan akrab mereka telah bertukar menjadi sebaliknya tambahan mereka kini mula memikirkan ‘Pingat Guru Cemerlang’ yang hanya ditawarkan untuk seorang guru sahaja. Akhirnya mereka telah membawa haluan masing-masing dengan mempraktikkan cara dan strategi tersendiri. Lalu bagaimanakah kesudahan drama ini?

Diilhamkan dari kisah sebenar, filem Beyond The Blackboard arahan sutradara Jeff Bleckner pula mengangkat kisah seorang guru muda berusia 24 tahun yang kali pertama membuat perbezaan dalam kehidupan kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal. Dia mengajar di dalam kelas tempat perlindungan sementara.

Sekitar tahun 1987 di Albuquerque, New Mexico, filem ini berkongsi kisah satu legasi baru seorang guru dan ibu yang diberi pengajaran yang lebih sukar daripada yang dijangkakan dalam bidang pekerjaan mereka. Mereka mengajar anak-anak yang kehilangan tempat tinggal di sebuah sekolah yang ditempatkan di dalam bilik kecil dan sarat penuntut.

Pelbagai halangan terpaksa dihadapi dalam menyempurnakan impian bergelar pendidik yang sebenar kepada golongan kanak-kanak ini yang berdepan halangan seperti kekurangan bekalan buku dan kelengkapan pembelajaran.

Saksikan dua kisah menarik ini hanya sempena Hari Guru di TV2.

Babak dalam Cempaka Dahlia 1

beyond-the-blackboard-001

Film Beyond The Blackboard

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hiburan Santai D’ Pantai Dekati Artis

Lirik Lagu Terbaru AWANBAND Lintasan Bintang